Beberapa hari berada di rumah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus
berdetik. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit
dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh.
Dan begitulah, begitulah.
Semut-semut hitam mengangkut serbuk-serbuk biskut. Ke hulu dan ke hilir.
Dan aku pun futur. Astaghfirullah.
Ye, iman itu yazid wayankus. Dan daku terus memberi alasan. Untuk diri
sendiri. Supaya berasa selesa dan selamat. Hati itu resah. Alhamdulillah, masih
hidup. Bukan sekadar bernafas. Namun sampai bila mampu bertahan?
Dan masa pun berlalu lagi.
Aku terus selesa. Nampaknya. Nafsu dinobatkan sebagai sang raja. Bisikan
syaitan yang direjam dibiar tidak terlawan. Baru saja nak puasa, alah chill
dulu. Bulan Ramadhan ni kau puasa la puas-puas. Bukan selalu duduk kat rumah
nak rasa masakan ibu. Dan aku pun akur.
Salahkan syaitan pula?
Kalau tidak mengeheret kita ke lembah kehinaan, apa lagi yang harapkan
dari syaitan? Bahkan tugas mereka itu diikitraf Allah s.w.t. Mereka golongan
yang diberi tempoh. Tempoh untuk menyesatkan bani Adam.
Hati itu makin lalai.
Dan masa pun berlalu.
------------
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja,
maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang
sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan
sahabat-sahabat dia..
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup
atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah
Rasulullah SAW dan para sahabat dia..
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup
sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para
sahabat dia..
Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang
yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada
tujuan hidup?
Atau sebenarnya, merekalah orang yang paling
bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling
berjaya baik di dunia mahupun di akhirat?
Dan, atau sebenarnya kitalah
orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan
tiada tujuan hidup?
Jiwa kita
kosong... Tiada pengisian.. Kalau ada
sekalipun, hampir semuanya tertutup dengan dosa-dosa kita yang jaaauh lebih
banyak dengan taubat yang sedikit dan sementara!
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras,
sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu
pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang
terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh
kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu
kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]
Petikan sini
Batu itu sudah meluncur jatuh kerana takutkan Allah. Bila pula kita dan
hati kita mahu menjatuhkan diri kita kerana takutkan Allah?
7 comments:
Headshot akhi headshot.
Jazakallah kheir
T.T
tajuknye tu maksudnye??
anonymous:
'dia' tu refer kepada 'hati' kot..entah.. :D
ye. dia tu merujuk kepada hati itu
:)
jzkk
Kalau tidak mengheret kita ke lembah kehinaan, apa lagi yang harapkan dari syaitan? Bahkan tugas mereka itu diikitraf Allah s.w.t. Mereka golongan yang diberi tempoh. Tempoh untuk menyesatkan bani Adam.
wah.. jzkk, akhi.. =)
:)
Post a Comment