Courtesy of Madmie China :)
Matahari
pun terbit.
Tiba-tiba,
Pada suatu hujung minggu yang cemerlang, Ana
menghadiri satu seminar atau lebih mesra dikenali dalam bahasa ibundanya
sebagai daurah. Eh. Dan nak dijadikan cerita, tajuk yang menjadi inti kepada
daurah tersebut merupakan Muqadimmah Fi Zialil Quran, tafsir Quran serta karya
agung Syed Quttb.
Nak
dijadikan cerita lagi, daurah tersebut telah disampaikan oleh seorang al akh
yang Ana sangat kagumi kewibawaan beliau yakni Idris Tan, bukan nama sebenar.
Antara
point utama yang disampaikan adalah, Syed Quttb menyatakan bahawa nikmat yang
tidak ternilai hidup di bawah bayangan al Quran, Fi Zilalil Quran kerana ia
meluhurkan, memberkati dan membersihkan usia.
Meluhurkan.
Ana tertanya-tanya
apakah yang dimaksudkan dengan luhur.
Meluhurkan
usia ?
Apa tu ?
Keluhuruan perlembagaan ?
Apa tu ?
Keluhuruan perlembagaan ?
Walaupun
Akh Idris Tan ada mengatakan bahawa orang yang diluhurkan usianya diangkat
kepada darjat yang lebih tinggi, namun Ana masih ragu-ragu. Maklumlah Ana ni
seorang yang sangat mencintai bahasa dan sangat teliti dalam pembendaharaan
kata yang tepat dan betul. Dah macam Pak Sako pun ada Ana ni.
Maka
menurut Kamus Dewan, edisi ketiga,
Luhur
bermaksud mulia, tinggi dan agung.
(Untuk
rujukan, mukasurat 829, Kamus Dewan edisi ketiga, kulit tebal)
So kini Ana
akur. Dia setuju dengan penjelasan Akh Idris Tan sekaligus mengiyakan bahawa
orang yang diluhurkan usianya, dimuliakan, ditinggikan dan diagungkan.
Darjatnya diangkat lebih tinggi daripada orang lain oleh Allah s.w.t. kerana
mereka hidup di bawah bayangan al Quran.
Golongan
ini bukanlah diangkat dari segi latitudnya, tapi mereka diberi basirah,
kejelasan seolah berada ditempat yang tinggi dan mampu melihat manusia-manusia
lain yang terpesona dengan kehidupan yang berada di taraf yang lebih rendah.
Mereka diberi kejelasan melihat bahawa manusia lain begitu hanyut, terbawa-bawa
dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang merendahkan darjat mereka.
Padahal
manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, tapi mereka memilih untuk
berada ditempat yang hina, rendah dan jijik.
“Sungguh Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan
dia ke tempat serendah-rendahnya..”
(At Tin:4-5)
(At Tin:4-5)
Yang
merendahkan manusia ini ialah seruan duniawi seperti kerjaya, keluarga, wang
ringgit, harta benda, pangkat dan gelaran, sawah dan ladang, haiwan dan
ternakan, pasangan-pasangan, kenderaan, rumah dan pangsapuri, hiburan dan permainan,
perhiasan, emas dan permata, nama dan takhta, begitulah dan begitulah.
Inilah
seruan-seruan yang menyebabkan manusia lain terus sibuk bermain dengan lumpur
yang mencemarkan mereka.
Sebaliknya
bagi orang yang diluhurkan usianya, yang berda pada darjat yang lebih tinggi,
apa yang terlihat jelas, penting dan mustahak pada pandangan mereka adalah
seruan-seruan seperti khalifah, ibadah, daulah Islamiah, dakwah dan tarbiyah,
daurah dan mukhayyam, solat dan Qiyam, al Quran dan Sunnah, Individu Muslim dan
Baitul Muslim, eh, puasa dan zakat, infaq dan jihad, dan begitulah, begitulah.
Mana
tidaknya, seruan-seruan ini bukan calang-calang seruan, tapi inilah seruan
daripada Allah Azza Wajalla yang pada tempat pertama telah mengangkat darjat
mereka.
Masa pun
berlalu.
Hujan pun turun.
Matahari terbenam.
Bulan mengambang.
Matahari terbenam.
Bulan mengambang.
Ana pun
memerhati ke sekeliling. Dan dia benar-benar melihat fenomena ini. Melihat
manusia yang terpesona dengan seruan yang merendahkan kemuliaan dan darjat
mereka tadi. Dan melihat manusia yang sama mengabaikan seruan yang memuliakan
mereka. Dia kehairanan.
Ana melihat
Di tempat
belajarnya rakan-rakannya sibuk dengan peperiksaan. Bertungkus lumus siang dan
malam sehingga ada yang mengabaikan solat. Ada juga rakan-rakan yang lalai
dalam seruan permainan, terpesona dengan filem-filem dan drama berepisod serta
sinetron-sinetron dari Negara jiran. Ada yang sanggup tak tidur malam
menantikan filem-filem kegemaran mengambil tempat.
Lagian, dia
melihat ada rakan-rakan yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. Yang kaki
bola sepak bersorak bergempita dengan bolanya. Yang kaki bola jaring bergegak
gempita dengan jaringnya. Yang kaki bangku pula terus diam seribu bahasa,
memencilkan diri.
Di kolej
juga dia melihat rakan-rakan berlainan jantina berpacaran. Jatuh ke lembah
kehinaan. Berduaan-duaan baik ditempat gelap dan sunyi mahupun di khalayak
ramai. Di pasar raya dia melihat gelagak anak-anak muda bayanya berkeliaran,
menyedut asap rokok dan jerebu.
Di Bandar raya
di melihat gelagak dan telatah manusia. Sungguh melucukan. Sibuk dek arus kerja
yang tidak berkesudahan. Mengejar wang dan pangkat. Di kala petang mereka
berbaris di jalan raya, menunggu pulang. Di kala pagi usai matahari menampakkan
dirinya mereka sudah bergegas ke kantor masing-masing. Sungguh asyik dan
terbawa-bawa.
Lagi Ana
melihat.
Tatkala dia
pulang ke hampung halaman, perkara yang sama diamatinya. Pakcik-pakcik dan
makcik-makcik disibukkan dengan perdebatan bawah pokok mangga dan debat kedai
kopi yang tiada titik noktahnya. Anak-anak kampung berpeleseran di tepi jalan,
ditemani motor kegemaran dan asap shiha. Kelihatan seronok dan mengujakan.
Adakah ini
dinamakan basirah ?
Kejelasan melihat
betapa manusia sedang sibuk bermain, bersendagurauan, terpukau dengan perhiasan
dunia, saling berbangga sesama mereka, mengumpulkan harta dan anak keturunan?
Masa pun
berlalu lagi.
Ana pun
terus duduk di rumah.
Melayani cuti. Pokok bunga pun berbunga.
Melayani cuti. Pokok bunga pun berbunga.
Di suatu
petang yang hening, Ana hidupkan laptopnya. Buka 9gag. Satu per satu tab
dibuka. Facbook. Twitter. Myspace. Yourspace. Friendster. Youtube. Dia teruja. Gembira
dan terhibur. Kadang dia gelak seorang diri.
Tanpa sedar,
dia tertipu. Rupanya dirinya turut berenang-renang dalam lumpur tadi.
Ana oh Ana.
Ana bukan
Ana Rafali.
Siapa Ana ?
Man Ana ?
2 comments:
Daurah kat mana ni? Ana ada tak masa tu? :O
man nta ?
heheh.
daurah SMART hari tu ler
Post a Comment