Showing posts with label A-LEVEL. Show all posts
Showing posts with label A-LEVEL. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

FAST AND FURTHER



Sekitar laporan jerebu yang melanda Negara sejak beberapa hari yang lalu;

“Jerebu yang sangat teruk menghadkan jarak penglihatan, sehinggakan sukar untuk melihat bahaya yang menghampiri. Lalu, kita mengharapkan hujan agar dapat membersihkan atmosphere agar keselesaan hidup kita kembali dikecapi.

So, bayangkan hati kita yang berjerebu dek dosa dan noda yang kita lakukan, hinggakan sukar untuk kita membezakan perkara yang haq dan batil kerana semuanya tampak kelabu bagi kita. Maka, taubat dan zikrullah lah yang berfungsi sebagai hujan, bagi pembersihan hati kita yang berjerebu. Semoga bersihnya hati kita, membuatkan kita senantiasa selesa dan senang untuk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah”

-Buletin mukabuku, bukan Buletin Utama

Sentap bukan.

Boleh bayangkan kalau Karam Sing Walia yang mengulas tentang fenomena jerebu bagi ulasan sedemikian rupa? Menggugah jiwa bhai. Tambah pula kalau dia selitkan sepotong dua ayat Quran. Memang saya, in sha Allah terjun longkang.

Bayangan tinggal bayangan jela.

Apa-apa pun ini selingan semata.


 Courtesy of Umar Mita

------------------------------

Cuba perhatikan potongan ayat di bawah;

“Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu”
(Al Baqarah:148)


“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa”
(Ali Imran:133)

Apa yang saya nak tekankan,

“Berlumba-lumbalah”

“Bersegeralah”

Dan banyak lagi seruan yang serupa dalam ayat-ayat lain yang mana seruan ini berada dalam mode yang sama. Cepat-cepat. Segera. Pantas. Melangkah kehadapan dengan bergaya.

Orang kita kata, biar lambat asal selamat, tapi Islam mengajar kita dalam beramal, bersegeralah, itu lebih selamat. Kerana apa ? Kerana kita tidak tahu tatkala kita mahu berlambat-lambatan, apakah masih ada “selepas ini” atau “jap lagi” buat kita.


Bagi mereka yang berada dalam system dakwah dah tarbiyah, kita sangat faham dengan konsep usrah yang ala-ala pyramid itu bukan? Seorang naqib di atas, kemudian mad’unya di bawah. Kita juga sedia maklum, amal-amal kebaikan para mad’u hasil didikan murabbi tadi, pahala dan kebaikannya juga turut diberikan kepada si murabbi tanpa mengurangi pahala si pelaku.

Kemudian yang bestnya, hasil didikan tadi, berkembang biak lalu menghasilkan lapisan yang seterusnya. Makin ramai berada dalam system, dan yang di atas turut mendapat sahamnya, makin untung. Walaweh!

“Barangsiapa mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..”
(Hadith Riwayat Muslim)


Maka untung gila siapa yang berada di atas. Soalnya, kita sekarang di mana ? Atas atau berada di lapisan yang paling bawah ?

Kalau kita berada di lapisan paling bawah, inilah masanya untuk kita kembali menghayati ayat Quran tadi. Ayuh bersegara dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Orang yang berada di bawah tidak boleh duduk diam, tidak boleh duduk senang. Bersegera!

Inilah kefahaman jika kita lihat ayat ini dari segi system usrah.

Perkara yang sama, kefahaman yang sama dalam hal-hal lain. Berlumbalah dalam menabur kebaikan di atas muka bumi, supaya kelak kita dapat memetik ganjaran yang berganda. Jangan tunggu, jangan lemah-lemah. Rimas Sally. Ayuh ikhwah dan akhawat. Bersegera. Pantas-pantas.

Selain daripada itu semua,


Ada sebab lain mengapa pentingnya untuk kita bersegera,

Nabi Musa a.s pernah di tanya oleh Allah s.w.t

“Dan mengapa engkau datang lebih cepat berbanding kaummu, wahai Musa?”
(20:83)

Allah tanya pada Musa, kenapa kamu cepat-cepat? Mendahului yang lain? Kamu bingkas ni nak ke mana? Mari kita lihat apa jawapan Musa.

Dia (Musa) berkata, “Itu mereka sedang menyusul aku dan aku bersegera kepadaMu ya Tuhanku agar Engkau redha”
(20:84)

Kata Musa, dia memang bersegera. Tapi tidak dia tinggalkan kaumnya. Mereka menyusul dari belakang. Cuma point kat sini, dia bersegera, semata-mata untuk redha Allah. “Litardha” “Agar Engkau redha”

Begitulah dan begitulah.

Sebab itu dalam dakwah pun kita semua perlu mendahului, melangkah ke hadapan dalam kadar yang segera. Ramai orang melangkah, tapi lemah dan longlai, tidak segera. Langkah dengan pantas tidak semestinya tidak bergaya tahu?

Cuma ramai yang ambil masa terlalu lama, berdandan di depan cermin untuk bergaya. Ketahuilah yang di depan itulah yang bergaya. Kita perlu macam itu, sentiasa ke depan, kerana mengejar redha Allah.

Kalau lambat?

Takut tak sampai ikhwah.
Takut tak sampai apa yang kita cita-citakan.

Atas sebab itu, mari kita sama-sama bersegera.
Bukan berseorangan yang pasti. Kerana ada satu quote yang sangat pasal bergerak bersama,

“If you want to go fast, go alone. But if you want to go further, go together”

Saya nak tambah, go fast, go together. Fast and further.

Bersama-sama dan bersegera. Bila kita nampak ikwah yang lain mula tersungkur, pimpin la tangan mereka. Nasihati mereka dan ajaklah mereka. Teruslah memacu laju bersama. Hanya untuk satu, untuk redha Dia. Bukan kerana nama. Bukan untuk ukir jasa. Tapi untuk redha Allah.


-------------------

 Ni gambar ikhwah Intec, skejap berkenalan, saya cinta benar sama mereka, fillah <3


Semoga Allah s.w.t meredhai usaha kita semua

Saturday, May 18, 2013

BUMI BUKAN SFERA ?



Baru saja berjumpa dengan Encik Suhaimi Ramly, seorang jurulatih Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan. Baik orangnya. Semoga Allah memberikannya kekuatan untuk terus melatih anak bangsa dalam bidang yang kurang diceburi di Malaysia ini.

Seorang lulusan daripada Massachussets Institute of Technology (MIT), sebuah institut pengajian tinggi yang berada di top 5 ranking universiti di dunia, terkenal kerana sentiasa menghasilkan graduan bijak pandai, saya yakin bahawa Encik Suhaimi Ramly ini seorang cendekiawan yang berpengetahuan luas. Memang sesuailah tugas jurulatih Matematik ini diberikan kepada beliau. Beliau pernah membawa nama Malaysia ke Olimpiad Matematik peringkat antarabangsa beberapa kali sebagai peserta, jurulatih dan juga hakim. Kali terakhir (kalau tak silap), beliau mengiringi wakil Malaysia ke Olimpiad Matematik di Argentina pada Ogos lepas.

Dengan ini, saya ingin menasihati kawan-kawan dan juga diri saya sendiri, walau hebat mana pun guru kita, kalau mereka turun dari langit sekalipun, kita takkan mencapai kejayaan dalam pelajaran jika kita sendiri yang tidak berusaha.


---


Petikan di atas saya kopipes dari status mukabuku seseorang kerana ia sangat menyuntik semangat. Apa-apa pun apa yang saya nak merepek kat bawah nanti tiada kena mengena dengan petikan di atas. Juga tiada kena mengena dengan mana-mana individu. Tiada kena mengena. Saya ulang.

Tadi saya memang nak tulis something, tapi sekarang dah blank.

Di musim peperiksaan ini, suka saya untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan sidang pembaca, cewah. Ada orang bila berada dalam keadaan gawat, mereka makin dekat dengan Allah, makin teguh kebergantungannya. Dan ada juga orang yang makin gawat, makin jauh dengan Allah dan makin lemah kebergantungan terhadapNya.

Saya Cuma nak merepek satu perkara.

Menuntut ilmu itu memang wajib. Tapi belajar sampai bijak, itu bukan kewajipan. Kerja kita, tuntut ilmu. Jadi pandai ke tidak, itu rezeki. Ada masa-masa, Allah tutup pintu ikhtiar buat kita. Contoh bila dah masuk dalam exam hall, sudah tidak ada lagi peluang untuk berusaha. Pada masa ini, Allah nak tarbiyah kita untuk tawakal kepadaNya.

Cuma saya sedih apabila ada dalam kalangan kita cakap menuntut ilmu wajib, belajar itu beribadah, tup tap tup tap solat tunggang langgang. Berjaga malam sampai tak ingat dunia. Malam atau siang pun dah tak reti nak beza, tengok tengok Quran entah terbang ke mana. Kalau orang biasa-biasa, mungkin kita boleh consider, tapi ini mereka yang turut berada dalam system tarbiyah.

Nak salahkan siapa?

Biasalah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sebab itu tergerak hati saya untuk menulis di sini. Bagi peringatan. Dan orang pertama yang baca peringatan ini mestilah saya sendiri.

Kadang-kadang saya tanya diri sendiri, betulkah study itu ibadah?

Bagi orang yang buat dakwah, bergelar da’ie betulkah study itu melajukan gerabak ini? Dan betulkah kita benar-benar study untuk memajukan dakwah kita?

Banyak soalannya.

Terpulang la kepada anda semua, kaca mata apa yang bakal anda guna untuk melihat peranan study dalam hal ini. Cuma, itulah pesanan penaja pada hari ini.

Kalau rasa sebab terkejar kejar keputusan peperiksaan yang cemerlang, kita sangup tidak hadir liqa’ maka ada something wrong la tu dengan niat kita.

Kalau kerana mendambakan  keputusan peperiksaan yang tip top gaban, kita sanggup berjaga malam, sehingga amal-amal fardi kita berterabur je atas meja, jadual-jadual amal putih tidak bertanda, kosong dan sepi, maka mari kita renung sejenak.

Kalau kerana ingin benar-benar mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, takut results yang teruk menjadi fitnah kepada dakwah kononnya, maka kita korban masa muayashah dengan mad’u, letak ketepi al Quran dan sebagainya,mari kita duduk sekelumit masa Cuma, renungkan kembali.

Saya takut juga lihat ini semua, dulu kita semanagt bercerita pasal robot, kitaran bodoh, tujuan hidup, hidup bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi kelihatannya cakap-cakap itu semua semakin menjadi dalam kehidupan kita hari ini. Rasa seperti kitalah robot yang dicanang dulu.


Bukanlah ini bermakna, bakar buku. Lempar kalkulator. Tapi anda tahu maksud saya bukan ? Jangan lupa bahagina dunia. Tapi jangan lupa juga, kita nak syurga.


Risau?

Tawakal.

Tapi ironi juga bila difikir balik,

Bila kita anjur program program tarbiyah, lead halaqah ataupun jadi mas’ul daurah dan sebagainya, tidak sebegini manifestasi risau kita. Apakah bumi bukan lagi sfera?

Tuesday, April 16, 2013

TRANSCRIPTION INITIATION COMPLEX


Sekarang period kritikal. Sekali lagi. Sekarang boleh dikatakan waktu-waktu kritikal bagi pelajar-pelajar A-levels di Kolej Antarabangsa yang tak berapa nak antarabangsa sangat di suatu tempat yang sangat secluded di Shah Alam. Semalam ada sorang member kira, lagi 23 hari 8 jam lagi hekzem akan bermula. Rajin betul update countdown.

Tu je nak cerita. Maknanya kalau saya jarang-jarang update kat sini anggaplah saya sedang bertungkus lumus dan sedang membanting tulang menelaah subjek-subjek yang bakal diuji nanti. Atau anggap jela saya malas. Alasan.


Hari ini saya nak ajar satu perkataan baharu.

BAJET

Ye bajet. Bajet ini bukan bererti bajet belanjawan Negara ke ape. Tapi bajet mengikut kamus perbendaharaan rakyat Republican of Kelantan ialah satu sifat kerek dan poyo yang sangat bajet. Contohnya, perkongsian berikut adalah sangat bajet.

Transcription is initiated by an enzyme called RNA polymerase and a cluster of associated protein transcription factors binding to DNA. The result is sometimes referred to as a ‘transcription initiation complex’. This complex binds to a section of DNA adjacent to the gene to be transcribed.

This section is called the promoter region.

Bajet bukan.
 Apa point?

Promoter factor. Promoter region. Tu je.

Dalam hidup kita, ada keadaan dan tempat kita memerlukan promoter factor untuk menyebabkan sesutau itu berlaku. Ada waktu dan region kita perlukan daya dan sokongan daripada promoter ini. Bahkan perkembangan tubuh badan kita, cell cell kita akan terbantut sekiranya tiada promoter factor yang dimaksudkan di atas.

Tanpa mereka, boleh jadi anggota badan kita tidak dapat develop pun.

Scientifically.

Dan of kos la dengan kuasa Allah S.W.T

Ok. So ?

Err.


Semalam saya dan kawan-kawan telah dengan jayanya meluangkan waktu bermain bola tampar di gelanggang bola tampar yang telah disediakan oleh pihak kolej. Gila skema kau. Sebelum itu, walau permainan tersebut dinamakan bola tampar, tapi ada je yang ‘tampar’ guna kaki, kepala, kepala lutut, kepala tumit dan sebagainya. Itulah seni sukan.

Al kisahnya ada seorang ikhwah ini, nama dirahsiakan nanti tak pasal anda stalk dia, ragu-ragu nak join sekaki. Beliau ini boleh dikatakan jarang atau tak langsung main permainan sukan ini. Leceh kot. Tapi ada lah sukan yang beliau sangat mahir, antaranya sukan catur, sahiba, jutaria dan sebagainya. Saya assume. Hehe.

Katanya tidak pandai untuk bermain. Tak pernah bermain. Nanti merelakan diri untuk dimalukan. Bakal menerima tohmahan. Dan banyak lagi sudut pandang negative yang menyebabkan beliau terus berkeras dengan prinsip untuk tidak turun bersukan bersama. Ini masalah besar. Lagi besar daripada masalah pili air bocor dan lipan patah kaki.

Melihat akan keadaan ini yang semakin parah, beberapa ikhwah yang lain telah mengheret beliau ke kancah sukan tadi.

Depa jadi promoter factor.

Dan nak tahu apa yang berlaku ?
Sambung selepas commercial break ini;


-------------------------


Macam saya bagi tahu kat atas. Ada benda yang perlukan daya tolak dari luar untuk memastikan benda itu berlaku. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan perubahan. Apabila seseorang berhajat untuk melangkah ke suatu posisi yang dia tidak pernah berada, dia perlukan support, sokongan dan bimbingan. Dia perlukan promoter factor.

Ramai orang nak berubah tapi takut untuk berubah. Takut untuk berada dalam posisi titik baharu kerana kemungkinan tiada sokongan. Orang-orang macam ini ada banyak di sekeliling kita. Cuma mereka menunggu-nuggu datangnya satu promoter untuk promote mereka melangkah ke hadapan. 

Siapakah promoter ini?

Kitalah!

Ye, anda juga. Bila saya guna perkataan kita maksudnya anda pun termasuk sekali. Orang sebelah anda tu pun ha. Inilah kerja para da’ie. Membimbing orang lain ke jalan yang benar. Berpandukan Quran dan sunnah perjuangan ar Rasul kita bawak kawan-kawan kita tadi ke jalan yang bercahaya, jalan yang selamat dalam naungan rahmat Tuhan.

Tapi sangat sedih apabila da’ie tidak memandang serius hal ini. Tidak meraikan sikap sahabat-sahabat yang ingin berubah ke arah kebaikan. Tidak promote mereka untuk lebih mara kedepan. Lagi parah, ada yang memandang serong kepada mereka. Mengeluarkan kata-kata yang berunsur sarkatisme dan sebagainya. Akibatnya, perubahan tidak berlaku.

Kerja promoter ini tidak lah susah sebenarnya. Apabila berada di promoter region, di waktu-waktu yang sesuai kita mulakanlah misi kita itu. Mungkin teman teman kita yang tidak menutup aurat itu menunggu kita untuk promote mereka kepada cara berpakaian yang lebih baik. Kawan yang tidak bersolat, menanti-nanti ajakan kita untuk solat bersama. Kawan yang masih bertatih untuk baca Quran, penuh gelisah tunggu kita untuk ajar mereka. Agak susah bagi mereka ni untuk bergerak sendiri tanpa promoter kerana mereka mungkin malu dengan kondisi diri ditambah pula dengan ego yang menebal.

Maka kehadiran kitalah yang akan menghapuskan ego tadi dan memecahkan tembok malu yang tidak bertempat itu.

Kenapa kita nak sibuk jadi promoter?


Hmm.


Lazimnya, apabila seseorang itu berhijrah atau mendapat hidayah, mesti ada asbab duniawi yang trigger perubahan tersebut. Hidayah itu milik Allah. Tapi diturunkan kepada hati-hati hamba yang mencari-cari atau terkesan atas beberapa benda yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Contoh, ada orang berubah bila fail exam. Ada orang berubah bila putus cinta. Ada orang berubah setelah balik dari Tanah Suci. Berubah setelah kucing kesayangan mati. Berubah setelah ditipu kekasih. Berubah setelah menderita sakit kronik. Berubah setelah suami curang. Berubah setelah masuk calon, eh, dan sebagainya. Paling ramai, in sha Allah, berubah setelah mendapat sentuhan tarbiyah yang penuh kasih sayang daripada orang di sekeliling mereka.

Banyak asbab bukan.

Dan apabila seseorang itu menjadi asbab duniawi, atau menjadi promoter factor kepada perubahan tadi, menjadi asbab seseorang itu menerima hidayah, ganjaran bagi mereka ini adalah seperti berikut;


“Demi Allah, sekiranya Allah memberikan cahaya hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah (yakni kenderaan paling mahal/ mewah di zamannya)”

(Hadith Mutafaqun ‘alaih)

dan juga

“Barangsiapa mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..”

(Hadith Riwayat Muslim)


Wah!

Tidak cukup lagikah?

Unta merah. Ferari zaman sekarang. Anda tak mahu?
Pahala kebaikan. Bila seseorang itu berubah asbab kita, maka setiap kebaikan yang dia lakukan pasca perubahannya, saham-saham tadi masuk mengalir dalam akaun kita. Wah ! ini dahsyat! Maha dahsyat!

Tidak cukup termotivasi lagikah kita untuk terus buat kerja membimbing rakan-rakan yang lain? Menjadi promoter factor kepada perubahan yang baik?
Apa lagi yang kita dambakan?


----------

Dan, ikhwah tadi, setelah dua tiga kali tampar bola tampat, baru discover, star juga dia. Boleh bayangkan kegembiraan tadi adalah asbab ikhwah lain yang mempromote sukan tadi kepadanya. Dan apa yang lebih manis daripada membuatkan dan melihat orang lain gembira dan bahagia dengan perubahan mereka ?

Lebih lebih lagi kita yang mendorong perubahan tersebut, manis bukan?

What say you?