Tuesday, April 16, 2013

TRANSCRIPTION INITIATION COMPLEX


Sekarang period kritikal. Sekali lagi. Sekarang boleh dikatakan waktu-waktu kritikal bagi pelajar-pelajar A-levels di Kolej Antarabangsa yang tak berapa nak antarabangsa sangat di suatu tempat yang sangat secluded di Shah Alam. Semalam ada sorang member kira, lagi 23 hari 8 jam lagi hekzem akan bermula. Rajin betul update countdown.

Tu je nak cerita. Maknanya kalau saya jarang-jarang update kat sini anggaplah saya sedang bertungkus lumus dan sedang membanting tulang menelaah subjek-subjek yang bakal diuji nanti. Atau anggap jela saya malas. Alasan.


Hari ini saya nak ajar satu perkataan baharu.

BAJET

Ye bajet. Bajet ini bukan bererti bajet belanjawan Negara ke ape. Tapi bajet mengikut kamus perbendaharaan rakyat Republican of Kelantan ialah satu sifat kerek dan poyo yang sangat bajet. Contohnya, perkongsian berikut adalah sangat bajet.

Transcription is initiated by an enzyme called RNA polymerase and a cluster of associated protein transcription factors binding to DNA. The result is sometimes referred to as a ‘transcription initiation complex’. This complex binds to a section of DNA adjacent to the gene to be transcribed.

This section is called the promoter region.

Bajet bukan.
 Apa point?

Promoter factor. Promoter region. Tu je.

Dalam hidup kita, ada keadaan dan tempat kita memerlukan promoter factor untuk menyebabkan sesutau itu berlaku. Ada waktu dan region kita perlukan daya dan sokongan daripada promoter ini. Bahkan perkembangan tubuh badan kita, cell cell kita akan terbantut sekiranya tiada promoter factor yang dimaksudkan di atas.

Tanpa mereka, boleh jadi anggota badan kita tidak dapat develop pun.

Scientifically.

Dan of kos la dengan kuasa Allah S.W.T

Ok. So ?

Err.


Semalam saya dan kawan-kawan telah dengan jayanya meluangkan waktu bermain bola tampar di gelanggang bola tampar yang telah disediakan oleh pihak kolej. Gila skema kau. Sebelum itu, walau permainan tersebut dinamakan bola tampar, tapi ada je yang ‘tampar’ guna kaki, kepala, kepala lutut, kepala tumit dan sebagainya. Itulah seni sukan.

Al kisahnya ada seorang ikhwah ini, nama dirahsiakan nanti tak pasal anda stalk dia, ragu-ragu nak join sekaki. Beliau ini boleh dikatakan jarang atau tak langsung main permainan sukan ini. Leceh kot. Tapi ada lah sukan yang beliau sangat mahir, antaranya sukan catur, sahiba, jutaria dan sebagainya. Saya assume. Hehe.

Katanya tidak pandai untuk bermain. Tak pernah bermain. Nanti merelakan diri untuk dimalukan. Bakal menerima tohmahan. Dan banyak lagi sudut pandang negative yang menyebabkan beliau terus berkeras dengan prinsip untuk tidak turun bersukan bersama. Ini masalah besar. Lagi besar daripada masalah pili air bocor dan lipan patah kaki.

Melihat akan keadaan ini yang semakin parah, beberapa ikhwah yang lain telah mengheret beliau ke kancah sukan tadi.

Depa jadi promoter factor.

Dan nak tahu apa yang berlaku ?
Sambung selepas commercial break ini;


-------------------------


Macam saya bagi tahu kat atas. Ada benda yang perlukan daya tolak dari luar untuk memastikan benda itu berlaku. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan perubahan. Apabila seseorang berhajat untuk melangkah ke suatu posisi yang dia tidak pernah berada, dia perlukan support, sokongan dan bimbingan. Dia perlukan promoter factor.

Ramai orang nak berubah tapi takut untuk berubah. Takut untuk berada dalam posisi titik baharu kerana kemungkinan tiada sokongan. Orang-orang macam ini ada banyak di sekeliling kita. Cuma mereka menunggu-nuggu datangnya satu promoter untuk promote mereka melangkah ke hadapan. 

Siapakah promoter ini?

Kitalah!

Ye, anda juga. Bila saya guna perkataan kita maksudnya anda pun termasuk sekali. Orang sebelah anda tu pun ha. Inilah kerja para da’ie. Membimbing orang lain ke jalan yang benar. Berpandukan Quran dan sunnah perjuangan ar Rasul kita bawak kawan-kawan kita tadi ke jalan yang bercahaya, jalan yang selamat dalam naungan rahmat Tuhan.

Tapi sangat sedih apabila da’ie tidak memandang serius hal ini. Tidak meraikan sikap sahabat-sahabat yang ingin berubah ke arah kebaikan. Tidak promote mereka untuk lebih mara kedepan. Lagi parah, ada yang memandang serong kepada mereka. Mengeluarkan kata-kata yang berunsur sarkatisme dan sebagainya. Akibatnya, perubahan tidak berlaku.

Kerja promoter ini tidak lah susah sebenarnya. Apabila berada di promoter region, di waktu-waktu yang sesuai kita mulakanlah misi kita itu. Mungkin teman teman kita yang tidak menutup aurat itu menunggu kita untuk promote mereka kepada cara berpakaian yang lebih baik. Kawan yang tidak bersolat, menanti-nanti ajakan kita untuk solat bersama. Kawan yang masih bertatih untuk baca Quran, penuh gelisah tunggu kita untuk ajar mereka. Agak susah bagi mereka ni untuk bergerak sendiri tanpa promoter kerana mereka mungkin malu dengan kondisi diri ditambah pula dengan ego yang menebal.

Maka kehadiran kitalah yang akan menghapuskan ego tadi dan memecahkan tembok malu yang tidak bertempat itu.

Kenapa kita nak sibuk jadi promoter?


Hmm.


Lazimnya, apabila seseorang itu berhijrah atau mendapat hidayah, mesti ada asbab duniawi yang trigger perubahan tersebut. Hidayah itu milik Allah. Tapi diturunkan kepada hati-hati hamba yang mencari-cari atau terkesan atas beberapa benda yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Contoh, ada orang berubah bila fail exam. Ada orang berubah bila putus cinta. Ada orang berubah setelah balik dari Tanah Suci. Berubah setelah kucing kesayangan mati. Berubah setelah ditipu kekasih. Berubah setelah menderita sakit kronik. Berubah setelah suami curang. Berubah setelah masuk calon, eh, dan sebagainya. Paling ramai, in sha Allah, berubah setelah mendapat sentuhan tarbiyah yang penuh kasih sayang daripada orang di sekeliling mereka.

Banyak asbab bukan.

Dan apabila seseorang itu menjadi asbab duniawi, atau menjadi promoter factor kepada perubahan tadi, menjadi asbab seseorang itu menerima hidayah, ganjaran bagi mereka ini adalah seperti berikut;


“Demi Allah, sekiranya Allah memberikan cahaya hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah (yakni kenderaan paling mahal/ mewah di zamannya)”

(Hadith Mutafaqun ‘alaih)

dan juga

“Barangsiapa mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..”

(Hadith Riwayat Muslim)


Wah!

Tidak cukup lagikah?

Unta merah. Ferari zaman sekarang. Anda tak mahu?
Pahala kebaikan. Bila seseorang itu berubah asbab kita, maka setiap kebaikan yang dia lakukan pasca perubahannya, saham-saham tadi masuk mengalir dalam akaun kita. Wah ! ini dahsyat! Maha dahsyat!

Tidak cukup termotivasi lagikah kita untuk terus buat kerja membimbing rakan-rakan yang lain? Menjadi promoter factor kepada perubahan yang baik?
Apa lagi yang kita dambakan?


----------

Dan, ikhwah tadi, setelah dua tiga kali tampar bola tampat, baru discover, star juga dia. Boleh bayangkan kegembiraan tadi adalah asbab ikhwah lain yang mempromote sukan tadi kepadanya. Dan apa yang lebih manis daripada membuatkan dan melihat orang lain gembira dan bahagia dengan perubahan mereka ?

Lebih lebih lagi kita yang mendorong perubahan tersebut, manis bukan?

What say you?

4 comments:

PEMBURUMASA said...

mesti hensem, bergaya lagi macho ikhwah tu kan? eh.

Inspector Saahab said...

terlalu XD

Anonymous said...

budak sains yang akan paham benda ni...
nice!

Inspector Saahab said...

in sha Allah yg tak sains pun boleh paham.

kalau tak paham, sama2 la kita sains-kan mereka. eh ?