Monday, April 29, 2013

BYE CIK J, HI CIK K


“Bad, aku stress la..”

“Pasal exam eh? Sabar la. Ujian semua itu. Cuba kau tengok surah al Ankabut”

“Ok dah stat dah. Exam pun satu hal. Tambah lagi ni ha, adik-adik usrah aku ni, makin hari makin 
culas pula”

“Alaa, tu pun ujian la Jai.. Kau tu buat apa?”

“Hehe, best kot cerita baru ni. Aku tengah stress ni, so layan jap”

-----------------

 
Tak percaya?

Bukankah kita selalu macam tu? Eh.
Tersedak.

Baru-baru ini saya ada mendengar satu pengisian berkenaan fikh dakwah. Kami membedah satu buku yang cukup membantu dalam memahmi gerak kerja dakwah. Tapi sebelum itu, para da’ie ini diberi amaran tentang tarikan iman dan tarikan hawa yang akan sentiasa wujud dalam diri mereka. Sebelum mendalami isi kandungan buku itu, penulis bercerita akan urgensi seseorang da’ie untuk meninggalkan jahiliyah mereka.

Kemudian kami disuruh untuk menyenarai jahiliyah-jahiliyah yang masih tersisa. Maka bermulalah sesi meneyenarai. Aneh. Masing-masing menatap senarai yang ditulis. Terpaku. Kerana apa? Yelah. Da’ie kot. Hari-hari kita post pasal islam, dalam usrah berdentam dentum cakap pasal iman, tut tut tut kita sendiri masih beteman mesra dengan jahiliyah. Macam mana tu?

Kemudian bila dakwah kita ditolak, kita merungut. Bila pelajaran kita merosot, dakwah dijadikan mangsa. Dakwah dijadikan alasan. Sedar tak sedar, ini semua angkara jahiliyah yang masih tersisa di sanubari kita.

Suka saya di sini untk berkongsi satu cerita.

Ada seorang perempuan yang apa-apa jela namanya sedang dia sibuk menyiram bunga, tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki misteri. Ribut tiada, hujan tiada,tiba-tiba lelaki tersebut memegang tangannya dan kemudian melarikan diri. Oh lupa nak cakap, pada waktu yang sama suami si perempuan tadi berada di pasar, kerja sebagai penjaja.

Tatkala suaminya pulang, perempuan tadi menceritakan perkara yang berlaku kepada suaminya. Entah macam mana dia cerita saya pun tak pasti. Dengan gayanya sekali lah kot.

Agak-agaknya apa reaksi si suami?

Pada tanggapan pertama, mesti kita fikir suami itu naik berang, cuba mencari lelaki tadi, panggil geng kapak, bakar rumah lelaki tadi, atau paling tidak baling lelaki tadi dengan telur busuk. Tapi tidak. Yang berlaku, si suami kemudian beristighfar. Kerana waktu di pasar dia ada merenung kepada perempuan-perempuan yang lalu lalang di pasar. Dan dia pasti, kemaksiatannya itu akibatnya tertempias kepada si isteri yang tidak bersalah.

Nah. Begitu sekali.

Para da’ie harus ingat dan sentiasa muhasabah diri. Boleh jadi asbab dakwah kita ditolak adalah kerana kita masih belum cukup bersih dari segenap jahiliyah. Dan tempiasnya melekat pada objek dakwah kita. Tidak hairanlah program tabiyah berlalu sepi. Pesanan ringaks kita tidak berbalas.
Ironinya kita pula asyik sibuk memikirkan kaedah terbaik untuk ‘basuh’ adik-adik. Tapi kita lupa untuk periksa dan basuh diri sendiri.

Bagi yang baru bertapak atas jalan ini pula,

Memupuk keimanan ini ibaratnya seperi menanam biji benih. Banyak nutrient nutrient penting sebelum menghasilkan dedaun dan batang pokok yang sehat. Kehadiran air dan cahaya matahari cukup perlu supaya proses photosynthesis berjalan dengan selamat dan aman.

Persoalannya, tidak dapat dielakkan dalam menghadapi proses percambahan itu biji benih kita ini menghadapi persaingan dengan pokok-pokok lain yang sudah besar panjang tinggi macam galah, yang sudah lama berakar dan membiak biak dalam diri kita. Kehadiran pokok pokok besar ini tidak lain hanya membantut tumbesaran biji benih kita yang satu ini. Dalam kes ini, jahiliyah itulah pokok-pokok parasit yang menyaingi benih-benih kita tadi.

Mampukah biji benih ini bersaing? Boleh jadi ia tewas dan mati. Alangkah ruginya jika kita sia siakan benih yang berkualiti ini.

Tiada jalan lain melainkan kita tinggalkan jahiliyah tadi. Jahiliyah ada banyak sangat. Lain orang lain jahiliyahnya. Bagi orang biasa-biasa, mungkin jahiliyahnya adalah sesuatu yang lebih jelas. Contohnya, merokok, berkekasih gelap, menonton movie, bermain games dan sebagainya. Saya kira para da’ie sudah bersih daripada semua ini.

Di peringkat da’ie pula, ada jahiliyah lain yang datang menghimpit mereka. Yang lebih halus dan mengelirukan. Pada mata orang biasa mungkin benda itu boleh diterima. Antaranya? Silalah senaraikan apa-apa yang kita masih simpan dalam diam tu. Eheh.
Sekarang kita dah tahu. Nak tak nak perlu kita kikis anasir-anasir ini.

Kita dah pun kenal pasti apa bentuk jahiliyah yang masih bertandan dalam diri kita.
Persoalan seterusnya, bagaimana nak kikis semua ini?
Macam biasa, saya tanya sayalah jawab. Eh.

Saya rasa semua orang sudah tahu. Jalan terbaik adalah mencari alternative. Isi waktu lapang kita dengan perkara yang islami. Giatkan aktiviti dawah kita. Kebanyakan jahiliyah ini bersifat dormant. Ianya akan aktif bila kita punya banyak waktu lapang. Tambahan pula kita keseorangan. Mulalah syaitan dan konco-konco menyerang.

Cari alternatif. Jangan duduk bersendirian. Banyakkan mempelajari dan mentaddabur al Quran. Dan cara yang tidak pernah lapuk, berdoalah. Saya bukan orang yang terbaik untuk memberi nasihat. Bahkan saya sendiri masih bergelut untuk mengikis karat-karat jahiliyah ini. Yang penting kita semua tidak boleh berputus asa.

Bunyinya agak hambar.

Tapi ketahuilah, Islam tidak sesekali berkompromi dengan jahiliyah.
Al haq dan al bathil tidak akan pernah bercampur. Apatah lagi bergurau mesra. Ayuh muhasabah!


“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]

3 comments:

Anonymous said...

pErk0ngsian yg baik ^_^
sEntap sya..huhu
jzzk akhi

Inspector Saahab said...

entri yg pernah masuk JOM

klik label "JOM" untuk yg lain :)

Irdhana ya Allah :)

Fasihah said...

Ape cik k tu? Cannot brain