Assalam’alaikum
Saya
terbaca entah di mana, di syurga nanti ahli-ahli syurga saling memberi salam
antara satu dengan yang lain. Maka marilah kita beramal, seperi mana ahli
syurga. Benar kita tidak tahu posisi kita di mana tapi sudah pasti kita semua cita-citakan
syurga. Kerana cita-cita itu milik semua.
Tempoh
hari, saya ada terbaca beberapa buku yang mana perkongsian tadabbur ayat-ayat
cintaNya yang cukup menggugah jiwa. Dan rasa seperti nak berkongsi kat sini
pula. Hehe. First attempt, berkongsi tadabbur ayat cintaNya. Kalau ada salah
silap, salah pemahaman mahupun konsep yang menyeleweng, silalah tegur saya yang
marhaen ini. Kenyit mata.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 7)
Ayat ini
jika dibaca secara permukaan sudah cukup menggugah jiwa. Menggugah. Anda tahu
apa itu menggugah? Saya pun tak tahu nak ekplen macam mana. Tapi menggugah.
Bila baca perkataan menggugah pun dah cukup menggugah bukan? Selayaknya
begitulah maksud menggugah. Eh.
Bahagian
pertama ayat ini berkisar tentang orang yang bersyukur, serta merta di sebut
ganjaran.
Yakni ditambahi ni’mat kepada mereka. Yang ingin
saya kongsi di sini, ditambahi.
Maka di sini
kuncinya. Di sini isyaratnya. Bersyukur itu bukan bagi orang yang berasa cukup
dengan apa yang ada. Bukan konsep,
“Alah,
cukuplah. Tak payah nak lebih-lebih, Kau ni tak reti bersyukur kah?”
Mari kita
renungkan sebuah pemahaman terbalik dari ayat ini. Ajukanlah sebuah pertanyaan.
“Apa yang harus dilakukan oleh seorang yang ingin tambah ni’mat dari Allah?”
Jawabnya,
“Bersyukur”
Nah! Kalau
begitu siapakah orang yang paling bersemangat dalam mensyukuri ni’mat Allah?
Mereka adalah orang-orang yang ingin menggapai lebih tinggi, meloncat lebih
jauh dan menghambur ke pangkuan Allah. Mereka bukanlah orang-orang yang puas
hati. Orang yang paling menghayati syukurnya adalah orang yang paling merasa
memerlukanNya, mengahajatkan ni’mat-ni’matNya, lebih tinggi dan makin tinggi
lagi.
Tentu kita
tak boleh merancukan makna syukur dengan makna qana’ah. Bersyukur adalah amal
soleh untuk menggunakan setiap genap ni’mat yang telah Allah kurniakan untuk
menggapai yang lebih tinggi. Maka kurnia harta menggegas kita untuk menderma,
agar Allah tambah ni’mat. Kurnia ilmu menggegas kita untuk beramal dan mengajar
agar lebih memahami. Lalu ilmu makin tinggi, pemahaman makin mendalam. Dan
lagi. Dan lagi.
Bersyukur
mengajar kita untuk tak berpuas hati dalam meminta pada Ilahi. Terus dan terus.
Lagi dan lagi. Lebih banyak dan lebih tinggi. Sang Nabi mengajarkan agar tak
tanggung. “Jika kalian berharap syurga,” kata beliau, “Pintalah Firdaus yang
paling tinggi.”
Sementara
qana’ah adalah perasaan sedar akan kedudukan, siapa Allah siapa kita ketika
menerima kurniaNya. Qana’ah adalah perasaan yang memimpin kita untuk bersyukur.
Saat terima anugerah Allah, kita qana’ah, kita terima dengan penerimaan
terbaik, kita dekap dengan erat dan akrab. Sesudah itu kita ingin lagi,
menerima dengan lapang dada, dengan tangan terbuka, dengan segenap hati yang
meluapkan cinta.
Maka kita
pun bersyukur.
Maka
bersykur bukanlah berasa puas. Yang berharta jangan pernah puas sedekahnya.
Yang berilmu jangan pernah puas dengan amal dan da’wahnya. Yang bernafas jangan
pernah puas sekadar berbaring dan duduk. Tapi bangkitlah, berlarilah.
Ayuh ghairah
untuk gapai yang lebih baik dari yang semalam.
Ayuh bersyukur!
-Diolah dari
buku Jalan Cinta Para Pejuang
-Salim A. Fillah
-Salim A. Fillah
Nantikan
siri tadabbur yang seterusnya dengan penuh keterujaan dan mata bersinar-sinar.
Eh. Oh dan jangan lupa memanifestasi syukur anda dengan berkongsi bersama
teman-teman yang lain. Eh. Hehe.
Akhir kalam
marilah kita sama-sama berdoa moga terus dikurniakan taufik dan hidayah supaya
kita dapat sama-sama menzahirkan kesyukuran dan menggapai ganjaran yang lebih
tinggi.
6 comments:
Sebenarnya xdelah tadabbur sangat, more to type and post. haha. copy paste
ekplen?? Eksplen la..trtggal s ye.. haha... xpe more to type and post.. asalkan ada mesej yg dismpaikan... :)
Syukran
Macam menarik je buku salim, jalan cinta para pejuang tu. Several quotes in this blog dari situ :D nak beli insyaallah. Belum berkesempatan lagi
sha : yes typo. jzkk
Bayu : beli beli beli :)
Inspector Saahab, (10:10) ke yg pasal ahli2 syurga saling memberi salam tu?
Dalam dekapan ukhuwah pun best salim a fillah
Post a Comment