Hadis no
361:
Dari Abu
Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawa ada seseorang berkunjung ke tempat
saudaranya yang berada di lain desa, kemudian Allah Ta’ala mengutus malaikat
untuk menghadangnya, dan setelah malaikat itu bertemu dengan orang itu kemudian
bertanya;
“Mahu ke
mana kamu?” Orang itu menjawab, “Saya akan berkunjung ke tempat saudaraku yang
bertempat tinggal di desa itu”
Malaikat
itu bertanya, “Apakah kerana kamu merasa terhutang budi kepadanya?” Orang itu
menjawab, “Tidak, saya mencintai dia kerana Allah Ta’ala semata.”
Malaikat
itu berkata, “Sesungguhnya aku utusan Allah untuk menjumpaimu dan sesungguhnya
Allah telah mencintaimu sebagaimana kamu mecintai saudaramu kerana Allah”
(HR Muslim)
Hadis no
370:
Dari Ibnu
Mas’ud r.a. berkata. “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah .s.a.w.
kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah bagaimana pandangan tuan tentang seorang
yang mencintai sesuatu kaum tetapi dia belum pernah bertemu dengan mereka?”
Maka
Rasulullah bersabda. “Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang
dicintainya itu, (nanti di akhirat)”
(Muttafaqun
‘Alaih)
Hadis no
377:
Dari Abu
Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala
berfirman pada hari kiamat, “Manakah mereka yang saling mecintai kerana keagunganKu?
Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan
naunganKu sendiri,”
(HR Muslim)
Hadis no
382:
Dari Mu’az
r.a. berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah Azza
Wajalla berfirman, “Orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu, maka
mereka akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para
nabi dan para shuhada”
(HR Tirmizi
dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)
Himpunan
Hadis dari Kitab Riyadhus Solihin
Susunan Imam Nawawi
Susunan Imam Nawawi
Mari
Beramal :)
-----------
Secebis peringatan.
Untuk dikongsi.
Pinjamkan daku sekelumit Cuma masamu.
Wah dah macam Fatimah Syarha pun ada.
Bukalah mata seluasnya, lihat kehadapan sejauh mata bisa memanah
Jujur pada diri, bacalah atas dasar mencari kebenaran
Bukan membenarkan keinginan atas kebenaran
Pinjamkan daku sekelumit Cuma masamu.
Wah dah macam Fatimah Syarha pun ada.
Bukalah mata seluasnya, lihat kehadapan sejauh mata bisa memanah
Jujur pada diri, bacalah atas dasar mencari kebenaran
Bukan membenarkan keinginan atas kebenaran
Sudah sekian lama kita di sini, kerana apa?
Menagih peringatan. Tidak henti-henti
Buat pedoman hidup. Mungkin.
Namun tidak hairankah kalian?
Kerana apa setelah peri banyaknya teguran dan peringatan
Kita masih di takuk lama
Menagih peringatan. Tidak henti-henti
Buat pedoman hidup. Mungkin.
Namun tidak hairankah kalian?
Kerana apa setelah peri banyaknya teguran dan peringatan
Kita masih di takuk lama
Dan kita
terus menagih. Aneh.
Apa yang kita harapkan sebenar. Ilmu sudah menggunung
Namun masih sepi tanpa amal
Lagi-lagi kita mencari, bahan bacaan buat peringatan
Adakah benar kita ingin mencari peringatan atau sekadar jadi tatapan harian?
Namun masih sepi tanpa amal
Lagi-lagi kita mencari, bahan bacaan buat peringatan
Adakah benar kita ingin mencari peringatan atau sekadar jadi tatapan harian?
Di luar
sana, setapak pun tidak ubah.
Kita ini sebenarnya dambakan seminit keinsafan sahaja
Terus mencari hujah-hujah menembak jiwa
Kemudian kita berbalik pada jasad yang sama
Terus menerus bergelumang dalam lumpur hitam itu
Kita ini sebenarnya dambakan seminit keinsafan sahaja
Terus mencari hujah-hujah menembak jiwa
Kemudian kita berbalik pada jasad yang sama
Terus menerus bergelumang dalam lumpur hitam itu
Apa
natijahnya kita masih di sini?
Apa
pandangan kalian jika seseorang yang kalian nasihati sekadar mendengar,
alih-alih mereka masih melakukan yang sebaliknya?
alih-alih mereka masih melakukan yang sebaliknya?
Adakah ini suara kekecewaan? Sudah pasti tidak.
Apa untung daku kecewa? Pastinya ini sebuah harapan.
Agar membawa arus baharu. Eh?
Apa untung daku kecewa? Pastinya ini sebuah harapan.
Agar membawa arus baharu. Eh?
3 comments:
Ok.aku kecewa.liat sungguh hatinya.tapi bila baca ni bersinar pula harapan.
assalamualaikum . inspector, muttafaqun 'alaih itu ape mksodnyer ? selalunya bukankah diakhiri dgn nama rawinya shj ? mohon pencerahan . syukran
Muattafaqun 'alaih itu ganti kepada (HR Bukhari & Muslim [sahih shj] )
Post a Comment