“Weekend ni In sha Allah semua orang balik
rumah kan?”
Ayat-ayat
terakhir dari Lan sebelum
menutup perjumpaan usrah bersama para mad’u nya.
menutup perjumpaan usrah bersama para mad’u nya.
“So, balik nanti, harapnya semua jaga amal
masing-masing, jangan lupa belajar gak, jaga hubungan dengan keluarga, kita
semua kan nak buat shahadatul haq kita,”
Semua
khusyu’ dengar. Kelu dan bisu.
Azlan
memandang wajah-wajah adik-adiknya. Wajah-wajah rijal yang akan meneruskan
legasi dakwah dan tarbiyah di tempat itu suatu hari nanti.
In sha Allah. Getus hatinya.
Entah
kenapa Azlan secara personal nya merasakan sesuatu yang lain malam itu.
Peristiwa kehilangan ikhwah tempoh hari seolah-olah masih segar bertiupan di
gegendangan telinganya. Dia merasakan….
“Lagi dua minggu, kalau kita semua diberi nafas
lagi, in sha Allah kita jumpa ek..”
Lan
menyambung ayat-ayat terakhirnya. Risau.
Entah.
Entah.
Dia bingung
apakah kerisauan itu wajar untuk diendahkan. Dia risau kalau kalau nafasnya
tidak panjang. Dia masih belum puas menghirup udara dakwah. Belum puas. Pada
waktu yang sama semangat dia makin hari kian berkobaran. Menatap wajah
adik-adiknya seolah membawa arus baharu dalam perjuangan.
Dia makin
mahu melangkah lebih laju.,
“Abang bila balik?”
Akhirnya
ada yang bersuara.
“Tak pasti lagi. In sha Allah weekend ni jugak.
Esok baru nak pergi cari ticket.” Azlan menjawab pertanyaan Rafi.
“So ada final words tak dari korang semua?”
Lan tanya
adik-adiknya, sorang demi sorang. Kot kot ada yang nak share apa-apa. Nak
tambah atau tolak perbincangan malam itu. Kelihatannya semua bersetuju.
Setelah doa
rabitah yang dipimpin Ali diaminkan, sesi berlaga pipi dan bersalaman berjalan
penuh dengan bunga-bunga cinta, maka mereka bersurai. Ada yang bergegas naik ke
bilik. Keesokannya ada yang perlu berhadapan dengan test physics dan bermacam
test lagi lah yang tak berkesudahan. Itulah, nama lagi students.
“Ijat tak nak naik bilik ke”
“Hmm, ada benda nak tanya sebenarnya, abang nak
balik sekarang ke?”
“Oh. Takdelah, sempat je. Pakgad tu boleh
negotiate je. Ada ape?”
“Hmm, nanti kalau abang-abang ni semua dah
grad, kitorang ada usrah lagi ke?”
“In sha Allah ada yang akan follow up korang,
kenapa?”
“So junior yang masuk nanti…macam mana?”
“Hmm. Ijat rasa macam mana?”
Syukur
benar Azlan. Nampaknya adik dia sorang ni jauh fikir ke depan. Ya Allah berilah kefahaman agama kepada
beliau ini, dalam diam dia titipkan doa buat adiknya itu. Perasaannya berbunga-bunga. Sedikit terubat kerisauan tadi.
“Tapi bang, kalau tak nak jadi naqib boleh tak?”
Tiba-tiba. Tiba-tiba.
Response yang terpacul itu sedikit merisaukan Azlan.
Response yang terpacul itu sedikit merisaukan Azlan.
Dia cuba
mencari jawapan yang boleh menenangkan keadaan. Tak nak push sangat adiknya tu.
Bingung juga Lan. Tiba-tiba sahaja.
“Sebenarnya tak wajib pun jadi naqib, tapi
kenapa pula Ijat fikir camtu?”
“Entah la, tak bersedia la bang. Banyak lagi
nak kena belajar”
“Hmm, betul la. Cuma kita semua ni memang
banyak nak kenal belajar. Tapi secara jujurnya, abang sendiri pun banyak
belajar sebenarnya bila nak lead halaqah sendiri. Masa tu kita betul betul rasa
urgency nak kena serius buat SH kita. Kalau tak ada tanggungjawab tu, kita just
tunggu naqib kita yang suap..hmmm..”
“Macam susah je bang. Nak belajar lagi. Kerja tu
kerja ni?”
“Haa, secara jujurnya agak susah la. Tapi tak
mustahil kan. Memang banyak kena berkorban la sebenarnya. Masa, tenaga, duit. Nak
kena masuk dengan orang yang macam-macam macam korang semua ni haha, tapi tu la,
syurga kan mahal..”
Jawapan itu,
Azlan harap memuaskan hati Ijat.
Tiada lagi
persoalan.
“Hmm, ok la bang, saya naik dulu..”
“Ok”
Jam dah menunjukkan
pukul sebelas plus plus. Sebelas plus plus tu maknanya dia sudah melewati waktu
curfew untuk masuk ke kolejnya. Adeh. Dia sudah membayangkan muka pengawal yang bertugas yang bakal memperdengarkan ceramah percuma kepadanya nanti. Apa-apa pun itulah yang mewarnai jalan cinta para pejuang ini.
Bergegas Azlan mendapatkan kederaan
tunggangnya. Suis enjin dihidupkan. Lampu di kereta on. Dan dia terus memecut
laju. Pepatah biar lambat asal selamat tidak dihiraukan lagi.
Selang dua
tiga minit, satu pesanan ringkas masuk.
Dari Ijat.
Berdebar-debar
juga Azlan. Dia perlahankan pemanduannya yang kurang berhemah itu. Walaupun membaca
pesanan ringkas sambil memandu adalah salah di sisi undang-undang, tapi dia tak
tertahan lagi.
“Salam bang. Terima kasih. Tumpang tanya, ada
cadangan buku-buku untuk di baca tak ? dah cuti nanti boleh la prepare-prepare
nak jadi naqib nanti”
Allahu…
Separa benar.
yang pasti bukan Separa Tuhan
8 comments:
Allahu rabbi.
T_T
kisah benar kan ?
dan macam ada ouch sikit yang part UNtuk Speara Tuhan tu.
separa benar.
ok. setelah ditokok tambah tolak.
Seronok bila baca part last tu :)
Btw, kenapa tajuk "Separa Benar" syeikh?
sheikh, part last tu part mane ?
yg tulisan bilis tu ?
separa benar sebab kisah benar yg telah disunting dan ditambah perisa sesuka rasa
Habuk masuk mata.nostalgia..
macam kenal kalau nama tak diperencahkan. hmmm.
separa benar :)
kalau benarlah dia, memang baik budaknya - klasmet saya :)
anonoymus last :
erk.
kalsmate anda ? acano tuh ?
Post a Comment