“Akh X, ana
dah berubah untuk enta ni, enta tak suka ke?”
“Ukht Y,
ana dah ikut nasihat enti solat jemaah dekat masjid ni, kenapa enti tak layan
ana pun?”
“Akh X, ana
dah bakar semua tudung-tudung sengkat ana, beli tudung akel pakai labuh-labuh,
enta tak nak terima ana lagi ke?”
“Ukht Y, ana
ajak enti pergi McDonald bukan nak buat apa pun, jum la kita pergi taddabur
Quran sama-sama”
“Akh X, ana
ajak enta pergi riadah sama-sama, jadi Individu Muslim yang sihat tubuh badan,
tuntutan tarbiyah tu, kenapa enta enggan je?”
Akhhhhhh X…..
Ukhtttttttt Y……
Ukhtttttttt Y……
Seiring dan
sejalan,
lalalalalala
lalalalalala
-------------------------
“Akh X, bukankah Allah
jadikan kita laki dan perempuan untuk berkenal-kenalan, berta’aruf, kenapa enta
tak nak kenal-kenal dengan ana? Kenapa? Kenapa?
“Ukht Y,
kenapa enti tak suka ana? Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu
dan apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu, bukankah Allah dah berfirman
macam tu ? kenapa? Kenapa?”
-----------------------
Muntah.
Muntah
lagi.
Ukhti,
Benar,
dalam firman tadi Allah bagitahu;
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah
menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal….
Tapi enti tak baca habis, sering baca tak
habis. Sebab tu la ana nak nasehatkan enti, jangan wakaf baca Quran ikut suka
hati saje. Ni la akibatnya enti. Allah sambung selepas tu,
Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(Al-Hujurat:
13)
Untuk apa
Allah seru kita berkenal kenalan? Untuk bertakwa ukhti. Tapi benarkah kita
benar-benar mengejar ketakwaan? Atau kita berlari-lari di atas padang nafsu
berumputkan jahiliyah? Seiring dan sejalan? Kita riadah ke, lompat bintang ke,
lompat gitar ke, lompat belimbing bersama-sama ke, betulkah niat kita untuk
membentuk Qawiul Jismi (Sihat tubuh badan) atau kita mencari cari kesempatan
dan ‘rezeki’ untuk mencuci mata?
Kita keluar
bersama-sama, belajar bersama-sama, taddabur sama-sama, wah, indah. Tapi ukhti,
Islam tidak akan berdiri atas asas jahiliyah. Cara kita tu, tak kena.
Berkenalan,
bertakwa, macam mana tu?
Bila kita
berkenal-kenal dengan orang yang berilmu, kita sedikit sebanyak dapat cedok
ilmu mereka. Di situ, lahir iman kemudian takwa.
Bila kita
kenal-kenal dengan orang yang jahil, tidak berilmu, kita belajar sesuatu
daripada mereka, yakni jangan jadi jahil. Kemudin kita termotivasi untuk
perbaiki diri, tuntut ilmu dan beramal dengan ilmu kita, di situ akan lahir
takwa.
Bila kita
jumpa pelbagai jenis orang, semua tak sama. Warna kulit lain, bahasa percakapan
lain, rambut kaler lain, susunan gigi lain, lokasi tahi lalat lain, saiz ibu
jari lain-lain, ketebalan bulu kening lain, kita sedar akan kekuasaan Allah,
kehebatan Allah mencipta sebagai Khalik. Di situ, iman kita meningkat, kemudian
lahir takwa.
Macam tu.
Akhi,
Betul,
Allah ada berfirman;
Diwajibkan
ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh
jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu
boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak
baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
(Al-Baqarah :216)
Tapi akhi,
enta pun tak tahu apakah keinginan enta tu baik. Apakah perhubungan kita ini
baik. Kerana Allah sahaja yang tahu. Boleh jadi keinginan itu keinginan semata,
shahwat semata.
Sebab tu
akhi, Allah suruh kita berperang, perang nafsu kita.
Udah udah
la ikhwah akhawat,
Kata da’ie
?
ilaLlah ke
ila apa?
8 comments:
T_T jzkk
Astarghfirullahalazim...MashaAllah..jzkk atas teguran..T_T
sentap T_T
Uhuk. Kita kapel takpe kan? Kehkeh
Panas. :'(
jazakalllah.
dah lama nak cuba bidas mereka yang menggunakan al-hujurat:13 sebagai alasan untuk 'berkenalan'.
may Allah bless.
barakallahu fiikum :)
minta izin nak gamba cantik...
Post a Comment