Thursday, October 24, 2013

BAYT 19 [2]



“Kita nak pergi mana ni?” Li peluk erat beg sekolahnya. Sejuk. Udara dari pendingin hawa kereta yang bertiup laju, ganas menyapa kulit sawo matang Li. Berdiri bulu bulu di tangan.


“Rilek dulu. Nanti dah sampai tahula”
Seperti dijangka. Abang Man, kalau tak berahsia tak sah. Semua benda nak rahsia. Sirr kononya. Dulu sebelum pergi rehlah di Sungai Pisang, Li, Aja, Min, Ani, Mars dengan Dol ikut sekali. Abang Man la yang bawak. Tu pun nak rahsia.

“Banyak kereta hari ini” Li bersuara. Takde topik menarik yang nak diisukan. Jari di garu. Tak gatal pun. Sekali sekala mata memanah cermin sisi. “Weekend pun ramai orang keluar. Patutnyanya weekend duduk rumah la, dengan family gitu” Li dah merapu entah kenapa.

“Yela, bila lagi nak keluar dengan family, weekend la”

“So, kita ni jauh lagi tak Bang Man?”

“Dah bosan gila kan?”

“Agak ah”


Dalam lima enam saat berlalu, banyak juga kereta di lorong kanan potong mereka. Sume laju laju. Seronok Li tengok kereta laju laju. “Peh, Volkswagen kot”. Sekali Volkswagen Golf, merah menyala-nyala potong mereka. Teruja Li.

Sekali sekala Abang Man pandang Li.
Terhibur  


“Kalau ikhwah, tak wajar kot pakai Volkswagen tu”

“Leh. Kenapa plak ?”

“Yela. Baik infaq je duit banyak banyak.”

“Tapi kereta penting kan”

“Haah. Tapi dengan Volkswagen Golf, dua buah MPV kita boleh beli, boleh angkut anak usrah ramai-ramai pergi daurah” Balas Abang Man.

“Hmmm…”

“Aih senyap, tak setuju nampak. Kata nak tajarrud

“Betul la tu, orang saja je nak test hehe”


Li terus khusyu’ melihat ke luar tingkat. Dah jauh perjalanan. Entah ke mana destinasi. Masih rahsia. Penutup air minuman jenama Blue dibuka. Li amik straw dari plastic. Diminumnya air itu. Dahaga gamaknya lama-lama duduk dalam kereta tu. Dihulurnya botol air itu kepada Abang Man, Abang Man bagi isyarat menolak.

Fokus kepada pemanduan.


Clutch ditekan dalam dalam, gear ditolak ke atas paling kanan. Pedal minyak ditekan. Tak semena Abang Man pun memecut laju. Makin lama makin tinggi bacaan jarum pada meter speed. Dah nak mencecah 110 KM per hour.

Boleh tahan juga Abang Man. Gumam Li dalam hati.

Walaupun hanya bawak Myvi. Huh. Underestimate. Siapa kata produk nasional tak berkualiti. Dua tiga buah kereta import Abang Man potong. Malaysia memang boleh. Heh.

Kagum Li sejenak.



Traffic makin lancar. Makin laju pula Abang Man memecut. Tapi belum cukup laju untuk terus di lorong paling kanan. Kat lorong kanan tu memang dah macam nak kejar apa. Bini nak bersalin agaknya.


Lampu isyarat kat depan masih hijau. Lagi kuat Abang Man tekan pedal minyak. Tak sampai setengah atau suku saat, lampu dah tukar kuning. Berdebar Li. Abang Man ni biar betul. Jatuh thiqah. Getus hati Li.


Abang Man pula makin laju. Kalau nak brake ni habis orang belakang. In sha Allah sempat. Li tengok Abang Man. Buat muka tak puas hati plus muka nervous. Agaknya otak Li dah activate fight and flight action. Sympathetic nerve dah buat kerja dia.  Abang Man balas pandangan Li, dengan senyuman nakal. Sempoi. Sah jatuh thiqah !


“Abang Mannnn, Loriiii!!”


Bannghhhhhhh !!




------------------------------


Allahu Akhbar Allahhhhhu Akbar !!


Tersentap Li dari tidur. Pucat lesi muka Li. Macam baru lepas nampak hantu. Berpeluh-peluh. Macam baru tamat lari marathon. Mimpi rupanya.

Astaghfirullahal’adziiim… ish setan ni..

Keluh Li.


Hari ini dia missed lagi nak bangun qiyam. Kecewa Li. Dah la mimpi ngeri. Nasib baik mimpi. Tu la. Ingatkan tadi dah bangun tersedar dekat katil hospital. Tengok cadar, fuh, corak petak petak warna hijau muda dengan warna unggu. Cadar katil di bayt dia.

Tapi still frustrated, missed qiyam. Bila la nak penuh mutaba’ah amal dia. Di swipenye screen S3 Mini dia. Tengok alarm smartphonenya. Aplikasi penggera dipilih. Li tap pada rajah jam loceng. Nak kata tak set alarm dah set, tapi tak dengar apa benda pun.

Fail la Samsung ni. Li mendengus. Tak pasal Samsung pulak yang kena.
Li Li..

Dia bukan apa, tiba tiba teringat satu kata-kata entah siapa dulu pernah pesan,


“Kalau kita tak dapat solat berjemaah di masjid, tak dapat nak bangun qiyamulail, kita kena rasa rugi dan tersisih sebab Allah tak pilih kita untuk solat di rumah dia, Allah tak pilih kita untuk bangun malam bermunajat dekat Dia. Seolah kita tak special, sama macam hamba hamba lain yang tidur bagai nak rak”


Kecewa.
Tapi memotivasi!


Li tak buang masa. Cepat cepat kain pelihat yang dijadikan selimut tu ditolak ke tepi. Perlahan-lahan Li turun dari katil. Kaki melangkah menuju ke tandas. Apa yang patut dibuat, dibuat. Kemudian terus menuju ke lift. Nasib baik jarak lift dengan bayt dia tak jauh.

Dari tingkat Sembilan Belas, laju lift travel. Pagi pagi subuh memang selesa pakai lift, sebab memang takde orang pakai. Groundfloor. Kaki melangkah pantas, menuju pintu lutsinar, keluar ke surau kondo Platinum mewah dia.

Kelihatan beberapa figura asing sudah terpacak di saf hadapan, menunaikan solat sunat. Capai warna coklat, adunan tone terang dengan cerah jenama Scorpion yang baru dibeli dari Serdang semalam ditanggalkan. Langkah di atur penuh cermat. Pintu surau ditolak. Li menuju ke ruang amik wudhuk.


Menyegarkan!


Usai selesai membasuh kedua belah kakinya, dia segera ke saf hadapan. Memilih untuk berada di bahagian paling hujung kanan. Takbir di angkat. Alhamdulillah, tak dapat qiyam, dapat solat sunat fajar pun jadilah. Li berdialog sendiri.


Orang kata, hari yang baik dengan bermula dengan pagi yang baik. Dalam suatu hadis Rasulullah menyebut, dua rakaat sebelum fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya. Nah, apakah pagi yang kebih baik melainkan didahului dengan dua rakaat sunat fajar?



Aisyah ra. berkata " Nabi saw. bersabda, "Dua rakaat sebelum shalat subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya."
(H.R.Mu­slim)


--------------------------------


Alhamdulillah, mathurat pun dah selesai. Li meninggalkan surau, untuk terus ke bayt. Yang tinggal dua orang lelaki dari Somalia. Li pernah betegur sapa dengan seorang. Adik beradik. Si abang datang teman si adik belajar kat sini. Juts for first few months. Pastu dia akan balik ke Somalia. Feeling blessed.


Dekat parkir kereta, sudah mula kelihatan kelibat manusia bergegas menghidupkan enjin kereta masing masing. Bersedia untuk ke tempat kerja. Walaupun masa tu masih gelap, hitam pekat. Entah solat subuh ke tak diorang ni. Ish, mestila dah. Diorang berjemaah kat bayt masing-masing.

Li, internal conflict.

Sebaik pintu lif terbuka,
Satu pesanan ringkas masuk. Screen S3 Mini di swipe. Ikut  security pattern. Dari atas ke bawah, belah kiri. Jari jemari cekap tap pada rajah sampul surat. Inbox. Tertera nama Abang Man, unread message.


Salaaaam ‘Alaik ! Sobahal kheir, fi amanillah ;)
Dah mathurat belom?
By the way, weekend ni ada pape plan?
Jom ikot saya ?

Tiba tiba scene dalam mimpi menerjah masuk ke dalam minda Li. Entah entah.. Ish. Cuak juga dia. Nak reply ke tak. Nak reply ke tak. Mestilah kena reply, tapi nak cakap apa?
Sekali lagi, kemelut dalaman.

“You want to go up?” Tetibe satu suara muncul. Dari dalam lift. Bingung Li.

“Yes yes. Thank you” Kaki melangkah masuk. Butan no Sembilan belas ditekan. Lampu menyerah sekeliling butang menyala terpancar. Butang no dua puluh tiga pun menyala “Sorry, I was thinking of something else”

“Assalamualaikum. It’s ok”


Li jawab perlahan.
Sekuntum senyuman tak berapa nak manis terukir.

Selepas lama menyepi keduanya, entah berapa lama. Dan entah kenapa lama pula masa lift tu nak naik ke atas. Against gravity mungkin. Tak secepat nak turun bawah. Tiba tiba, turun ilham mungkin.


“My name is Fathudeen”

“Oh. I’m Rafli”

“You studying…” Belum sempat soalan habis, loceng berbunyi.

“Yes here. See you again, Assalamu’alaikum”


-end-

4 comments:

Qalamqudus92 said...

Emmmmmmmmmmmm...? Ok cepat sambung..

Inspector Saahab said...

In sha Allah

xde plot ni =.=

Anonymous said...

cant wait ..

Inspector Saahab said...

:3

biidznilah