Bukan
Dragon Ball.
Juga
bukan Dora The Explorer
Heh.
(Madmie China punya)
Wahai umat
manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya
dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang
lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat
walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu
mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik
daripadanya.
(Kedua-duanya
lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang
diminta (daripada menunaikannya).
(Al Hajj :73)
----------------------------------------
Di
suatu hujung minggu yang indah, angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Sesungguhnya
bahasa jiwa bangsa. Saya telah mengikuti, tanpa dijemput satu rombongan ikhwah,
keluar jalan-jalan mencari ketenangan di Pantai Morib. Err, mesti anda
tertanya, ada apa je kat pantai gersang tu. Persetankan, bersama ikhwah, kat
mana-mana pun heaven. Hoho.
Memandangkan
saya ini pendatang yang tidak termasuk dalam senarai, suasana agak awkward pada
mulanya. Entah apa yang berlaku, tiba tiba si Murabbi kepada usrah terebut,
seorang akh yang saya kenal tak lama dahulu memecahkan kesunyian yang
menghantui jalan jalan kami. Peh ayat.
“Antum
tahu, ada pepatah Arab mengatakan, jadilah berani seperti lalat. Menarik kan,
biasa orang cakap jadi berani seperti singa atau harimau, tapi orang Arab cakap
seperti lalat”
Agak
random dan tiba-tiba kan?
Sebenarnya
waktu tu kami sedang tunggu hidangan yang kami pesan untuk dihidangkan. Menu
yang dipesan kalau tak silap waktu tu adalah sotong celuk tepung, udang celuk
tepung, nasi goreng paprik, mee goreng mamak, nasi goreng USA, nasi goreng
cendawan, air kelapa, jus oren cincau dan sebagainya. Ewah. Kalau saya tak
silap la.
Takdirnya,
kat situ ada banyak lalat.
Maka
keluarlah statement tadi.
Pada
awalnya saya tak faham sangat maksud peribahasa tu, mulanya nak tanya. Tapi
kelihatan semua orang sedang mendalami, menghayati, menjiwai dan memahami
dengan baik. Maka niat tadi dibatalkan, nantikan nampak sangat saya ni slow.
Erk,
-------------
Anisoptera.
Begitulah
nama saintifik bagi ciptaan Allah yang lebih komersial dengan panggilan lalat
itu. Ada banyk ibrah dan pengajaran boleh diambil dari si lalat. Bahkan dalam
ayat Quran di atas, Allah memberi perumpamaan dengan lalat.
“..dan jika lalat itu
mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik
daripadanya..”
Tersangat
benar potongan ayat di atas. Usahkan hendak menciptakan lalat, hendak
menandingi lalat pun kita tidak mampu. Sekali lalat dah hinggap atas makanan
kita, sekali dia dah sedut sikit makanan itu, memang jangan harap la kita boleh
ambil balik.
How
powerless we are.
Dengan lalat pun kalah
Yet we act like the powerful one
Dengan lalat pun kalah
Yet we act like the powerful one
Berkenaan
dengan pepatah Arab tadi, kemudiannya saya makin faham. Ada banyak benda kita
boleh belajar dari lalat. Kalau kalian perasan, lalat ini antara makhluk yang
tidak mengenal putus asa. Pernah kita pergi bazaar Ramadhan, lalat akan cuba
untuk menghurung kuih muih di gerai-gerai.
Si penjual
terpaksa ikat plastic di sebatang kayu kemudia dikibas kibas untuk mengahalau
lalat tadi. Tak sampai satu minit, saya yakin lalat yang sama datang lagi. Halau.
Datang lagi. Halau. Datang lagi. Dan lagi.
Kalau
la para duat boleh aplikasikan sifat lalat ini dalam menjayakan urusan dakwah,
nescaya subur lah dakwah. Bila kena marah, kita buat lagi. Bila kena tindas,
kita buat lagi. Bila dakwah ditolak, kita buat lagi. Tidak pernah berhenti.
Lagi
yang menarik tentang lalat, dia tidak takut untuk berkorban.
Biasa
kalau di restoran, sekarang ada alat yang menggunakan arus elektrik untuk
membunuh lalat lalat ini. Ada sejenis alat yang mana dawai arus eletrik ini
memagari lampu kalimantang yang menarik perhatian lalat ini.
Lalat
ini akan terbang untuk menghampiri lampu tu dan sebelum sampai kepada cahaya
itu, dia terkorban dek arus elektrik itu.
Menariknya,
walaupun dah banyak member dia terkorban di jalan yang sama, lalat lalat ini
masih sanggup mengambil risiko. Inilah berani!
Lalat
sangat determined dengan apa yang mahukan.
Kalau
kita taddabur dalam hidup kita, kita tahu cahaya itulah sinar penyelamat. Namun
harganya boleh jadi nyawa kita. Dan memang sudah ramai yang terkorban di jalan
menuju cahaya ini, di jalan untuk mengembalikan kemulian ummat Islam ini. Tapi apakah
kita masih sanggup untuk melalui jalan yang sama?
Sudahkah
kita bersedia berhadapan dengan risiko ‘arus elektrik’ dalam hidup kita?
Lalat.
Begitu
banyak mengajar kita untuk terus mara..
Tidak
hairanlah orang Arab mengatakan,
“Jadi
berani seperti lalat”
Oleh
itu saudaraku,
Jadilah
berani seperti lalat. Bersiap siagalah untuk berkorban.
Berkorban ertinya terkorban.
Di saat kita mahu berputus asa, ingatlah lalat.
Di saat dakwah ini menuntut masa kita, ingatlah bahawa lalat telah memberi nyawanya.
Berkorban ertinya terkorban.
Di saat kita mahu berputus asa, ingatlah lalat.
Di saat dakwah ini menuntut masa kita, ingatlah bahawa lalat telah memberi nyawanya.
Dan
begitulah.
4 comments:
sotong 'celuk' tepung?? >.<
btw
nice entry
jadilah berani seperti lalat
thums up!
erk
^^'
patutnya celup
ok byk2 bnda, tu ke yg anda dapat ?
eh
Sebab lalat masih ada smpi sekrg..sbb ada ayat quran ttg lalat..jzkk khair sharing
sekecil kecil lalat , tapi sgt besar keberaniannya .
gaye entry ni mcm buku sharulazmi sidek ' apabila haiwan menjadi guru'
keep on writing inspektor !
Post a Comment