Tuesday, October 22, 2013

BAYT 19 [1]




Lama ditenung siling putih. Boleh tembus. Entah apa yang ada. Paling kurang dah nak masuk empat puluh minit. Kipas jenama Crown terus berpusing. Tak reti penat. Sekali sekala kedua kaki diangkat ke atas. Separuh badan terangkat. Lepas tu tenung jari jemari kaki pula.

Besar jugak ibu jari aku. Dialog sorang sorang.
Masalah budak ni.


Lepas tu kaki jatuh. Kembali mata melilau ke siling. Entah cari apa. Nampak kelibat seperti anak anak ikan berenang renang dekat siling putih. Lepas tu hilang. Datang lagi seperti anak anak ikan yang lain berenang, lepas tu hilang.

Heh. Tapi macam mana benda seperti anak ikan berenang dekat siling?

Mungkin sel sel dekat selaput mata, berenang.


Cuaca suam suam. Matahari pun belum sepenuhnya mengganas. Bayt tu sunyi supi. Masih awal untuk ahli bayt buat onar. Atau sebenarnya ahli ahli bayt dah pagi pagi keluar. Bertebaran pergi ke destinasi masing-masing. Tapi agak mustahil. Tapi manusia boleh berubah. Tapi ribut takde, angin takde. Tapi.


“Kau takde kelas hari ini?” Tiba satu figura besar, tubuh gempal bukak pintu bilik. Salam tak bagi apa tak bagi. Mata Li terpinar-pinar. Yang dia nampak hanya satu lembaga hitam,besar. Berdiri depan pintu bilik dia.  Betul betul depan pintu bilik. Besar. Muat muat bingkai pintu.


Monster?
Atau malaikat?


Sebab dari sisi lembaga hitam besar tu keluar cahaya. Lagi epik lembaga tu berasap. Terkepul keluar asap dari lembaga tu. Seram sejuk. Adakah utusan dari langit turun nak bersahabat dengan Li. Atau sebenarnya Li masih dibuai mimpi, yang dia belum sempat habiskan semalam.
Musykil.


“Hoi Bear, ko ni” Lepas tujuh saat baru stabil balik. Mata yang berpinar kembali berfungsi. Bukan monster. Sah sah bukan malaikat. Tu cahaya dari luar. Asap Winston. Huh. “Yela. Aku mana ada kelas hari Isnin”

“Satgi aku nak pergi install unifi untuk rumah, ok ek?”

“Ok je. Berape kena bayar untuk installation ? Yang lain ok?”

“Budak budak ni sume ok. Nanti aku nak pergi tanya berapa. Papehal aku pakai duit aku dulu, pastu korang bayar ah”


Bear jalan masuk dalam bilik. Menuju tingkap. Entah apa dia tengok kat bawah. Dari tingkat Sembilan Belas, kalau tengok pun dah nak muntah. Kalau terjun ni, orang tak cam anak sapa bunuh diri. Berkecai. Heh.

Dua dua senyap.

Lepas dua tiga das asap Winston dihembus, habis bilik Li yang dah tak berapa nak wangi tu terus bertukar jadi macam bau kandang kuda.  Eh mamat ni, aku dah la puasa, bagi aku sedut asap plak.


Kalau nak tahu, secondhand smoker lagi bahaya untuk kesihatan. Ni pesan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bear berlalu pergi. Masuk bilik air. Li bingkas bangun dari katil. Sunyi supi bayt itu, masih seperti tadi. Yang kedengaran hanya bunyi pili air dari dalam bilik air. Sekali sekala kedengaran juga, Bear melalak sorang sorang dalam bilik air. Entah lagu kebangsaan Negara mana dinyanyinya. Li hanya mampu mengukir segaris senyuman.

Cahaya mentari yang semakin mengganas mula menerobos masuk. Pun begitu masih belum cukup cerah.


Tombol pintu dipusing perlahan lahan. Tak berkunci. Pintu ditolak. Berkeriut. Li menjenguk kepala ke dalam. Ternyata manusia berubah. Bilik sebelah sudah kosong. Dalam bayt tu sekarang hanya Bear dan Li.

Biar betul diorang ni. Entah entah belum balik bilik dari semalam



Tapi betul.
Manusia benar benar berubah.


“Kau kelas pukul berapa Bear?” Li tolak sliding di ruang tamu, buka, kasi udara nyaman dari tingkat Sembilan belas masuk. Nyaman. Sekurangya bau hapak bayt itu berkurang.

“Kul 12. Aku nak gi sarapan, jom naik sekali aku”

“Ahha, takpela. Nanti aku keluar la. Belum lapar lagi” Li tak nak bagi tahu dia puasa. Yela, pelik sangat nanti. Malas nak sembang panjang. Kalau cakap pun mungkin Bear assume Li puasa ganti.

“Oh. Aku keluar dulu ek”

“Ok”


Baik baik sahaja Bear keluar, Li masuk bilik dia. Li terus mula la buat aktiviti-aktiviti pelik dan asing dia tu. Aktiviti pemuda di kala ada masa lapang, sepatutnya. Tengah tengah duk sorang sorang ni, mesti bersorak anak anak setan. Kalau boleh nampak, boleh jadi melimpah minuman keras, anak anak setan duk merai.

Tapi belum tentu macam tu kesnya.

Pili air ditolak ke kiri. Mengalir deras air biayaan kerajaan Selangor. Tetap deras walau dari tingkat Sembilan belas. Sejuk. Li tadah dengan kedua tapak tangannya. Diratakan air ke muka. Menyegarkan.

Kemudian Li teruskan dengan anggota wudhuk yang lain.


Sejadah kepunyaan Fattah di hampar.
Dua rakaat solat dhuha, sebagai permulaan aktiviti pelik Li. Takbir diangkat lalu Li hanyut dalam kesyahduan ibadah. Hanya dia dan Dia.



“Tuhanmu tiada meninggalkan kamu, tiada (pula) benci kepadamu”
(Ad Dhuha:3)

Terusik. Hidup di tengah tengah anak anak muda yang jadi mangsa keadaan,kadang-kadang Li terasa seolah dia keseorangan. Tak masuk jiwa dia dengan yang lain.

Walhal hakikatnya dia tidak keseorangan!
Tapi rasa itu hadhir, atas alasan manusiawi. Bahkan kadang kadang dia terlajak. Berburuk sangka kepada Tuhan.



“Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk”
(Ad Dhuha :7)


Terusik hati.
Sekali lagi.


Menangis anak anak setan.
Boleh jadi berkecai botol botol minuman keras mereka.
Boleh jadi.


-----------------------------


Lemah Li. Hari ni lift rosak lagi.
Mencabar keimanan. Nak turun ke groundfloor dari tingkat Sembilan belas bukan perkara main main. Mahu tak mahu. Tak kan nak terjun. Kalau sebulan Li amalkan rutin ni, boleh kena osteoporosis !

Umur baru nak cecah dua dekad, tapi synovial fluid dah nak habis.


Nice. Sampai sampai, azan Zohor berkumandang.


Tiba tiba,


“Rafli!”


-end-

4 comments:

IW said...

pilih air?

Inspector Saahab said...

-,-

pili la tu

Anonymous said...

end?

Inspector Saahab said...

End of siri one. In sha Allah ada sambungan.