Thursday, October 31, 2013

BAYT 19 [3]




 “So you are studying here?”

“Yes yes”

“Where?”

“Actually I take a private Islamic lesson with one of the lecturer in UIA, Alhamdulillah”

“Oh I see” Tibe tibe Li berminat.

Terangkat kening sebelah kiri dia. Nak tahu lebih. Dia bukan apa, dah lama jugak nak belajar Islamic Studies ni. Bukan bab kahwin, jual beli, saham riba jela. Tapi  macam syariah, usuludin, Quran dan Sunnah semua semua tu. Tapi entah. Belum ada support.


“You know UIA?” Balas Fathudeen

“Sure. It is one of the best university we have in Malaysia” Ye ye je Li. Mengampu Negara sendiri. Padahal tak pernah sampai pun UIA. “Actually, I have many friends studying there, but most of them take medical field, and some take law”

“Oh I see, Masha Allah” Makin rancak.

Seronok pula dua orang ni berbual. 

Seronok berbual dengan stranger yang kita rasa selamat nak berbual. Walaupun foreigner, tapi tu la. Dalam Islam tiada sempadan kulit,bahasa percakapan, geografi segala bagai. Tak kenal pun takde hal. Sebab tahu dia Islam. In fact kadang kadang lepak sembang dengan foreigner lagi menenangkan daripada borak borak dengan orang kampung sendiri.

Dua dua jalan side by side. Menuju ke surau di apartment hadapan.


“Actually what do study in you private lesson” Li nak korek juga. “Well you know, Islamic studies kinda of very wide”

“Yes yes. Alhamdulillah, now me and my friends, we study Usul Fiqh with the Ustaz. You know Usul Fiqh?”

“Interesting. I don’t really know, but I used to hear it” Li tahu juga skit skit Usul Fiqh, pernah la dengar kuliah, attend kelas tak formal. Tapi tak reti nak cakap apa benda Usul Fiqh tu, bunyi ala ala nasyid gitu.

“Masha Allah. You are good man. Actually we also study some books of hadits and tafseer of the Qur’an” Terbeliak juga mata Li. Sumpah best.

“Really? Books like forty hadits from Imam Nawawi?”

“Yes yes, but we are done with that last year” Amboih dia ni. Aku dah dua tahun baru settle hadis nombor enam. Tu pun tak lepas lagi nak hafal nombor dua. Mantap habis. “Now we go through Riyadhus Salihin and few more books”

Gempak!

Tiba tiba Li teringat Ustaz Arif pernah cerita satu kisah ikhwah local borak borak dengan seorang sheikh. Sheikh tu ala-ala datang pantau gerakan kat tanah air. Ikhwah tu kira dah tahap muayyid la.

Pastu sheikh tu cakap, “Bacakan aku hadis 38”

Tersipu-sipu, garu tangan, garu kepala, garu la semua ikhwah muayyid tu sambil cakap, “Aseef, ana belum hafal”

Erk.


“Very good!. I know that book” Tahu jela. Takdela nak bedah bagai. Setakat baca sebulan sekali tu pernah la. Dekat rumah Li ada jugak kitab tebal tu. Bagus. Susunan Imam Nawawi jugak. Li memang plan nak khatam kitab tu. Tapi tu la. Hadis 40 pun tak lepas.

“Yes yes. Actually it is commonly use everywhere”

“Yes yes” Eh jap, everywhere ? Macam tak sangat kat Malaysia. Aku pun tak pernah dengar. Nasib baik ikut usrah segala bagai. Kalau tak, tahu kitab mangga, utopia, kliks, kreko, wanita, nona, err. 

Ok dah.

Li berdialog.
Monolog dalaman


“How about you?”

Nah sekarang Fathudeen pula soal siasat. Jalan makin laju keduanya. Dah nak makin hampir waktu asar.
“Me? Well I study Islamic Finance, but very basic. In UniKL”

“Masha Allah, masha Allah, may Allah bless you” kagum sejenak Fathudeen. Li tak rasa pape pun. Entah. Sebab mungkin. Ok takpela. Kita cerita lain kali. “So you want to be a business man?”

Nak tergelak pun ada Li.


“In sha Allah, one. So you can join me if you’re interested”

“In sha Allah, in sha Allah” Segaris senyuman terukir di bibir Fathudeen.


Kalau perasan foreigner ni, yang Muslim kerap sangat sebut zikir zikir dalam dialogue diorang. Masha Allah, Alhamdulillah, Subhanallah. Bagus betul. Kadang kadang Li pun terikut. Lepas habis satu ayat, nak jugak sebut Alhamdulillah.

Sangat bagus. Compare dengan orang kita,

Habis satu ayat ada la word word sakit telinga macam baby, syal, gills, what the fereroscher, beach, dan banyak lagi la kalau nak tulis. Yang muda muda la. Tapi yang tua pun….

Erk.
Ok kensel.


Terik. Panas terik. Walau jam dah tunjuk pukul empat tujuh minit. Matahari pun dah tak berdiri tegak kat atas, tapi boleh tahan. Angin tak bertiup sangat. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Jalan pun tak sibuk. Kereta keluar masuk dari apartment tu pun tak kerap. Tak sekerap waktu pagi dengan malam hari.

Tenang je.



---------------------


“I’m sorry, but what’s your name again?” Li tebal muka. Ni dah kali kedua dia tanya kawan warga asing dia tu.

By the way, term term macam warga asing ni kadang-kadang create barrier kat orang kita untuk communicate dengan diorang. Ramai yang takut. Itu semua persepsi yang tidak berasas. Ok emo.  

“Fathudeen. It’s ok”

“Oh yes now I remember. It means the opening of the deen right?”

“Yes yes. Masha Allah brother. You speak Arabic?”
Heh.

Sekali lagi nak tergelak Li.
Dah dua kali dia nak tergelak hari ini.


“Sikit, sikit” Li hanya mampu menghadiahkan sekuntum senyuman. “Oh I mean, a bit only”

“Tak apa, I pun tahu sikit sikit bahasa Malaysia”

Dua dua gelak.
Seronok.


“It’s Friday night tonight, do you read al kahfi?” Tibe tibe Li berani kan diri. Soalan macam agak random. Yela.

“Yes yes. You also read it ?Masha Allah.” Fathudeen tu pula excited.

“In sha Allah. So I hope we can finish it by tomorrow”

“In sha Allah brother”  

“In sha Allah. I have arrived. See you again”

“Yes in sha Allah. So you house at level 19? I should come one day in sha Allah”

“Yes sure. Come come. Ok in sha Allah, assamu’alaikum”


Pintu lift terus tertutup. Seronok. Teruja. Gembira. Gementar pun ada. Entah. Berbaur baur perasaanya. Dah macam nasi lemak. Banyak perasaan. Eh.

Sebaik keluar dari lift, mata Li terus mengintai dari luar tingkap rumahnya. Bayt 19. Dah lama. Dah lama dia tak converse dengan teman serumah macam ni. Langkah di atur. Cermat. Disedut udara tingkat Sembilan belas tu, sedalamnya. Dalam. Sampai kembung perut tu.

Makin dekat, makin menghampiri, makin kuat kedengaran bunyi lagu lagu keras. Metal song, entah apa benda yang teman serumahnya dengar. Dia pun hairan. Satu benda pun dia tak paham pasal lirik tu. Keduanya, Li bingung kenapa nak pasang speaker tu kuat. Nak kata dah pekak, muda lagi.

Capal coklat jenama Scorpian dia ditanggalkan.
Daun pintu ditolak perlahan-lahan.


“Assalamualaikummm……”


-end-

5 comments:

Qalamqudus92 said...

Oho..!! Suprisingly..Masya Allah!

Is it the continuous being very dakwah to them...or...? We'll see :)Waiting again..n again..

Inspector Saahab said...

ahha. wait n see.

malasnya

IW said...

interesting
menunggu Bayt 19 [4]

Anonymous said...

hmm betul.orang kita ending setiap perbualan tu ahhh.sakit telinga.

Inspector Saahab said...

in sha Allah