Friday, May 25, 2012

INDAHKAH MALAM PERTAMA ?

Saya : Wah, tak ku sangka Inspector ni gedik juga, kemain lagi tajuk. Dah agak, semua lelaki sama je. Gatai.

Inspector : Erks, tu la. Saya pun tak sangka macam mana tetibe boleh tulis tajuk macam tu. Sekali baca macam seronok. Dua kali baca macam nak lempang diri sendiri pun ada. Eleh anda, seronok sangat la tu.

Anda : ape ke benda nye. Eh jap, siapa ‘saya’ ni?

Siti Nurhaliza : Biarlah rahsia.

****

Erks.

Ye malam pertama. Kenapa nak kecoh sangat ye. Seronok sangat la tu. Saya memang langsung tidak berniat untuk mengajak kalian berhalusinasi malam ni sambil membayangkan malam pertama kalian. Heh. Berdasarkan pengalaman peribadi, malam pertama saya biasa-biasa sahaja. Dush. Mesti ramai yang keciwa setelah mendengar statement ini. Ok perasan di situ.

Sila tidak emosi dan mengambil tindakan yang drastic lagi kurang waras.


Malam pertama yang saya maksudkan, ye malam pertama. Boleh jadi malam pertama bergelar budak asrama. Malam pertama tidur di asrama saya adalah sangat mengujakan. Ok tipu. Time tu, nak kata menangis, taklah sampai menangis, nak kata tak menangis, ada juga sikit-sikit air mata meleleh. Heh. Biasa la kan. Anda pun begitu juga.

Lagi, malam pertama bergelar wira Negara. Malam pertama berada di kem PLKN, hampir menangis kerana terharu kerajaan telah memilih saya untuk berkhidmat untuk Negara. Waktu itu tubuh sudah terbaring layu di atas katil kem, tapi minda masih tidak dapat menerima hakikat bahawa saya sangat bertuah. Sangat. Sangat. Saya ulang sekali lagi, sangat bertuah.

Seterusnya malam pertama bergelar suami. Yang ni la kalian tunggu-tunggu kan, kan kan kan? Ok ini belum lagi termakbul. Cita-cita itu ada. Inshaallah minggu depan. Datang lah ramai-ramai. Heh. Ok kerepek di situ.

Banyak lagi peristiwa malam pertama yang sukar untuk dilupuskan dalam kamar ingatan. Antaranya malam pertama bergelar pelajar university. Malam pertama tidur dalam hutan. Malam pertama setelah usia menjangkau setahun lebih muda. Malam pertama tidur di padang sekolah kerana terkantoi main mercun di asrama. Malam pertama itu dan ini. Ada apa dengan malam pertama?

Ok ini baru intro. Belum masuk point. Sangat fail kan.

Pengalaman malam pertama yang saya ceritakan tadi tidak semua sudah merasainya dan tidak semua bakal merasainya. Tidak semua berpeluang bergelar suami atau isteri, pelajar asrama, apatah lagi terpilih menjadi wira mahupun wirawati Negara. Namun, ada suatu gelaran yang semua antara kita akan peroleh, bila tiba masa dan detiknya yakni bergelar ahli kubur.

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan

(Al-Ankabut :57)

Maka di sini, ingin saya ajak kalian merenung seketika. Di saat kita bernikah dengan maut, bercerai dengan dunia, adakah malam pertama kita di sana seindah malam pertama yang pernah kita lalui? Pernikahan ini, maharnya sakit dan nazak, sepersalinan kapan putih, tidak ada lagi sulaman labucci yang pasti. Pelaminnya bukan lagi diserikan dengan semburan acid-acid sintetik seperti Ambil Pur, Roxxy mahupun Kevin Klein tapi gaharu cendana.


Kita kemudian diarak dengan kompangan azan dan kalimatullah, akadnya talqin, tiada lagi drama Melayu sesi berbalas pantun, berwalikan liang lahad, bersaksikan nisan. Bagaimana malam pertama itu? Bermalam bersama Mungkar dan Nangkir yang sudah lama menunggu kehadiran kita di dalam bilik berdindingkan tanah. Bagaimanakah pertemuan kita dengan mereka? Adakah seindah itu?

Tatkala hari-hari kita diselubungi dosa dan kemaksiatan kepada Allah, adakah Mungkar dan Nangkir bakal menyambut kita sepertimana mentua menyambut menantu? Dihidangi makanan yang lazat serta sesi fotografi bersama tetamu? Ada pula sesi makan beradab? Atau kita disambut dengan cara sebaliknya? Pernahkah kita memikirkannya?

Sehingga apabila tiba maut kepada salah seorang di kalangan mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku hidup semula di dunia. Supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Bahkan sesungguhnya ia hanya perkataan yang dia ucapkan, sedang di hadapan mereka ada barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula.

(Al Mu’minun :99-100)

T___T

Memang, keadaan di sana tiada siapa yang tahu. Yang pasti semua bakal merasa. Cuma, apa persediaan kita?

Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa

(Ali Imran :133)

Sudahkah kita bersedia?

Sudahkah engkau bersedia wahai diri?

Jumaat yang hening

3 Rejab 1433 H

22 comments:

anamuzakkar =.= said...

=.=
hmmm...
just nk igtkn semula
3 perkara yg boleh dijadikan hantaran
-sedekah jariah (sedekah berlari~)
-ilmu yang bermanfaat (chain rule)
-doa anak yang soleh (ni kene lalui malam pertama dulu~ooppss)

Inspector Saahab said...

Anamuzakkar : inshaallah post pasal hantaran menyusul next :)

no 3 ~ amboihhhh ><"javascript:void(0)

Anonymous said...

khutbah jumaat td pasal sedekah jariah.

#Jom mewakafkan duit kita utk pembinaan lebuh raya KB-K.krai. Semoga sepanjang orang guna, beri manfaat kpd kita jua.. InshaAllah

Inspector Saahab said...

Ana Pengembara : pun boleh

Reiichi said...

setiap malam pertama perlu dilakukan persediaan yang sempurna.. XD

lebih-lebih lagi yang dimaksudkan oleh inspector.

"ajak reramai ea supaya bercahaya dan luas tempat bermain di malam pertama nanti"

Inspector Saahab said...

Reiichi :

benar. selamat membuat persediaan yang rapi dan jitu :)

Pemimpi Tegar said...

Doa anak yang soleh? Err..2 tahun lg i.Allah..wahaha

Inspector Saahab said...

Pemimpin Tegar :
oh dah sah saudara ni senior saya. cewahhh.
moga dipermudah urusan ^___^

sibghah sakinah said...

alhamdulilah selesai jugk mlm pertama?? moga kita semua dpt wt persediaan yg sebaiknya.. insyaAllah

Inspector Saahab said...

sibghah sakinah : inshaallah.
jazakillahukheir :)

Faris Nafiah said...

ok, one word, EPIC!
ingatkn mlm pertama ap td

Inspector Saahab said...

jazakallah akhi Habiburrahim atas kunjungan ke site yg marhaen ini. respek enta.
excited weh karyawan negara berkunjung >.<

Faris Nafiah said...

waiyyakum..
ana yg respek anta. anta boleh uruskn 3 blog, ana satu pun tercungap-cungap.(tu pun blog org, jd jemputn)
ana byk belajar dr anta

Inspector Saahab said...

Akhi Habiburrahim : ana ni main je. action je blog blog tu HAH
karya enat masyuk :)

berkuality :)

Ciklong said...

love this post! boleh sedarkan diri ini yg dah bergelar Pengetua. lagi dua tahun nk pencen...hihihihi

apa2 pun, mati itu benda yang normal. setiap yg hidup pasti mati. cuma kita tak tahu je bila kita mati dan bagaimana kita mati.

Inspector Saahab said...

Teacher :

i didnt get you. HAHA
which pengetua are you referring to? kopu ka besut ka? hehe

yup. betul. saya sokong. tak cepat tak lambat walau sesaat. dan bukan itu pokok bicara kita but sejauh mana persediaan kita :)

Ciklong said...

pengetua tu tcer la! haha!
lagi dua tahun tcer nak pencen...hihihihi

Inspector Saahab said...

eh teacher, awalnyaaaa. teacher dah umo brpe skrng ?
tak kan dah 54 kot?
hehe :P

Ummi Rai said...

ada yang akan kita rasai sekali dan takkan pernah merasa lagi ,ketika dilahirkan dan ketika dimatikan.maut tak kenal siapa.mari bersedia :)

Inspector Saahab said...

Penjihad Sampai Mati ;
saya sokong
jzkk :)

Unknown said...

malam pertama di kampung syurga...yeah..jom!

Fasihah said...

Anak yg soleh x payah tunggu kawin. Kalu dh daie tu..mesti ade mutarabbi/s..haa bina la mutarabbi tu sesoleh or semusleh mungkin..mereka kn investment kita ...
Ni ustadz anis matta onced mentioned in his lecture..with rephrased