Saya masih ingat sewaktu saya berusia beberapa tahun, waktu itu saya ini masih lagi montel dan comel. Kemontelan dan kecomelan saya membuatkan saya sering kali dikerumuni gadis-gadis yang usia lebih tua daripada saya. Fulaweh. Maklumlah, ibu saya seorang pendidik. Dan saya sering kali merungut untuk mengikuti ibu ke kelas-kelas tambahan. Itulah petandanya anak yang soleh, lagi cintakan ilmu. Ok sila muntah sekarang.
Anak-anak murid ibu selalu menghampiri saya,disentuh situ sini bagai boneka. Namun apakan daya, saya tidak mampu menepis kemahuna mereka yang begitu rakus. Ingin sahaja saya suarakan rasa dalam hati ini namun saya tidak terdaya. Saya hanya merelakan sahaja kulit saya yang anjal ini dibelai dan dimanjakan. Ayat pasrah di situ.
Apa kau merepek ni ? =.=
Jika dahulu saya terjaga dari tidur dek gigitan nyamuk yang begitu proaktif menghirup darah manis ini, kini bangun tidur kerana dikejutkan sahutan ayam-ayam hutan yang penuh riang gembira menyanyikna lagu kebangsaan mereka. Manalah kita tahu, tatkala ayam-ayam ini berselang seli menjeritkan kokokan mereka rupanya mereka sedang berkaroke sesama jiran tetangga.
Apa-apa pun bangunnya kita dari tidur kerana Allah telah menghadiahkan kita satu lagi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Alhamdulillah..
Seseorang yang mengerti apa itu kehidupan sebagai seorang hamba harus sedar akan hakikat setiap yang dimiliki, dinikmati dan dirasai merupakan suatu pinjaman yang harus dikembalikan bila tiba masa dan tika. Sudah menjadi lumrah, tatkala kita meminjam kurniaan Allah ini yang tidak terkira dan terhitung banyaknya, ada harga sewa yang harus dilangsaikan.
Boleh bayangkan along dalam filem-filem murahan Melayu datang mengutip sewa rumah? Begitulah. Eh silap. Ah Long itu si pemiutang yang hidupnya tiada kerja lain selain mengutip hutang. Tapi saya yakin anda juga masak dengan watak si pengutip sewa, datang dengan penuh bergaya demi beberapa keping wang yang apalah sangat nilainya. Heh.
gediks >.<
Cuma bezanya, tidaklah kita membayar pinjaman daripada Allah ini dengan wang ringgit. Tidak perlu. Allah tidak meminta rezki daripada kita bahkan Dialah yang memberikan rezeki. Yang dipinta, ibadah kepadanya. Dan tidak pula kita beribadah bila cukup satu bulan, satu ibadah kita kerjakan. Tidak pula kita ini berupaya menangguhkah ibadah kita kepadanya. Bukankah kita ini seorang abid kepada Dia? Sesungguhnya title abid itu tidak akan luput selagi nafas dikandung badan.
Persoalannya sudahkah kita bayar sewa kita itu secukupnya? Hari semalam? Minggu yang sudah? Bagaimana dengan bayaran hari ini? Sudahkah kita melaksanakan tugas-tugas kita itu?
Tanya diri masing-masing. Kita punyai jawapan tersendiri.
Menyedari akan hakikat ini, seharusnya kita termotivasi untuk kian gigih melakukan ibadah. Kita juga tidak tahu ibadah manakah yang kita kerjakan itu dikira dan dihitung sebagai amal soleh. Kita tidak tahu solat kita yang manakah bakal membantu timbangan kita untuk ke syurga-Nya. Maka tiadalah kita ini wajar mencari alasan untuk culas mengabdikan diri kepadaNya.
Kini sudah tiba masanya untuk kita menggandakan amalan harian. Sebagai seorang yang faham akan tujuan hidup, faham akan agama dan tahu tuntutan seorang hamba, kita seharusnya lebih bersemangat dalam melasanakan ibadah harian, baik yang wajib mahupun yang sunat. Jika dahulu tilawah kita sekadar sekali seminngu, mungkin kita pertingkat kepada sekali sehari.
Jika dahulu kita sekadar solat fardhu, sudah tiba masanya kita sertakan juga solat sunat rawatib. Jika dahulu waktu solat kita sering kali di atas pagar, wajarlah sekarang kita solat atas sejadah. Eh, maksudnya di awal waktu. Carilah kesempurnaan dalam ibadah. Mudah-mudahan setiap amalan kita diterima dan dapat dijadikan hujah untuk kita melayakkan diri berlindung di bawah naunganNya kelak.
Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyuruhmu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan
(Al-Anfal : 24)
Entry yang membosankan.
3 comments:
Sewa hari ini dan hari esok jangan ditinggalkan, hutang yang lepas wajib dibayar selagi nyawa dikandung badan. Xgitu?
Enonimos : INSHAALLAH :)
YEPP :) TEPAT SANGAT XD
Reiichiiiiiii :)
mkay :p
peace. aman tanpa perang :)
Post a Comment