Saturday, May 12, 2012

BUKAN SETAKAT BISKUT OREO

Suasana yang dirindui kembali segar. Daun-daun kering yang menghiasi laman rumah, anak-anak kuching yang berlari bertempiaran di permukaan tanah, anak-anak ayam yang bertebaran, semut-semut hitam yang bertungkus lumus menyeludup masuk hasil rampasan. Semuanya tampak sungguh indah dan menyenangkan.

Aroma kampung halaman meresap masuk ke dalam liang pernafasan, nikmatnya sebuah kehidupan. Rindu terubat. Semak yang menghijau, pohon-pohon bunga yang tumbuh penuh eksotik, pelepah pinang yang melambai-lambai penuh kemesraan, mereka semua seakan seia, sekata, sehati dan sejiwa menyambut kepulangan diri dari tanah orang. Pulangnya aku seorang penumpang, menjejak bumi kelahiran.

Seakan tidak percaya.


Apa yang kau tidak percaya ha? Eheh. Terasa bagai menulis novel berselera rendah kegemaran remaja-remaja bawah umur. Sudah beberpa purnama saya tidak bertinta di sini. Satu perasaan rindu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata walau secantik bahasa. Tidak kira seindah mana pun bait-bait ayat yang diatur namun hanya hati yang mengerti. Aiwah. Menggedik pula.

Mungkin di situ ada suatu petanda daripada Yang Maha Esa, mengapa tidak diizinkan saya untuk menyusun kata, tidak diizinkan kalian untuk membaca cereka baharu. Mungkin juga satu peringatan supaya kita memperbetul niat, atas tujuan apa kita bersama mencengkam mata di hadapan skrin laptop dan komputer masing-masing, adakah sekadar mengisi kelapangan waktu atau demi menagih manisnya sebuah tarbiyah.

Mungkin banyak yang saya nukilkan sebelum ini, ilham dariNya yang saya sendiri tidak sempat untuk beramal. Banyak yang kita baca, tapi pembacaan kita sekadar bergetar di satu tempoh yang singkat. Sungguhnya ilmu yang tidak diamalkan itu ibarat pohon yang tidak berbuah. Peringatan untuk diri juga, semua orang boleh berkata itu dan ini, berpesan sekian-sekian tapi jika diri masih gagal, maka tidaklah ubah seperti seorang yang munafik dalam kata dan tinta.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangtlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan

(As Saff: 2-3)




Saya tidak mahu jadi seperti itu. Lantang menyusun kata, namun saya sendiri masih haru biru. Saya juga tidak mahu pembacaan kalian ibarat menikmati biskut oreo yang disaluti krim berperisa vanilla disertakan dengan kesejukan menggigil tutti frutti di kala petang yang hangat. Kelazatan dan nikmat yang sekadar bertahan tika mana material berada di mulut, dan hilang begitu sahaja sebaik menginjak ke perut. Kita tidak mahu jadi golongan yang dibenci Allah. Sia-sia

Kita ingin istiqamah. Kita ingin beramal.

Kita ingin mencelupkan diri sepenuhnya.

Ayuh kita muhasabbah diri. Dalam kita bergelak tawa, kadang-kadang kita terlupa akan tugas kita yang hakiki. Dalam kita bersenda gurau, kita lalai memenuhi hak asasi Allah s.w.t Bahkan dalam kita mengikat tali-trali ukhuwah kita lupa untuk mengeratkan tali kita dengan Dia. Sesungguhnya kita sangat dan senantiasa perlu akan peringatan.

Apalah ertinya sebuah tarbiyah jika tidak bertapak di lubuk hati dan sanubari. Apalah erti sebuah penghijrahan jika kita masih seperti yang dahulu. Apalah ertinya kita ini beriman jika masih gagal mengagahkah diri untuk beribadah kepadaNya. Apa la erti sebuah kehidupan jika tugas kita tidak disempurnakan.

Tidakkah begitu?

Wallahualam…

2 comments:

Batcute said...

Adik aku ckp dia suka blog kau.
Tu je, kbai

Inspector Saahab said...

=.=

boleh la suruh adik kaw promote kt budaks taylors har har