Saturday, November 3, 2012

KAHWIN PUN JIHAD


Boleh tak saya nak merepek hari ni?
Terima kasih.
Lama dah tak mula dengan bagi salam,

Assalamu’alaikum

Jihad. Hurm. Bila dengar perkataan jihad, tiba-tiba scene ledakan bom, hujan peluru berpandu bermain dalam minda. Teriakan kanak-kanak Afghanistan, rangkaian al Qaeda, eh, Darah mengalir la, musuh berkuda di hadapan la, parit perang Khandak la, terbayang pedang samurai dihunus dan kita berlari ke hadapan tanpa hala tuju, membelah dada orang dihadapan, percikan darah merah mengalir pekat ke muka kita, peluh mengalir laju dan seumpanya.

Peh. Radikal sekali. Tak ubah seperti bila mana Jepun datang dan memancung mana-mana kepala penduduk tempatan yang enggan tunduk pada mereka.
Memang jihad tu maksud dia perang pun. Memang la kan.
Dapat rasa tak unsur sarcasm di situ?

“Weh JOM jihad”
“Weh kau ni sesat ke? Tak nak la aku, kahwin pun belum”

Ini biasa.

“Weh jihad JOM!
“Weh kau ni, ganas la. Patutla Islam dilabel sebagai agama terrorism, adanya orang macam kau ni, jihadist, ganas, phew”

Ini pun biasa.

Jihad sebenarnya bersungguh-sungguh. Tapi bersunnguh-sungguh dalam konteks jihad bukan bersungguh-sungguh yang biasa-biasa, tapi bersungguh-sungguh yang sungguh bersungguh-sungguh. Eh. Ok kerepek di situ. Tapi faham la kan?

Mujahadah juga asal perkataan jihad. Dalam erti kata lain, mujahadah jihad ni, macam ada kaitan, lebih kurang sama. Sepupu sepapat, DNA mapping yang suit each other. Kerepek two pint o.

Berusungguh-sungguh dalam jihad, mesti ada pengorbanan. Kalau pergi perang, mesti jihad, bersungguh-sungguh perang. Tak de la orang gi perang tak sungguh-sungguh bawak galah atau pisau kat dapur, tu bukan perang namanya, tu nak kait rambutan pastu  nak makan ramai-ramai. Pengorbanan dalam perang, harta hatta nyawa. Tu biasa. Menang atau syahid.




 

 
Ok tolak ketepi la bab perang, bunyi macam ganas. Nanti anda cop saya puak pemisah tebing barat plak.

Selain perang, kena ada jihad dalam benda lain juga. Contoh, buat dakwah kena jihad, dalam pelajaran pun kena jihad, dalam nak mengikis karat-karat jahiliyah pun kena jihad, dalam nak beribadah pun kena jihad,nak mentarbiyah diri pun kena ada jihad, even nak kahwin pun kena jihad. Yela, tak percaya? Kahwin mestila bersungguh-sungguh, semangat gitew, ada pengorbanan, harta, tenaga, masa, buat kenduri la katakan. Tak tahula pulak kalau ada orang yang tak sungguh-sungguh kahwin, ragu-ragu. Main belasah je. Haha.

Kembali serius.

Lupa nak letak “koff koff” pada setiap contoh di atas, sebab semua contoh mencecah batang hidung sendiri, kecuali bab kahwin la.

Apa yang saya nak cakap, setiap orang, lain mujahadad dan jihadnya. Elemen mujahadah ini nilai dia lagi tinggi apabila kita berat nak melakukan sesuatu tu, bila banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Ada benda, kita tak perlu mujahadah sangat, kita boleh buat dan laksanakan tanpa keringat dan air mata darah.

Contoh, ada orang suka belajar. Gila belajar. Kalau sehari tak belajar, tumbuh ruam pada kulit, alergik kalau tak belajar. So bila belajar je, jantung jadi tenang, darah pun mengalir perlahan. Orang macam ni, mujahadah dalam pelajaran macam tak perlu sangat, sebab dia boleh belajar dengan riang gembira tanpa perlu pengorbanan dan berusungguh-sungguh menentang keinginan diri untuk bermalas-malasan dan mematikan penangan syaitan. Koff koff.

Lain orang, mujahadahnya pada tempat yang berlainan.

Dalam beribadah khusus pula, ada orang tak rasa mujahadah bila disuruh bangun qiammulail. Sebab sejak merah lagi, lahir-lahir lagi parents dah ajar bangun malam. Hoho. Sape mak bapak dia ni kalau ada? Nak berkenalan sikit. Contoh la ni. Tapi mungkin orang macam ni, bangun malam mantap, tapi bila suruh baca Quran, pergi kelas PAFA atau suruh puasa sunat, mereka liat. So mujahadnya kat situ.

Apa point merepek ni?

Allah suka pada amalan yang banyak elemen mujahadah. Orang miskin yang bersedekah lagi disukai daripada orang kaya yang bersedekah. Yela. Orang kaya sedekah itu biasa, tapi ironi bagi yang miskin, nak makan pun kais pagi makan malam, tapi masih mampu jihad untuk bagi sedekah. Maka orang macam ni lebih baik darjatnya.

 
 
..Tidak sama orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu..
(57:10)

Nampak tak?
Kalau dah nampak tak payah baca repekan di bawah.

Dalam ayat kat atas, orang Islam yang bersama Nabi, yang sanggup infak harta dan pergi berperang waktu Islam masih sekelumit cuma, masih lagi baharu dan masih ditentang, mereka golongan awal ni lebih tinggi darjatnya. Kerana pada waktu itu, bila mereka gi berperang dan infak harta, perlu kepada mujahadah yang sangat tinggi.

Sebaliknya, orang yang baru nak join Nabi setelah Islam dan mula naik, setelah dah buka kota Mekah, mereka juga Islam, tapi disebabkan waktu tu penglibatan mereka dah kurang mujahadah, so kurang la darjatnya.

Nampak kan?

Soalnya, apa amalan kita yang perlukan mujahadah yang banyak, yang kita amalkan? Di mana elemen mujadah apabila setiap kali kita tewas dalam amalan kita? Bila tewas dalam bab belajar, tewas mengekang keinginan nafsu yang membuak-buak, tewas dalam bershahadatul haq?

Di mana?

Cuma, Cuma Cuma, nanti jangan pula yang datang jupa anda bila cakap pasal jihad, depa cakap, pergi tengok bola dekat stadium pun jidah. Pengorbanan wang ringgit, masa, traffic jam dan segala mak neka lagi. Ha, ni memang nak makan nasi basi.

Jihad itu ada pada ibadah kita. Kalau pergi stadium tengok bola yang kononya jihad tu, atas dasar apa kita pergi tengok bola in the first place? Syariat atau nafsu. Dan adakah amalan sedemikian kita rasa boleh diangkat sebagai ibadah ?

Krik krik krik

11 comments:

Saya. said...

Tajuk lain, isi lain. -.-

Inspector Saahab said...

itu taktik pengiklanan :P

halawatuliman said...

takde kaitan dgn kahwin dan jihad sangat. :P
tapi mostly pasal jihad. :)
jazakallahukhayr.
p/s : waiting 4 next post abt muntalaq!

aku-bukan-robot. said...

inspector sahab. nampaknya terlalu banyak typo.lagi2 perenggan bawah2.
tapi. insyaALLAH. masih boleh difahami.sekian.

Anonymous said...

terasa seperti tergantung. anyway jazakallahu kheir ~

~Setanggi Syurga~ said...

Assalamualaikum inspector..

Lama tak singgah..Agak banyak road block disini..ngeee

"PERKAHWINAN BERLANDASKAN IMAN BUKAN BERLANDASKAN NAFSU" itu lebih utama. Dan jalannya mestilah serius.

Jom JIHAD duhai syabab..! :)

Anonymous said...

kenapa perlu melabelkan org 2 menjanda isteri 2 mereka dan menyatimkan anak 2 mereka demi berjihad di jalan ALLAH sbagai radikal atau pelampau iislam , . memang benar jihad adalah bersungguh sunguh dalam satu perkara sehingga terbit definasi jihad ekonomi , jihad. pendidikan , jihad perkahwinan dan sebagainya , tetapi walau apa pun definasi jihad itu , ia tetap tidak dapat mengantikan keutaman jihad kital ( berperang ) atas agama ALLAH ..sesungguhnya rezeki yang terbaik adalah harta rampasan berperang di jalan ALLAH Dan shayid semasa berjihad adalah kematian yang paling mula disisi ALLAH , semoga ALLAH memilih kita semua..ALLAH huma amien

Fishy said...

baru saya faham kenapa tajuknya begitu. :P

Inspector Saahab said...

banyak sngt komen. segan la nak rpely satu-satu

apa-apa pun anda semau style :P

aku bukan kerani said...

oohh tidakkkkkkk!!! dari pg td asyik bace blog ni je. Diriku bagai terkena ubat guna2.

Inspector Saahab said...

aku bukan kerani :

saya pun bukan kerani.
parah ni !