Wednesday, November 7, 2012

MEMANG BERBALOI!


Buat dakwah. Ganas bunyinya, kelakar pun ada. Hek eleh, buat dakwah. Poyo pun ada. Pada mata orang biasa-biasa la, eh, biasa macam mana tu? Entah. Anda pun tahu kan.

Hidup Nabi S.A.W. dan para sahabat dikorbankan atas jalan dakwah. Maka tidak boleh disangkal jika dikatakan sunnah terbesar adalah dakwah. Hari ini ada orang mempertahankan sunnah Rasulullah, gaduh sana-sini demi menghidupkan sunnah-sunnah ini. Tapi entah kenapa, dakwah diketepikan. Mutasi mungkin.

Dengar je perkataan dakwah, tiba-tiba peluh keluar, mencurah. Di kolej saya, dalam organisasi perwakilan pelajar,ada satu biro namanya biro dakwah, cuak seyh. Dahulu bila sebut biro kerohanian, biasa-biasa, bila panggil biro dakwah semua angkat kaki angkat tangan tak nak terlibat. Barangkali perkataan dakwah ini ajaib, kena tiup kot. Tapi memang ajaib.

Sedar tak sedar, kita semua ni sebenarnya pendakwah. Kita dah buat dakwah sejak dahulu lagi, sebelum kita kenal apa itu dakwah. Ajaib bukan? Memang ajaib.


Yela. Dakwah ini secara bahasanya bermaksud mengajak, memanggil dan menyeru kepada sesuatu. Bila terjemah macam ni bunyinya biasa, tak ganas. Kita dari dulu lagi dah buat aktiviti mengajak dan menyeru ni. Dah keluar album buat lagi buat lagi, Ku seru gitu.

Setiap perbuatan yang kita lakukan, ada elemen mengajak, baik kita sedar ataupun tidak. Pendek kata bila kita buat sesuatu  secara langsung atau tidak langsung menarik orang lain, disitu adanya unsur dakwah.

Contohnya, bila kita suruh orang buang sampah, ataupun kita sendiri buang sampah ke dalam tong sampah, kemudian ada la dua tiga kanak-kanak ribenna tengok dan termotivasi untuk buang sampah ke dalam tong sampah. Maka di situ ada dakwah. Bila kita belajar sampai asyik hekzem je kita no satu, member kita pun terpanggil untuk belajar rajin rajin, nak skor macam kita. Di situ pun dakwah.

Contoh lagi ekstrem, bila kita pergi tengok movie, kemudian adik nak ikut sekali, itu pun dakwah. Kita main game, kawan-kawan lain pun terpengaruh, itu jugak dakwah. Kita buat pesta muda-mudi, girls’ night la, boys’ day, pape jela, orang datang huha huha lompat kiri kanan, tu pun dakwah. Artis yang masuk rancangan reality tv yang merangsang anak-anak muda untuk turut serta mencuba nasib sebenarnya dah lama buat dakwah.

Huh, artis pun buat dakwah tahu?

Nampak tak permainan di situ?

Sebab dakwah itu mengajak dan meyeru. Istilah semata-mata.

Cuma, yang membezakan dakwah-dakwah yang dicontohkan di atas dengan dakwah arRasul ialah kemana ajakan tersebut dihalakan, dan apakah sifat dakwah yang dilakukan. Secara umum, dakwah yang kita duk buat hari hari tu boleh jadi dua sahaja, tiada yang ketiga yakni baik dakwah fi Islam ataupun dakwah fi jahiliyah.

Dakwah yang paling mulia, kata-kata yang disebut sebut menjulang dan mendaki ke langit kerana darjat kemuliannya ialah dakwah yang bersifat Rabbaniyah, dakwah yang mengajak manusia kepada Tuhan alam buana ini, yakni dakwah ilaLlah.



"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."

(QS Fushshilat : 33-35)

Dakwah dakwah lain, tidak kisah la buat parti ke, buat pesta ke, masuk tv show ke, ajak tengok movie ke, running man ke, pergi stadium tengok bola ke, asal bertentangan dengan syariat Islam dan tidak langsung membawa orang yang diajak dekat kepada Sang Pencipta maka tak usah untuk ragu-ragu melabel dakwah sedemikian sebagai dakwah fil jahiliyyah.

Menyedari akan hakikat ini, kita sepatutnya tidak loya mahupun segan silu bila dengar perkatan dakwah. Sepatutnya buat dakwah itu dijadikan aktiviti rutin harian. Dan memang kita hari-hari buat dakwah.

Persoalannya, dakwah yang jenis mana kita sedang usahakan sekarang?

Bila kita berpasang-pasangan dengan yang lain jantina, dakwah apakah itu?

Bila kita berjaga malam semata-mata untuk menonton bola ke movie ke, dakwah apakah itu?

Bila kita asik solat sendiri-sendiri dalam bilik,sorang-sorang, nak dapat khusyuk katanya, dakwah apakah itu?

Bila kita bersengkang mata membaca novel novel picisan yang melayukan jiwa, dakwah apakah itu?

Bila kita tanpa segan silu membukan aurat dan tayang situ sini di tepi jalan, dakwah apakah itu?

Bila kita lancang berbicara tentang hal ornag lain baik bersama rakan setugas mahupun rakan serumah, dakwah apakah itu?

Dan bila, bila bila. The list goes on….

Orang kata, alang-alang menyeluk perkasan biar sampai ke pangkal lengan…alang alang dah buat dakwah tu, biar buat dakwah yang sampai ke syurga.

Dakwah, memang berbaloi !

6 comments:

Anonymous said...

selamat berdakwah sahabat!

mnum kopi sambil kunyah ubi keledek rebus+ sembang2 ilmu agama itu juga dakwah..

Muhammad PeacemakerIslam said...

Sudah fitrah manusia untuk berkongsikan manisan dakwah yang dirasai...

ThePowerOfTarbiyyah

syabaab islam said...

inspector saahab..
selamt berdakwah.. memang sangat berbaloi..

'katakan ini jalanku'

albaihaqie.com said...

artikel menarik..
luaskan sisi pandang dakwah.

Inspector Saahab said...

encik enonimos : jzkk

peacemaker : jzkk akhi :) anda style 8)

syabaab : qul haza sabilee ...

albaihaqie : in sha Allah

cg magnEt :) said...

dkwah itu pelbagai cara :)
qudwah qobla dakwah :)