Sunday, November 18, 2012

PELIK TAPI BENAR

Assalamu’alaikum dan salam satu akidah. Hoho. Retis gitu.
Nak merepek. Ini amaran.

Pelik. Tengok masyarakat ni, makin pelik. Dan hakikatnya kita pun pelik, sebab kita ni sebahagian daripada masyarakat. Masalah social yang menjadi-jadi, anak-anak remaja yang indah khabar dari rupa dan seumpamanya. Pelik.

Ok tak masuk point. Dulu saya pelik bila dengar member cerita budak sekolah agama pun berzina, hisap rokok dan edar dadah. Pelajar dari sekolah berasrama penuh pun buang anak. Yela, asrama dah penuh, tak tahu nak simpan anak kat mana, buang la. Kejam. Bab buang anak ni memang kritikal. Sampai pihak hospital kena sediakan tabung siapa tak nak anak boleh tinggal kat situ, mulia sikit.
Lagi pelik bila ada orang tak serupa bikin. Belajar tinggi tapi tak reti-reti nak amal. Ilmu agama belajar menjulang-julang ke langit, pendidikan Islam top scorer, best student, tapi masih gagal menutup aurat.

Si perempuan, belajar bahasa arab, faham al Quran, baca kemain lagi, taranum sampai terpekik-pekik siap dengan qiraat, tapi masih tabaruj bagai nak rak, macam orang jahiliyah. Boleh pulak tak jaga ikhtilat lelaki dan perempuan.

Si lelaki, masuk university belajar ilmu usuludin la, tasawur la, macam-macam nama lagi. Mak bapak ulamak, tapi boleh bila nak kahwin pilih bini tak islamik, tak tutup aurat. Nak didik barangkali. Bukan nak kutuk, tapi pelik. Pergi supermarket pun pelik, mak ayah pakai jubah pakai serban tapi anak permpuan pakai jeans, ketat dan sendat pula. Rambut biru. Ni pun pelik.



Pernah saya jumpa sorang mak ngan anak ni, waktu tu saya di stesen bas, nak hantar kekanda naik bus ekoran seruan untuk berkhidmat untuk Negara. Si Mak tadi tegur anak, ada dua tiga urat rambut terkeluar dari tudungnya yang comel dan pink tu, mak kata, apa ni, aurat. Mak dia pun masuk kan balik, guna jari jemari dengan lembut. Tapi hakikanya anak tadi pakai baju lengan pendek. Ahh. 

Pelik.

Ada orang pegang jawatan tinggi, of kos la tahu Islam tapi segan nak laksanakan hukum Allah, ni pun pelik. Ada orang pegang title pemimpin Islam tapi keluarga sendiri taka de Islamnya. Pelik juga.
Sebab tu la, betol orang cakap, faham ilmu agama dengan faham agama tu dua benda yang berbeza. Tinggi mana belajar agama, tahu hukum haram halal, boleh buat fatwa sekalipun, belum tentu seseorang tu faham agama.

Sebab tak faham agama, perkara-perkara pelik di atas berlaku.

Ada orang nak bangkang, sebab dia belajar ilmu banyak, katanya nak faham agama kena tahu dan faham ilmu agama. Maknanya kena belajar la usuluddin, tasawwur, ilmu fiqah dan sekala bagai tu. Persoalannya, macam mana Sumayah yang orang pertama syahid tu boleh sangup mati untuk mempertahan akidah walhal dia tak pernah masuk kelas PAFA pun?

Bilal bin Rabbah sangup diseksa demi mempertahan akidah, walaupun tak masuk kelas fardhu ain. Banyak lagi contoh sahabat yang lain yang sanggup berhadapan dengan beraneka bentuk penyiksaan demi menjunjung kalimah La illahailaLlah, walaupun mereka tak sempat nak pergi ceramah ustaz Azhar, tak sempat nak tengok rancangan bersama ustaz Don.

Kita-kita ni, pergi program tanyalah ustaz, tengok rancangan imam muda la, ustazah pilihan la, tapi still tak reti-reti nak amal, apa masalah? Mudah. Tak faham agama.

Mereka tadi, faham agama.

Mari tengok satu hadis ni;

Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
 [Bukhari dan Muslim]

Tak heran la dalam hadis tu cakap, bila Allah nak bagi kebaikan kepada seseorang, Allah akan kurniakan kefahaman agama. Maknanya, dalam banyak-banyak jenis kebaikan, kefahaman dalam agama adalah kebaikan yang terpaling sangat baik.

Tidak pula disebut, Allah akan bagi anak yang ramai ke, harta yang banyak ke kalau dia nak bagi kebaikan kat seseorang. Padahal benda-benda ni pun kebaikan. Sebab tu la kita kena beriman bahawa kebaikan yang merujuk kepada kefahaman agama merupakan kebaikan yang mutlak, yang tidak datang darinya keburukan. Bahkan kefahaman agama merupakan kebaikan atas kebaikan, kebaikan yang akan menghasilkan kebaikan.

Persoalan seterusnya, macam mana nak dapat kefahaman agama.

Hmm. Dalam satu lagi hadis, nabi bagitahu nak faham agama kena faham dengan hati. Dan apa yang saya faham dan saya nak kongsi malam ni, untuk memahami sesuatu dengan hati,bukan sekadar tahu melalui akal, kita kena lalui satu proses, namanya tarbiyah. So, pendek kata nak faham agama kena melalui tarbiyah.

Persoalan lagi, mana nak dapat tarbiyah ni?

Kalau la pergi kelas fardhu ain, pergi kelas pendidikan agama tu merupakan port untuk ditarbiyah, maka sepatutnya semua pelajar yang join tu faham agama la kan? Reti nak tutup aurat la kan? Remaja tak berzina la kan? Tak de la yang hisap rokok kan?

Tapi tak. Reality nya bukan begitu. So bukan di situ berlakunya proses tarbiyah.
Agak-agaknya di mana?

Jeng jeng.
To be continued…

11 comments:

Inspector Saahab said...

nak angkat senjata pegi berperang, tak mampu.

T__T

stakat ni hnya ku mampu angkat pena dan terus berpesan pesan, moga ada la signifikannya, sikit if tak banyak.

so tak yah heran la bila tiap2 hari ada hapdet. ngeh ngeh. cuti !!

Akhi. said...

Pelajar dari sekolah berasrama penuh pun buang anak. Yela, asrama dah penuh, tak tahu nak simpan anak kat mana, buang la.

Mantap sangat part ni.
T.T

Anonymous said...

Entry yang best ! :)

Muhammad PeacemakerIslam said...

Faham agama dengan tarbiyyah.

undeniedable.

Anonymous said...

nice :D

Inspector Saahab said...

semoga para enonimos lebih menghargai nama yang di miliki :P

Syuhada said...

Nak teka. Tarbiyyah bermula dari rumah. Betul dak?

skoptarbiyahituluas said...

org yg faham ilmu agama x semestinya faham agama,
tetapi org yg faham agama akan berusaha tambah ilmu agama yg merupakan fardhu ain,
antara cara tuntut ilmu yg interaktif pd zaman moden ini ialah melalui program2 yg disebutkan (ceramah UAI,Ustaz Don,rancangan TV dsb),
mungkin rancangan2 ini mungkin kurang efektif dlm myedarkan umat supaya faham agama,
namun KURANG efektif bukan TIDAK EFEKTIF,
jika Mat rasa mcm nk tgok TV,dia akan pilih nk tgok Buletin Utama ke Astro Oasis,
Jika Mat rasa mcm nk keluar ke mana2,pilihlah nk tgok kelantan menang kat stadium atau pergi dengar ceramah UAI.
ada kebaikan di situ.
-sekadar pendapat dr seorg yg x seberapa,jzkk :)

Inspector Saahab said...

syuhada : betol jugak. bermula dngn keluarga.
tp tak semua menjadi.
that's why kita cari keluarga yg boleh mntarbiyah, "usrah"

tnpa meninggalkan kluarga darah daging :)


skoptarbiyah :

setuju. ana tak cakap ilmu tak penting. cuma banyak ilmu tak menjamin faham agama. kefahaman agama shud come first. bila dah faham agama kita akan rasa urgensi untuk belajar ilmu dan memanfaatkan untuk islam dan ummat sejagat :)

nawalhadiah said...

Bila nak sambung?
Sila smbung secepat mungkin (~^.^)~
Sebelum sekolah bukak.
Sekolah dah bukak susah nak online.
Ngeh ngeh

Anonymous said...

Tarbiyah tu ade kt mne mne.
Sy ckp bukan ikut skrip,
tp bdsarakn pglmn .. itulah sy rse..
slgi mana kita rse setiap tindak tanduk pe yg brlku kt kita berkait dgn Allah.. kite tau n kne pk yg sgala yg berlaku xde Allah buat ia sia sia.. itulah tarbiyah.. kite sndri yg mahu pk ke tak..sudi amik ke tak.. trbiyah tu terletak pd diri sendri..
Wallahu alam, sekadar bicara.
Yg mrghargai nama,
si harum