Thursday, November 15, 2012

AKU DI MUKABUKU

Bosan. Duduk di meja study. Meja study. Buka laptop. On. Desktop loading. Click pada browser kegemaran. Sebelum itu connect pada mana-mana internet service provider. Type muka buku. Log in. Masuk home page. Scroll down. Ok ini bukan tutorial guna akaun mukabuku. Bosan lagi. Tiada yang menarik. Adelah dua tiga status yang wajar diberi like. Maka, liked. Usha-usha.

Kemudian yang perempuan, upload gambar, makan kfc semalam. Dengan boyfriend. Kawan lelaki je pun kan. Kan. Memang ‘je pun’.
Gambar uploaded. Tunggu dua tiga minit.
Naik notis. Dua tiga likes. Comment pun masuk.
saya namakan jela sample hari ini Cik X
Adegan membalas komen bermula. Dan berlarutan



 
Katijah Rejab  : Wow! Cweet nya kitorang.
Cik X              : Mana ada Kak Tie, biasa-biasa aje. Doa-doakan huhu

Lina Lolipop   : Pewwit. Cik X cantik. Mata macam artis korea. Retis habis.
Cik X              : Mana ada. Alhamdulillah. (ewah) titew tak santek pun. Lina lagi santek.
Lina Lolipo     : Tawadhuk la Cik X ni. Bagus. Hehe
Cik X              : Hew hew

Rafi Gemas     : Untung la ada orang belanja…
Cik X              : Jeles lettew, hew hew

Ros Berduri     : Bahagia. Titew sukew gambor ni. Hue hue.
Cik X              : Thanks. Biasa-biasa je. Hew hew

Kay Serdang   : New boyfie? Lama dah?
Cik X              : Ah’a. hencem tak? Hew hew
Kay Serdang   : Semoga tahan lama. Eh.
Cik X              : Ameen.

Bulan Penuh    : Wah. Jangan lupa ajak makan nasi minyak tau !
Cik X              : Okeh.
Bulan Penuh    : Btw, baju Cik X cun, ada kelas gittew
Cik X              : Yeke? Thanks. Malu titew

Dan berlarutan..

Yang lelaki. Semalam masuk gym. Jumpa kawan lama. Kawan puji muscle dah naik sedepa ambik gambar. Upload. Tunggu dua tiga saat. Beberapa likes diterima. Dari Sarang Lebah, dari Liza Petronas, dari Mamat Kapak, dari Sayap Kiri, dari Katty Ros dan beraneka nama lagi.

Komen pun masyuk. Antaranya yang sempat dirakam;
Eh lupa, sample kali ini namanya Bro Y

Imam Tua        : Peh mantap bro
Bro Y              : Eh biasa je. Imam pun apa kurangnya

Erma Hudson  : Wow, so hot
Bro Y              : Hot ke? Penat buat ni. Hehe

Reena Berduri : Biar betik. Plastic ke ori ni Bro?
Bro Y              : Hehe mesti la ori. Besar jihad ni. Hue hue

Roy Rosak      : Style syle
Bro Y              : Hehe

Man Laksa      : Cekang wow
Bro Y              : Dok aih, hang cekang lagi. Huhu

Abe Mat          : Kemah set kito!
Bro Y              : Tak leh lawe Abe Mat. Huhu.

Gagak Hitam   : Maskulin nya
Bro Y              : Mana ada. Ni biasa je. Huhu

Mael Baling     : Tudiaaa
Bro Y              : Awat Hang ni?

Dan berlarutan..

Demi masa. Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan untuk kesabaran.
(103:1-3)

Demi masa! Setiap insan,setiap jiwa jiwa, setiap manusia berada dalam kerugian. Tak kisah la Katty Pery ke, Abe Mat ke, Barrack Obama ke, Wong Mew Chook ke, Lina Lolipop ke, setiap insan,aku kau dan dia serta mereka, insan berada dalam kerugian. Kerugian ini bukan kerugian biasa-biasa. Bukan kerugian untung rugi yang melanda usahawan. Bukan kerugian yang biasa dicari ganti,tapi kerugian yang maha dahsyat. Rugi serugi-ruginya.

Ada jalan untuk tidak jadi orang-orang yang rugi. Ayuh beriman kepada Allah dan Rasul, dan ayuh mengerjakan amal kebajikan. Tingkatkan amal ibadah mu wahai diri. Mantapkan hubungan dengan Allah wahai diri. Jauhi dunia yang penuh dengan drama dan kesia-siaan ini. Atau kau terus akan menjadi orang yang rugi.

Tak cukup amal mu sendiri-sendiri, imanmu yang memuncak sorang-sorang, melainkan engkau berpesan-pesan dan menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

Jazakumullahukhairan katheera, titik.

Jangan salahkan facebook apatah lagi ibu yang bayar bil internet.
Salahkan diri. Sila rasa bersalah sekarang.

12 comments:

Ummi Rai said...

nice .Jazakallah akhi atas peringantannya :)

aku-bukan-robot. said...

dialog2 kat atas.
terasa nak hantuk kepala kat dinding.fuhh.

betullah kadang2 yang dok comment macam dok galakkan membe buat maksiat kata nak ke syurga sama-sama tu macam nak sama-sama terjunam je. *sigh!

tak tunding jari. just ingatkan diri.huh

saya tak popular di muka buku.
nak kene salahkan siapa? ehh =,="

IBA said...

Subhanallah!..Terpanah!

Farah said...

batang hidung kena tembak. Astaghfirullah.

Inspector Saahab said...

Waiyyakum :)

jzkkj atas kesudian membaca. moga ada manfaat. share dan spread the good words :)

peace !

Anonymous said...

*anggukangguk
agree much
:)

Inspector Saahab said...

enonimos : alrite

cg magnEt :) said...

zaapp.menusuk ohh.
nice :)

Inspector Saahab said...

cg magnet :

ahha. in sha Allah. smoga menusuk, melekat dan merubah :)

aku bukan kerani said...

pehhh... berasap sungguh

* nasib baik bil TM abah yg bayar. hahaha

Inspector Saahab said...

kerani : haha. nice.

Anonymous said...

syukran . akhowat ini akan sentiasa terpana .. -_-