Monday, November 26, 2012

DONDANG SAYANG


Tarbiyah berfungsi meletakkan seseorang pada environment yang betul. Menarik. Tarbiyah yang bermula dengan pembinaan individu bergantung kepada jenis model tarbiyah yang dibawa. Tarbiyah yang bersifat rabbaniyah selayaknya membentuk individu yang lebih dekat kepada Rabbnya. Setelah itu, mengubah persekitaran atau environment supaya juga bersifat rabbani. Maka bolehlah kedua-dua elemen ini, individu dan persekitaran berjalan dengan selamat dan lurus.

Namun begitu, individu yang ditabiyah tidak akan selalu berada pada persekitaran yang tarbawi, tidak selalu berada pada persekitaran yang selari dengan dirinya.
Inilah antara yang digeruni oleh mana-mana jiwa yang telah atau pernah disentuh dengan kuasa tarbiyah, pernah disentuh dengan jiwa-jiwa yang mulia dan murni yakni apabila berlaku transisi kepada persekitaran.

Ok tetibe je.

 
Ok sebenarnya saya berada dalam mood dan mode cuti. Sakit sikit bila cuti. Jika cuti dahulu disambut dengan paluan kompang dan gelak gempita yang menerobos atmosfrea, namun kali ini mendengar sahaja perkataan cuti mulalah terbayang lorong gelap yang dibanjiri penagih-penagih dadah, sampah sarap dan tidak lupa juga bapa tikus liar yang sedang mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga tercinta. Kadang-kadang ibu tikus pun turun padang. Begitulah, betapa ngerinya.

Cuti bermakna individu yang mendapat sentuhan tarbiyah akan bertukar environment sejenak. Sejenak dua je, tapi beberapa jenak yang ringkas dan singkat ini cukup bergaya untuk menjinakkan iman supaya tunduk kepada penjinak-penjinak, yela nafsu dan segala mak neka seangkatan dengannya. Benar, tidak semua akan berhadapan dengan pengalaman pahit ini, bagi mereka yang asal usul dari keluarga yang telah pun disentuh, maka beruntunglah.

Berhadapan dengan environment ibu bapa dan kawan-kawan tempatan yang kebarangkalian besarnya mengenali diri kita yang dahulu serta masih belum berpayung di bawah fikrah yang sama menyebabkan tarbiyah yang dibawa mudah luntur dan goyah. Individu yang disentuh ini disifatkan vulnerable dan susceptible to influences. Kalau faham la. Tah tahu nak guna perkataan bahasa Melayu apa yang sesuai. Cewah.

Member saya ada cakap, bila balik di rumah itulah keimanan yang sebenar, menguji sama ada kita baik kerana Allah atau kerana kita dikelilingi orang-orang yang baik. Dalam dan pedas.

Ada benarnya. Ok silap. Memang benar.

Jika tadi saya katakana insan yang datang dari keluarga yang juga selari environmentnya beruntung, sebenarnya mereka yang tidak berada dalam kategori ini juga beruntung, malahan lebih beruntung. Namun hal ini bergantung kepada sejauh mana kita ingin mengaut keuntungan tersebut. Eh. 




Tempoh keberadaan di rumah atau dalam satu persekitaran yang tidak membina sebenarnya merupakan juga satu proses tarbiyah yang dirancangNya supaya kita memantapkan tarbiyah diri. Sekiranya kita gagal dan tertewas, perkara yang harus dipersalahkan bukan kepada proses transisi environment tapi diri kita yang belum bersedia dan tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.

Namun penyesuaian diri di sini tidaklah bermakna kita ubah diri kita, sebaliknya kita kekal dengan prinsip tarbiyah yang dibawa dan mampu hidup dalam keadaan kekurangan bekalan rohani daripada pengguna pertama, first consumer, ok agak biology sikit.

Namun, banyak pula perkataan namun.

Apa-apa pun, tidak dapat dinafikan, tertewas di waktu ini adalah sesuatu yang dijangka berlaku. Tidak bermakna kita boleh senyum lega. Tapi inilah indicator terbaik untuk menguji sejauh mana berkesannya tarbiyah yang dialami sebelum ini.

Panjang la pula, adeh.

Apa yang mampu digarap, carilah bekalan tarbiyah sendiri, mantapkan diri, sibukkan diri, penatkan diri dengan perkara-perkara yang sepatutnya supaya kita lupa dan terlalu penat untuk bermain cinta dengan konco-konco Cik Jahiliyyah dan keluarganya.

Yang lepas jadikan satu pengalaman yang berharga. Rasa bersalah itu penting. Cuma pisang sepatutnya tidak berbuah dua kali. Dan seorang mukmin tidak seharusnya jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Dua kali itu pun saya rasa kira ok, tapi kalau dah sampai empat juta lapan belas kali, melampau kot.

Selamat bercuti.
Gambar culik dr FB JOM!

2 comments:

Anonymous said...

Belum pernah terlihat mna2 penulisan atau insan yg mngulas tntg ini. Ini sbnrnya satu 'isu' jg. terutama bg yg bkn dr environment spt yg encik nyatakan kat ats. apapun. truskn mnyentuh jiwa2 pmbaca, smoga ada kbaikannya.

Inspector Saahab said...

encik enonimos :

terima kasih. saya lupa. benar. ini isu melanda semua.