Hidup ni
sekejap je. Cewah. Ok ni semua orang tahu. Ayat template. Tapi just bear with
me. Hidup ni sekejap je. Kalau la kita hari ni dah sampai umur tiga puluh,
empat puluh atau berapa puluh pun, cuba tengok kembali siapa kita sepuluh tahun
yang lalu, dua puluh tahun yang lalu. Ok at least sepuluh tahun la, saya pasti
yang baca belog ni paling muda pun tiga belas tahun.
Kalau ada
yang membaca baru berumur enam tahun, sila bagi tahu, nak kena sujud syukur,
tanda kebangkitan ummah!
Kat mana
dah? Ok, bila terkenang kita yang sepuluh tahun dahulu, sekilas pandangan je
kita dapat bayangkan. Dalam satu kelip mata kita travel ke sepuluh tahun yang
lalu. Betapa cepatnya masa berlalu, berapa singkat nya hidup, sepuluh tahun tu
ibarat sekali kenyit je mata kita, tak kira la mata kita bolat atau sepet atau
bujur pun. Macam tu la.
Mahasuci Allah yang menguasai kerajaan, dan Dia
Mahakuasa ke atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk
menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia
Mahaperkasa, Maha Pengampun.
(Al Mulk :1-2)
(Al Mulk :1-2)
Penciptaan
manusia ni bermula daripada tiada kemudian, diwujudkan, dihidupkan, kemudian
akan mati. Setiap bernyawa ni akan mati. Dan suatu ketika nanti akan
dibangkitkan untuk kebangkitan yang kekal. Tapi bila tengok ayat di atas, Allah
hanya menyebut tentang masa mati dan hidup, ni merujuk kepada kematian dan
kehidupan kembali di akhirat, (Allahua’lam)
Langsung
tidak disebut tentang kehidupan dunia. Lihatlah betapa tidak signifikannya
kehidupan dunia yang kita agung-agungkan ini di mata Allah. Sungguh, kehidupan
dunia hanyalah permainan dan sendagurauan. Manusia memandang manusia dengan
penuh kasyikan dan mengharapkan pembalasan dari negeri dunia.
Tidak ramai dari kalangan kita yang dapat melihat hakikat ni. Meskipun dapat melihat, tidak ramai yang benar-benar beriman dengannya. Buktinya, kita masih memeluk erat dunia yang penuh drama dan permainan ini. Kita masih memandang kebendaan dengan pandangan hormat dan kagum. Kita masih seronok diulik lumpur-lumpur hiburan menyebabkan saban hari kita makin jauh dari kebenaran yang hakiki. Ini..ini…sungguh memalukan.
Ok dah macam tulis tafsir pulak.
Saya baru baru ni baca mukaddimah tafsir fi zilail, serius kagum dan terpana, serta terpanah. Asyik angguk sahaja kepada tulisan karya agung Syed Qutb itu. Kalau la bisa kutulis sedemikian rupa. Ahh.
Kat mana dah? Melaut betol.
Para da’ie, ahli ibadah yang zuhud dan mereka yang menjaga solat sekalipun kadang-kadang tidak terlepas menjadi watak-watak dalam drama dunia yang mengasyikkan ini. Banyak benda yang kita sayang, terlalu dan sukar untuk dilepaskan. Tak bisa hidup tanpa kehadiran mereka ni. Kita dididik untuk hidup bergantung kepada selainNya.
Harta kekayaaan tak payah nak ulas. Anak-anak dan material meterial lain juga.
Ramai orang boleh bercakap, dunia itu sementara dan tidak signifikan. Tapi tak ramai yang dapat mengiyakan betapa kehidupan di dunia ini hina dan jijik melalui amal mereka. Tidak ramai yang mampu meletakkan kepentingan di dunia benar-benar di bawah. Atau mungkin ada yang berniat untuk berbuat demikian, namun keterikatan dan daya penarik lain memaksa jiwa jiwa ini untuk tunduk pada sketsa dunia yang ada.
Fenomena ini mengambil tempat tidak lain kerana iman yang masih belum mendalam, keyakinan yang masih belum berakar dan bercabang serta belum bercambah biak dalam diri. Pada bicara dan tinta, mungkin ada yang bisa menyebut tiada apa yang diharapkan daripada negeri dunia ini namun hakikatnya masih tersisa di sanubari, secebis harapan daripadanya, sedikit balasan paling tidak untuk merasai kesenangan dan nikmat yang sementara.
Keberjauhan kita dengan Quran juga telah mendorong sifat-sifat kurang baik untuk membawa roh dan jasad jauh dari al haq. Kebenaran ini hanya dapat dirasai bila kita benar benar hidup bersuluhkan cahaya al Quran, hidup di bawah naungan al Quran. Ianya sesuatu yang hanya dapat dirasai, dan tidak dapat digambarkan sebenarnya walau dengan sebaik-baik kata.
Ok saya hanya sekadar menulis. Faktanya, saya sendiri masih mencari.
Untuk merasa betapa tidak penting pemilikan dunia ini, sungguh payah. Seolah-olah hari ini, untuk memiliki polar pemikiran itu sesuatu yang tidak mungkin tercapai oleh akal.
Solusinya, marilah kita kembali ke jalan yang benar, dengan serius dan usaha yang berterusan. Bacalah kitab itu dengan namaNya. Hayati tanda-tanda kebesaranNya disebalik penciptaan segala sesuatu untuk iman yang mendalam. Buang jauh ke laut sana keinginan keinginan duniawi.
Senang ditulis, senang dibaca. Memang!
*Gambar diculik dari FB Majalah JOM!
8 comments:
MCM pointless
at least an update .
ad point di atas tu. bila baca dengan hati. eh?
jzkk. rasa macam kene ketuk dengan penukul.
:)
haaa
setuju!
sng dtulis, sng dbca
cbrn sbnr, msa nk apply, kn?
Walaupun dah ditarbiyah,masih ada persoalan ;
Sungguh ka kalau nak niat nak mati syahid Allah boleh beri tingkatan syahid tu walaupun mati atas tempat tidur?.
-Mr.Y-
semakin tinggi kita terbang,semakin tinggi frictionnya.Hee..
Kehidupan adalah ujian membuat pilihan,dalam 24 jam,paling kurang kita akan buat 200 pilihan asas.Tetapi setiap pilihan itu bergantung kepada nilaian apa yang kita pegang.Kita strong jika teguh dengan nilaian berdasarkan Al Quran dan as sunnah.
Eh,aseef tulis panjang.
#WalkTheTalk
Mr Y
itu hadis kot. saya tak berani nk komen :)
hadis sahih :)
yang lain, osemness is everywhere. jazakumullahukhairan katheera :)
Mr Y
itu hadis kot. saya tak berani nk komen :)
hadis sahih :)
yang lain, osemness is everywhere. jazakumullahukhairan katheera :)
Oh begitu.syukran2 :)
-Mr.Y-
Post a Comment