Loceng berdering.
Bingit. Jai memerhati sahaja. Sambil mengisi karbon ke dalam pensel mekanikal Pilot Shaker 5.0 Teman sekelasnya beransur-ansur meninggalkan kelas, ke kafe.
Yang tinggal
hanya Kemisah. Dia tu memang selalu tak makan kudapan. Buang masa katanya. Pelik.
Buku latihan
Matematik Tambahan dikeluarkan daripada beg. Beg Haitop. Hadiah hari lahir dari
Pak Teh. Jai mencuba. Isi waktu kosong.
Payah. Integration
dan differentiation. Nombor-nombor memenuhi helaian bukunya. Serabut. Sejenak dua
jenak memandang ke luar tingkap. Macam-macam gelagat. Jai kembali focus.
“Jai, kau buat apa tu” Kemisah menyapa dari belakang.
Jai tergamam sejenak. Hilang tumpuan. “Add Maths” Ringkas.
“Kau tak
makan ke?” Kemisah memanjangkan perbualan. Bosan agaknya. Meja Kemisah di
bahagian belakang kelas, sebelah kiri. Rakan semejanya Timah, pun ke kafe tadi.
“Aku tak lapar la...macam nak puasa je hari ni, kau?”
“Aku jaga kelas, hehe”
“Mulia nya kau” ini sangat sarkastik.
“Aku memang mulia, kau ni tak cukup ta’aruf ni” Kemisah tenang.
Jai mencebih
mukanya. Kemisah gelak-gelak. Dua tiga minit. Awkward moment. Kemisah mencari
kata dalam benak.
“Eh kau free malam ni? Jom”
“Agakla, ke mana?”
“Dewan Beringin, ada konsert. kau tak tahu? Biar betik!?”
“Tahu. Konsert Belia. Ramli Sarip dan Ramlah Ram”
“Haa, jom la !”
“Tak de selera la aku..”
“Ala jom la, aku belanja kau dinner, amacam?
“Yang ni kena pertimbang” Jai tetibe tukar fikiran. Terpengaruh.
“Lepas Isha’ aku fetch kau, dealed ?
“Pape jela”
----------------------------
Jai merebahkan
tubuhnya atas katil. Bosan. Busuk. Belum mandi. Segan. Teringat pula dengan
pengalaman berbulatan. Dengan teman-teman sebulatan. Indah. Teringat abang
naqib yang dirindui. Pernah sekali bincang dan bedah buku Muntalaq bersama. Jai
sentap habes.
“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan
bernama Islam.”
Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini
masih terdengar melangkaui generasi demi generasi.
Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang bukan Islam adalah sememangnya nafsu semata-mata, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana jua ia lahir.
Itulah yang diwarisi dari para pemimpin Islam sejak dahulu. Bagi mereka, hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah nafsu yang tercela. Tiada satu pun nafsu yang terpuji dan nafsu tiada kaitan langsung dengan al-haq.
Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada
nafsu atau merasa senang hati dengan nafsu.
Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini
masih terdengar melangkaui generasi demi generasi.
Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang bukan Islam adalah sememangnya nafsu semata-mata, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana jua ia lahir.
Itulah yang diwarisi dari para pemimpin Islam sejak dahulu. Bagi mereka, hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah nafsu yang tercela. Tiada satu pun nafsu yang terpuji dan nafsu tiada kaitan langsung dengan al-haq.
Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada
nafsu atau merasa senang hati dengan nafsu.
Antara keratan yang masih menusuk.
“Jai kan?” Terkesima Jai.
“Ahha, mana abang tahu? Abang ni
siapa?”
“Abang Ain. Jai pun kelas sains
eh? Lagi bertambah kesima Jai. Lelaki yang muncul tadi
macam malaikat. Serba tahu
tentangnya.
“Yup, abang pun?” Abang Ain sekadar
senyum, mengiyakan.
“Dah solat?”
“Belum”
“JOM”
Bibit-bibit perkenalan. Rindu. Resah.
“Kemisah, sorry aku
tak dapat join malam ni. Ada kerja. Kecemasan. Have fun. Mungkin lain kali. Sorry
sesangat”
Jai text Kemisah. Sent. Lega habis.
Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,
maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah
telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak
dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan
melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."
(Al Fussilat :34-35)
(Al Fussilat :34-35)
“Malam ni free?”
“Boleh tahan la free, kenapa
bang?"
“Ikut abang, JOM”
“Ke mana?”
“Ke Taman Syurga”
“Insha Allah”
Jai lagi bingung. Takut-takut abang ni sesat. Ke Taman Syurga?
Biar betok. Tapi di situlah bermula. Banyak kenangan dengan ahli Taman Syurga. Di
situ dia kenal al hawa, belajar untuk mempertahan prinsip.
“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”
PS: Sedang membedah kembali al Muntalaq. inshaAllah akan dikongsi. biidznillah. Saya pernah posted yang ni, entah gi mana hilang, atau saya accidentally deleted it. Aseef jiddan 'ala kulli hal.
2 comments:
Patutlah rasa pelik :D.Anyway,keep it up your effort.
-Mr Y-
assalamualaikum, maaf, tak faham " jauhkanlah dirimu dari hawa yang bukan bernama islam. " maksud ayat tu apa?
Post a Comment