Showing posts with label USRAH. Show all posts
Showing posts with label USRAH. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

USRAH F.M.



Sebuah panggilan hilang maknanya,
pabila pengertian hilang daripadanya.

Apa erti panggilan 'mak',
pabila yang melahirkan dicaci sang anak.

Apa erti panggilan 'cikgu,
pabila yang mengajar dimaki sang pelajar.

Apa erti panggilan 'majikan',
pabila yang mengupah dihina sang pekerja.

Apa erti 'murabbi',
pabila yang mendidik diperlekeh sang mutarabbi.

Apa erti 'zauj',
pabila yang melindung diabai sang zaujah.

Apa erti semua ini,
sekiranya tiada yang memaknai?

Apa.
-Afiq Sazlan


--------------------------------------------------


Kat atas itu gimik.

Apa yang ingin saya kongsi hari ini mungkin ada kena mengena atau tiada kena mengena pun. Mungkin. Rata-rata masih salah faham dengan term usrah, halaqah, bulatan gembira dan sebagainya. Bagi anda yang terlibat dengan system usrah, apa yang anda faham tentang usrah?

Dari segi bahasa usrah bermaksud keluarga.

Usrah dalam bahasa arab bermaksud keluarga. Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pendidik yang utama bagi anak-anak. Ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang Islam. Ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh perasaan kasih sayang.

Dulu, para bapa (baca para sahabat) dan para ibu (baca para sahabiyah) berkahwin dan melahirkan anak serta mendidik anak anak mereka dengan didikan Islam sehingga menjadikan mereka rijal-rijal. Rijal-rijal inilah yang menjadi Qa'idah Sulbah kepada kebangkitan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Kini para ibu bapa tidak lagi (kecuali yang mendapat rahmat Allah swt) dapat mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rijal-rijal tersebut. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat menjadikan diri mereka sebagai rijal. Atas pelbagai sebab dan alasan serta keadaan.

Lalu  didatangkan para murabbi yang sedar dan bergerak serta sanggup berkorban, memberikan alternatif kepada proses pendidikan anak-anak di dalam program-program tarbiah mereka. Untuk anak-anak yang tiada ikatan darah dengan mereka, akan tetapi mempunyai ikatan yang lebih kuat dari itu, iaitu ikatan iman.


Itulah sistem usrah yang di ikat dengan ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang berfungsi untuk mentarbiah anak-anak menjadi rijal.
Itulah sistem usrah yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.
Itulah sistem usrah yang berfungsi sebagai alternatif kepada sistem keluarga yang asas.


Maka, dengan itu usrah masih lagi bermaksud keluarga. Apabila kita kata ia sebuah keluarga, sebuah keluarga tidak mempunyai masa-masa tertentu untuk berfungsi. Apabila kita dengar orang cakap, usrah sekali seminggu atau sekali dua minggu, itu mereka merujuk kepada pertemuan usrah yakni halaqah, atau liqo.

Usrah itu sesuatu yang mengambil tempat sepanjang masa.

Macam kat rumah. Tak kan Mak kita akan cakap,


“Ok buat dua jam pertama hari ini saya akan jadi Mak kamu”

“Ok dua jam sudah berlalu, usrah (keluarga) sudah berakhir, kamu bukan lagi anak saya”


Pelik la pula kan.


Tapi hari ini terminalogi usrah telah diseleweng dengan dahsyatnya. Sekarang sudah ada usrah radio. Sudah ada usrah umum. Usrah di televisyen. Usrah peringkat nasional. Pening.

Boleh bayangkan satu Negara menjadi ahli keluarga kita. Kenal pun tidak kebanyakan mereka, maka macam mana usrah itu bakal mendapat ruh. Macam mana usrah itu berfungsi.
Kalau keluarga biologi pun paling ramai ahlinya tidak mencecah ratusan. Itu pun si ayah perlu kahwin empat. Eh.

Tapi kenapa hari ini kebanyakan program kerohanian mengguna pakai term usrah?

Di sekolah juga ada usrah. The so called usrah. Mengapa rata-rata kita begitu berminat dengan menamakan aktiviti kerohanian ini sebagai usrah?


Sehinggakan orang yang terperangkap dalam usrah yang hanya pada nama ini tidak lagi berminat untuk bersama usrah yang benar ruh nya kerana mereka sudah perit hidup dengan “usrah” yang tidak benar terlebih dahulu. Inilah akibatnya apabila rata-rata mereka yang dipelawa kepada usrah yang benar, mereka skeptikal, kerena usrah pada mata mereka begini dan begini.


Usrah bukan pada nama,
Tapi ruhnya yang penting.

Persoalan yang masih belum terjawab, kenapa usrah?

Ini kerana, setakat hari ini, gerakan Islam yang berusaha mengembalikan kemuliaan Islam sepakat bahawa usrah merupakan cara atau wasilah yang paling efektif untuk menjalankan kerja-kerja mentarbiyah, mengisi jiwa-jiwa yang kosong seterusnya membina individu individu muslim.

Disebabkan keberkesanan system usrah yang sebenar, ramai aktivis kerohanian berminat dengan term usrah. Kononya lebih menarik minat. Atas sebab itu di sekolah adanya usrah. Dengan harapan usrah itu dapat mendidik pelajarnya.

Itu cukup baik. Tapi malangnya usrah yang diimplementasi hanyalah nama semata. Tapi ruh dan pengisiannya jauh menyimpang. Sehinggakan usrah di sekolah dijadikan tempat para senior membuli junior. Usrah di radio jadi tempat menemani pendengar tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Usrah mingguan dijadikan aktiviti selingan di hujung minggu. Usrah dijadikan aktiviti masa lapang semata-mata. Tempat menuntut sedikit ilmu agama. Walhal pada asal hakikatnya, bukan itu tujuan system usrah yang hendak diperkenalkan.

Namun penyelewengan ini akhirnya membina mind set yang pelbagai tentang usrah.
Apa yang ingin saya tekankan di sini,

Usrah sepatutnya berfungsi sebagai satu keluarga. Tempat kita berkenalan, memahami sesama yang lain dan membantu mana yang perlu. Tempat memeriksa amal, memberi peringatan dan menyusun gerak kerja untu kebangkitan Islam. Tempat di mana ukhuwah dijalin.


Bukan sekadar tempat yang tiada tempat di hati kita.


Mereka yang benar benar ingin berjuang atas jalan dakwah ini mengikut manhaj kenabian perlu mengimani fikrah bahawa usrah merupakan cara dakwah yang tetap, dan merupakan nucleus, yakni yang paling penting dalam mentarbiyah seseorang di samping cara-cara lain.

Perlukah ikut usrah?
Haha.


Jika anda tanya saya, of kos saya akan cakap perlu sebab ini blog saya.
So sapa nak ikut usrah boleh la pm fb saya nanti. Hihi.

Tapi saya tidak boleh kata ia wajib. Cuma saya secara jujur dan peribadinya setuju ia merupakan cara yang paling efektif. Pun begitu masih banyak cara lain.

Cuma hadaf saya memberi pencerahan ini adalah untuk kita semua menepis tanggapan bahawa usrah itu seperti yang ada di sekolah. Malam-malam minggu kumpul ramai-ramai dan mulalah sesi yang so called ‘tarbawi’ itu. Bukan itu. Usah menghukum usrah dengan penilaian itu.

Dan jika anda diajak untuk berusrah, cubalah dahulu, jika ia usrah yang benar, ada nilai kekeluargaan, raikanlah ia. Dakwah ini penuh kasih sayang.

Dan bagi yang sudah bersama system usrah yang benar ini, semoga kita tidak jadikan usrah sebagai aktiviti di kala waktu kita ada lebihan. Semoga usrah bukan tempat kedua dan ketiga dalam hidup kita. Jangan kita korbankan pertemuan usrah kerana ada party, kerana mahu keluar tonton wayang dan sebagainya.


Do not judge usrah based on what you heard, what people say and whatnot, but experience it first, on your own. Belum cuba belum tahu, sudah cuba, ketagih bak hang. Eh.

Monday, November 5, 2012

SHEIKH, ENTA KENAPA?


“Akhi, ana rasa kurang la. Ana rasa lemah. Ana dah tak feel la. Betul ke apa kita yang buat ni akhi? Macam tak ade efek pun. Ana rasa macm sama je.”

“Sheikh, enta kenpa ni?”

“Entah la akhi. Enta rasa rasa kenapa enta buat kerja ni? Join halaqah ni semua?”

“Sheikh, kita ada hadaf dan matlamat yang sangat besar. Enta pun dah tahu sangat kan? Kita bukan suka-suka saje ni, isi waktu kosong bawak adik-adik, bagi perkongsian situ sini. Kita nak bina individu muslim kan. Kita nak tegakkan balik Islam ni kat tempat kita ni, kat Negara kita ni.”

“Betul la tu akhi. Tapi macam tu la, ana dah tak yakin la ana boleh buat semua benda ni. Ana macam bukan orang yang sepatutnya. Lagipun kenapa kita guna kaedah ni, perlahan sangat. Boleh guna cara lagi cepat kan? Usrah-usrah ni semua, kecil, restricted la ana rasa.”

“Sabar sheikh. Ana rasa tak yakin tu tak yakin dengan sape? Eh ana pulak. Enta tak yakin tu tak yakin dengan sape? Tak yakin dengan Islam? Tak yakin dengan janji Allah? Dengan pertolongan Dia ke? ”

 
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),

sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(2:214)

“Eh enta ni, mesti ana yakin. Tapi macam tu la. Macam lambat sangat je. Betul ke cara kita ni? Macam tepis je nak kembalikan kegemilangan Islam”

“Tu la sheikh, ana suruh pergi ISK enta tak nak. Ana promote jap eh. Hari ni dah ramai sebenanrya sedar, kena buat kerja ni. Dah ramai dah offer nak buat. Semua tahu para Rasul, para Sahabat, tabi’ dan tabi’I berkorban, bergolok gadai atas jalan ni. Dah ramai nak ikut jejak mereka, tapi tak ramai yang ikut method deme, kaedah yang sama”

“Maksud enta? Tapi still mereka buat kerja ni kan, tak salah pun”

“Nabi dulu pun buat halaqah tahu? Memang lambat. Berapa ramai ikut nabi? 13 tahun di Mekah, tak sampai satu ribu pun sheikh. Tapi tu la kaedah nabi. Method yang terbukti berjaya. Dalam seerah semua cerita benda ni.”

“Haiseh, entah la akhi. Ana ni lemah la. Kita ni banyak merungut kan? Nak jalan pintas saje. Ana rasa kurang makan la. Ruhhi dah kurang ni. Kena buat kerja banyak sikit kot”

“Betul la tu sheikh. Cuma ingat la, ni wasilah kita. Bab ruhhi ni memang kita kena isi. Ironi la kalau kata kita ni dapat tarbiyah, nak didik orang tapi diri sendiri pun kering. Kosong. Bab kata Najwa latif pulak. Kosong kosong.”

“Ana beruntung la akhi”

“Pasai apa pulak? Tetibe je enta ni sheikh”

“Entah la, sebab dapat kenal enta kot”

“Sheikh, kita semua beruntung, sebab kenal tarbiyah. Ye dok?”


---------------------------------------------




Ramai sudah yang hendak mengikut jejak langkah para Nabi, berdakwah. Tapi tidak ramai yang ikut kaedah sebenar. Jalan ini tampak lambat, tapi jalan dakwah mengikut manhaj kenabian ini sebenarnya merupakan jalan pintas, bukan sahaja untuk buat dakwah, tapi jalan pintas ke syurga.


“ Sekiranya kita ingin mendirikan solat tetapi  wudu’ tiada,maka wajib mengambil wudu’
Sekiranya kita ingin mengambil  wudu’ tetapi air tiada,maka wajib mencari air
Sekiranya kita ingin mencari air tetapi tidak jumpa,maka wajib kita bertayammum
Sekiranya kita ingin bertayammum lalu debu tanah tiada,maka wajib mencari debu tanah ”

Nak tegakkan system Khilafah kembali, tidak boleh tidak mesti mula dari bawah. Macam nak buat rumah. Mesti start dari tapak. Setakat saya hidup belum pernah tengok orang buat rumah siapkan bumbung dahulu, sangkut kat helicopter ke macam mana. Belum pernah. Kalau ada kat mana-mana boleh bagi tahu, nak tengok jugak. Haha.

Sebelum ada system khilafah, kena ada dahulu Negara dan kerajaan Islam yang sebenar, yang syumul. Sebelum itu, masyarkat Islam perlu dipersiapkan, sebab masyarakat ini la yang menentukan kepimpinan sebuah Negara. Dan masyarakat itu lahir daripada keluarga-keluarga Muslim yang sejati dan sahih. Baitul Muslim ini tidak lahir melainkan daripada dua individu Muslim yang bersatu menjadi satu, cewwah.

Dan pembentukan Individu Muslim, asas yang paling asas bermula dengan

Krik, krik, krik…..
sebab ini blog saya tulis so saya nak cakap ia bermula dengan halaqah Usrah, sebagaimana kaedah awal yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Kalau tak setuju nasib la. Maka, sudahkan anda menghadirkan diri bersama halaqah-halaqah ini?


Thursday, October 25, 2012

TITIK TITIK YANG BERGERAK


Para da’i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan.

Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

-Muhammad Ahamd Ar Rasyid, al-Muntalaq

Ayat mukadimah bab satu buku al muntalaq ini sangat menyentap dan popular dalam kalangan aktivis dakwah. Apa-apa pun saya tidak berniat untuk mengupas dengan lebih lanjut, malam ni malam raya, rosak raya anda nanti. Pelik kan saya ni, tulis, kemudian tinggalkan perasaan berkobar-kobar anda itu bergantung tidak bertali. Kejam. Ah. 

 
Pertama sekali, tahun ini saya mengukir sejarah, memahat, menukul dan segala bagai la. Buat pertama kali bakal meraikan hari Raya Eidul Adha tanpa berada di sisi ayah dan bonda  terchenta, abang dan adik terindu dan sanak-saudara, jiran tetangga, tanpa aroma air sirap pandan kegemaran dan kepakaran bonda, tanpa riuh rendah bunyi kanak-kanak pra matang di rumah. Ah, terlalu berat untuk dititipkan.

Apa apa pun, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Bukankah pengalaman itu mematangkan usia? Cewah.

Pernah suatu ketika, hujan turun dengan lebat. Daun-daun kering yang telah pun gugur dan bertebaran di permukaan tanah kembali terbang di udara, ditiup angin gerila yang mengganas. Kelopak-kelopak kemboja yang menghiasi batang pokoknya tercabut dan di bawa nun jauh ke sana bersama air hujan yang menenggelami permukaan bumi. Kemudian pada waktu itu, kami ditanya oleh abang besar, sebab apa kita ni perlu ikut berbulatan gembira.

 Kemudian, beraneka jawapan la yang terpacul keluar. Dari situ nampak la jawapan berdasarkan penerbit-penerbit buku kegemaran masing-masing. Ada jawapan yang berbaur terbitan telaga biru, sasbadi, pelani petang, tidak kurang juga jawapan berbau nasi, macam nasi lemak. Eh.

Tiada betol salahnya. Setiapa orang yang menwarkan diri untuk ditarbiyah mempunyai harapan dan hadaf tersendiri. Eh, betulkah ditawarkan? Bukan terjerat? Pape jela. Kalau nak dinukilkan sejarah asasl-usul alamatnya minggu depan pun tak habis la, memang rosak la raya kali ini. Belum sampai point lagi. Sabar.

Kalau la saya tanya anda, agak-agaknya apa ye jawpaan anda?

Abang besar cakap waktu itu, orang sudi hadir bulatan gembira ke riang ke bukan semata-mata nak riang ria raya, tapi nak berubah. Hijrah. Nak bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Dapat satu ilmu, bergerak setapak. Ada point. Cuma kena kasi clear, berubah bukannya dari tak pakai tudung kepada pakai tudung je. Kita selalu nampak benda cenggitu, rigid sangat. Ni la, minda jumud. Hoho.



As an illustration, cewah mentang-mentang results ielts dah keluar, ok sekali lagi. Gangguan siaran. Contohnya, katalah pada suatu hari Cikgu Physics kita ajar bab munakahat dalam Islam, sesuatu yang kita tak pernah tahu, bila kita dah tahu, itu juga dikira berubah. Daripada tak tahu, kemudian tahu. Nampak tak titik titik tu bergerak?

Bila bersama berbulatan, terlalu banyak titik yang bergerak. Dahulu, ada yang tak pernah tahu ada nya entnik namanya Rohingya, tak pernah tahu pun system Khilafah sudah tumbang, tak pernah tahu pun Khulafa Ar rasyidin itu ada lima semua, eh ke empat je? Tapi sekarang macam-macam dah tahu. Ini side dishes la. Benda lagi penting, dahulu tak tahu pun hidup ini ada tujuan, sekarang dah tahu.

Titik titik sudah bergerak. Semakin lama makin kedepan.

Selain dariapda itu, ada lagi sebab yang agak penting kenapa kita perlu bersama berbulatan. Tapi, memandangkan malam ni malam raya, kita minum dulu la. Lepak-lepak, cool blog sedas dua, tanya khabar encik-encik lembu ke. Ahha.

Sebelum berpisah,izinkan saya melagukan serangkap pantun, aiwah.

Gendang di palu tanda hormat
menyambut putera bersongket biru
hadir berbulatan satu rahmat
semoga kita semua thabat selalu

Menjadi tak?
10 Zulhijjah
1434 Hijrah