Tuesday, June 5, 2012

TERIMA KASIH AKHI

Sheikh, ana nak tanya something ni.

Apa dia akhi?

Enta rasa apa bezanya kita dengan orang lain? Maksud ana orang-orang kebanyakan yang tak dapat sentuhan tarbiyyah ni. Enta rasa macam mana?

Akhi, enta nak uji ana ke ni. Hehe. Ana rasa berbeza la.

Eh sheikh taka ade la, ana memang saje nak tanya pendapat enta. Yela, berbeza macam mana tu?

Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman. Berbanding orang-orang yang kat luar sana, yang bergelumang dengan lumpur jahiliyyah, kita lebih mulia.

Hmmm

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersemangat si sheikh bercerita. Ceria. Kemudian suasana sunyi seketika. Si akhi hanya mampu tersenyum, menghadam jawapan pertanyaannya. Lagu latar, masih lagi demi Matahari, lagu feveret ikhwah ni. Tak pasang lagu ni tak sah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aik akhi, enta diam je. Akhi, enta tak setuju ke dengan jawapan ana tadi? Bukankah Rasulullah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulullah juga berdakwah?'

Bukan macam tu sheikh. Tidak dinafikan, Rasulullah juga berdakwah dan Rasulullah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulullah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa. Tapi..

Tapi apa akhi ?

Sheikh, belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Seperkara lagi..

Adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah enta akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! Kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

..Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa..

(Al-Hujurat :13)

Ya Allah akhi, Ya Allah. Ana silap, ana silap

Subhanallah.

Sheikh, tak pela, Cuma kita kena ingat apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini? Tapi bila tidak bersama halaqah kita buat maksiat kepada Allah. Tidak layak bukan.

Subhanallah.

Akhi, dulu ana selalu ingat macam tu. Kita mulia. Dapat tarbiyyah. Bila tengok orang yang tercicir, anak rasa kita lebih mulia daripada mereka, ana silap. Ternyata ana silap. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Akhi, terima kasih akhi. Enta la sahabat sejati ana.

Sama-sama sheikh. Inshaallah, kita saling pesan-pesan. Senyum.

Inshaallah. Hmm kenapa enta asyik senyum je ni akhi? Ada pape ke?

Ni ha zaujah ana text ana. Dia minta balik rumah awal sikit, ada seprais katanya. Hihi.

-.-

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur ?

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakailah taqwa, itulah yang paling baik. Demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat

(Al-Araf :26)

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakaian. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Dan sebagai hamba yang bersyukur akan nikmat tarbiyyah dan kefahaman ini, sewajarnya kita berkongsi nikmat ini bersama rakan-rakan yang lain dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentarbiyyah mereka. Usah berputus asa dalam mentarbiyyah. Semoga Allah mempermudah usaha kita :)

*agak bosan dan tak realisitik*

10 comments:

Pemimpi Tegar said...

Macam pernah dengar cerita ni. Heh.

Mister Mirull said...

jazakallah atas peringatan. terkesan..

Azery said...

tk pernah dengar cerita ni. tapi menarik dan indah dan terbaik! hehe..

teruskan memberi ingatan ya akh

Inspector Saahab said...

Pemimpin : hehe. jalan crita mngkin agak sama kan ? tapi watak dan situasi berbeza.
agak cliche la sebenatnya :(

Mister Mirull : yujzikel kheir :)
semoha kesan berpanjangan


Abi Noah : terompah ? apekah ? =.=

yeke menarik ? haha
in sha Allah :)

Anonymous said...

Menarik3.

Siapa yg minat lagu Demi Matahari tu, macam tahu je..

Inspector Saahab said...

Ana Pengembara : haha. tak tao la
dah berlepas sumenya?

Aku Normal said...

ingatkan selama ni rasa diri dah cukup baik padahal tak :') jzkk

Inspector Saahab said...

Fatin :

hmmm, tak pernah pun sebenarnya kan.
terlalu jauh daripada perkataan baik apatah lagi mulia

T___T

Muhammad PeacemakerIslam said...

Terima kasih akhi..
Tamparan yang agak terkesan..

benar..
Kini,semua boleh terbang,tetapi tidak semua yang reti dan faham bagaimana untuk terbang.Dan persediaan untuk terbang ke langit Ilahi yang terbaik ialah tali pinggang Taqwa,yang memastikan kita terbang dengan selamat...

Allahuallam

Inspector Saahab said...

MP :
sama-sama akhi:)