Sunday, March 26, 2017

"DIA DAH LEFT..."






Akh B memberitahu seorang ikhwah yang lain bahawa dia sudah nekad. Dia tidak mahu berfikir panjang lagi. Setelah begitu lama memendam perasaan, akhirnya beliau tewas dengan emosi dirinya lalu mengambi keputusan untuk tidak bersama tarbiyah lagi

“Dia dah left group pagi tadi”

“Innalillah. Kenapa tiba-tiba sangat?”

“Multi factors” Sambut ikhwah itu. “Katanya akan bawa keluar semua barang-barang dari Rumah Islam tak lama lagi..sudah nekad. Ini serius akhi”

“Isnya Allah, kita bagi ruang sikit. Moga Allah lembutkan hati kita dan dia supaya sentiasa berada atas kebenaran..”


Begitulah masalah timbul. One after another. Bertalu-talu. Belum sempat masalah-masalah yang sudah sekian banyak diselesaikan, masalah lain pula timbul.


Sudah banyak yang kecewa dengan keberhasilan lantas memilih untuk terus berhenti beramal. Yang kuat beramal tetapi tidak mendapat sokongan dari ikhwah yang lain. Yang banyak memberi. Yang semangat mengejar mad’u siang dan malam. Sehingga amal-amal yang banyak ini menyebabkan dia menghitung-hitung dan termakan bisikan syaitan.


Betapa hebatnya syaitan meniupkan perasaan-perasaan tidak sihat ini.


Kekecewaan adalah perkara biasa. Bahkan dakwah ini dicetuskan kerana kecewanya Imam Hassan al-Banna dengan reaksi para ulamak di zamannya yang sudah lesu dan luntur ruh jihad untuk menyelamatkan keadaan islam dan umatnya pada waktu itu.

Kisah ini telah beliau titipkan sendiri. Sebagaimana berikut;


"Wahai Sheikh, saya berbeza pendapat dengan anda dalam persoalan ini. Saya menyakini bahawa persoalannya tidak semata-mata kerana kelemahan, kerana sikap berpangku tangan atau lari dari tanggungjawab. Lagi pula, apa yang anda takuti?  Pemerintah,  Al-Azhar?


Penghidupan anda sudah mencukupi. Duduklah sahaja di rumah dan bekerjalah untuk islam. Sbenarnya umat ada di pihak anda jika anda memberi perhatian kepada mereka kerana mereka semua Muslim. Saya telah mengenal mereka di kedai kedai kopi,  di masjid-masjid dan di jala-jalan raya. Saya lihat mereka bersimbah iman.  Namun ia menjadi kekuatan yang terabaikan oleh kaum atheist dan liberalis. Koran koran mereka tidak akan bererti kecuali pada saat saat kalian lemah.


Seandainya kalian peringatkan tentu mereka akan segera kembali ke lubang mereka. Wahai ustaz, jika anda tidak ingin bekerja untuk Allah, bekerjalah sahaja untuk dunia dan untuk roti yang anda makan..


Ingatlah jika islam lenyap dari tengah tengah umat, Al-Azhar pun akan akan lenyap dan punah pula para ulama'nya sehingga anda tidak akan mendapatkan apa yang akan anda makan mahupun yang akan anda dermakan. Perjuangankan kepentingan anda saja jika anda tidak mahu perjuangkan eksistensi islam.  Bekerjalah untuk dunia sahaja jika anda tidak ingin bekerja untuk akhirat. Kerana jika tidak demikian dunia dan akhirat anda akan lenyap secara bersama-sama"


Ucapan Hasan al-Banna kepada sekumpulan ulama di suatu pertemuan membicarakan kondisi umat islam di Mesir.

Petikan dari Memoar Hassan Al-Banna.


Begitulah kekecawan telah mencetuskan satu kebangkitan. Cuma kekecewaan yang menimpa akh yang kita sanjungi ini ternyata tidak membawa kesan positif. Beginilah perjalan amilin dakwah saban hari. Bermain dengan emosi dan perasaan. Sebab itu qudama, yang terlebih dahulu menapaki jalan ini daripada kita semua sering menasihati bahawa semangat ini jika tidak dituntun dengan kefahaman akan marak seketika. Kelak akan padam dan langsung mati.

Bahkan Abu Ammar telah menulis makna yang hampir sama. Kesan kuatnya beramal, tanpa ada penerusan tarbiyah dan ilmu dan ibadah akan menyebabkan ruh semakin pudar, timbullah pula masalah ukhuwah. Kemanisan di awal perjuangan tidak akan bertahan lama.


“Salam akhi..”

“Waalaikumusalam…”

“Bila kita bole jumpa untuk discuss..”

“Entah lah..”

“Esok jom puasa, berbuka sama..?”


Semoga ibadah ini mengikat kita kembali di jalan yang indah ini.
Selamat berjuang buat akh murabbi!

No comments: