Tuesday, March 21, 2017

"KAMU INI JEMAAH APA?"




Akh murabbi didatangi sekumpulan ikhwah yang baru sahaja mendapat sentuhan taujih daripada satu pengisian. Kita namakan sahaja pengisian itu Syahadatul Haq, penyaksian terhadap kebenaran. Disebabkan efek pengisian itu yang begitu memukau, maka semangat kepermudaan sekumpulan ikhwah itu telah mencapai takat maksimun dan tidak dapat dikekakng lagi.

Mereka pun memberikan ucapan-ucapan terbuka tentang islam di surau-surau kolej, mengajak rakan-rakan yang lain kembali kepada ajaran Quran dan sunnah dan mengajak rakan-rakan mereka itu mengikuti halaqah-halaqah tadabur dan taalim Quran yang dikelola oleh para ikhwah.

Perkara ini telah mengundang rasa tidak senang sebahagian daripada objek dakwah mereka. Ternyata dalam kalangan manusia itu berasa ajaib apabila ada lelaki-lelaki yang menasihati mereka, bercakap tentang agama, quran, solat dan sebagainya. Lebih-lebih lagi ketika mana yang berbicara itu tidak mempunyai sebarang tauliah.

Lalu timbullah persoalan yang tidak wajar,

“Korang ni dari group mana? Jemaah apa”

“Korang ni bergerak atas nama apa?”


Kumpulan ikhwah yang bersemangat itu pun buntu. Mereka sendiri terpinga-pinga dan saling tertanya. Kita ini pergerakan apakah ya??

Pesoalan telah diajukan kepada akh murabbi. Murabbi pun bingung sebentar. Namun kebingunan itu menemukan jalan buntu Alhamdulillah. Lalu akh murabbi menceritakan sebuah kisah yang masyhur berkenaan bagaimana dakwah ini bermula, ketika Imam Hassan al-Banna menghidupkannya kembali di Ismailia.


6 orang pemuda telah berkunjung ke rumah imam Hassan Al banna menyatakan perasan mereka.

"Kami semua telah mendengar dan memperhatikan, telah mendapat pengaruh dan sentuhan, namun kami tidak tahu metod praktikal apa yang dapat membawa kemuliaan islam dan kaum Muslimin.

Kami telah bosan dengan kehidupan ini, kehidupan hina dan terbelenggu. Engkau dapat melihat sendiri bagaimana bangsa Arab dan kaum Muslim di negeri ini tidak memiliki sedikit pun kedudukan dan kemuliaan. Mereka tidak lebih sekadar tenaga buruh yang patut pada orang-orang asing.

Kami tidak mempunyai apa apa kecuali ruh yang berjalan dengan membawa sinar iman dan kemuliaan bersama jiwa jiwa kami, dan sedikit dirham yang berasal dari keperluan pokok anak anak kami.... "

Perkataan mereka telah menyentuh jiwa imam Hasan al banna. Lalu mereka berbaiah untuk menjadi tentera bagi dakwah islam.

Salah satu daripada mereka berkata, 

" Dengan apa kita namakan diri kita?  Apakah kita akan menjadi suatu organisasi, forum, tariqat, atau lembaga sehingga kita memiliki struktur rasmi? "

Jawab sang imam, 

"Tidak usah menggunakan semua itu. Kita buang semua bentuk formality. Hendaknya kita bertemu di atas asas fikrah, maknawiyah dan amaliyah.  Kita adalah 'saudara saudara kandung' dalam berkhidmat kepada islam. Jadi, kita adalah Al-Ikhwan Al-Muslimin"


***


Maka mengertilah sekumpulan ikhwah tadi. Lalu mereka menjawab pertanyaan pertanyaan tadi dengan mudah dan tenang. Sejak hari itu mereka terus mengajak rakan-rakan yang belum disapa hidayah untuk sama-sama merasai kenikmatan dan kemanisan iman ini.


Doakan tim Inspector kembali menyumbang



No comments: