Saturday, March 25, 2017

CERITA YANG RINGKAS TAPI TRAGIS



Kisah yang akan diceritakan ini adalah kisah yang ringkas tetapi tragis. Ya. Pengakirannya begitu sedih, tidak seperti mana kisah-kisah dalam filem-filem Bollywood yang mana di saat akhir, si Hero dan temannya disatukan, mereka menempuh kehidupan bahagia. Ya, bukan seperti itu.


Kita teramat ingin ini agar bukan kisah benar. Tetapi ternyata ia telah berlaku dalam kalangan ikhwah. Semoga kisah-kisah ini belum berakhir. Kerana harapan masih ada, masih ada sinar di hujung jalan. Hanya sahaja masa yang menjarakkan kita kepada penamatnya.


Seorang akh yang boleh dikatakan telah menunjukkan prestasi amal yang cemerlang selama beberapa tempoh di kampus tempat belajarnya, akhirnya kecundang kerana mengambil keputusan sendiri. Beliau telah tiba ke tahun-tahun akhir dan perlu membuat beberapa keputusan yang besar. Yang diajar, yang pasti adalah dengan mengikut keputusan dakwah. Kerana insya Allah jika dakwah kerana Allah dan Rasulnya menjadi neraca, di mana-mana sahaja kita mencampakkan diri kita, Allah tidak akan menyia-nyiakan kita.

Keyakinan ini telah tersemat dalam dada para ikhwah yang mulia itu. Sehingga seorang akh yang sudah bertaraf eksekutif dengan angka gaji bulanan yang cukup lumayan, sanggup meninggalkan dunia korporatnya itu dan menceburkan diri dalam perusahaan kecil-kecilan. Bila ditanya akan hal itu, beliau dengan tenang menjawab,

"Alhamdulillah, ana flexible kan masa untuk dakwah"

Perkara ini sangat dibangga-banggakan dalam kalangan ikhwah. Is persis mengulangi kisah seorang sheikh yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Universiti terkemuka di Afghanistan. Di pertengahan kariernya, ia membahagikan hari-hari bekerjanya kepada dua. Sebahagian diteruskan untuk membangunkan profesi, sebahagian lagi untuk berjihad di jalan Allah.

Setelah rutin itu berterusan selama beberapa ketika, Syeikh yang menjadi teladan itu merasa tidak cukup. Dia terus tawar menawar dengan komitmen kerjayanya sehingga dia menjadi full-timer, berjihad di jalan Allah. Subhanallah!


Tetapi kali ini sebaliknya yang berlaku. Akh itu tewas dengan kehendak-kehendak lain. Tidak perlulah kita panjangkan di sini.


"Salam akhi, apa khabar. Ada kat mane tu? "

" Waalaikumusalam wmb. Baik. Alhamdulillah. Kt rumah. Tengah intern sekarang.. "

" Oh. Dah tahu anta kat rumah. Saje tnye hehe"

"Er. "

" Kat rumah macam mana? Apa yang boleh bantu? "

" Tolong doa akhi.. "

" Insya Allah. Halaqah macam mana? “


***

Blue tick.

"Ok ke khie? "

Blue tick


***

Begitulah kisahnya.
Blue tick.


1 comment:

Anonymous said...

bagaimana umat ini