Showing posts with label INI SEJARAH KITA. Show all posts
Showing posts with label INI SEJARAH KITA. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

MENCARI LOGAM

As salam. Tiba-tiba..

Sebelum itu, bagi anda yang dah baca blog ini sejak zaman Paleolitik lagi itu, kalau ada sebarang kemusykilan, persoalan ke, rasa macam minda terganggu ke sebab tak faham mana-mana part,sila la segera bertanya. Kalau boleh jawab, saya jawab, kalau tidak boleh jawab, saya cuba jawab. Heh.

Seperkara lagi, saya kalau nak tulis apa-apa mesti main ayat dulu. Al maklumlah dulu saya sekolah Maktab Rendah Sastera MARA. Semua benda nak kena betul kesusasteraannya. Sampai dalam kelas saya dahulu, kalau nak tanya soalan kena tanya dalam bentuk pantun. Ada sekali tu nak minta kebenaran pergi tandas kena deklamasi syair dulu. Kira ok la, ada setengah kelas kena buat drama Melayu Klasik, baru boleh pergi tandas. Hah, macam mana tu?

Ok. Part mengarut dalam blog ini boleh baca, tapi kat sini jelah.

Tak payah nak percaya sangat

Post kali ini adalah rentetan post kelas sejarah kita yang exotic hari itu. Masih ingatkah? Kalau belum atau dah baca tapi rasa macam nak baca lagi, sila tanpa segan silu klik sini

Ok macam mana? Dah faham ke apa itu hadis logam? Apa fungsi dia? Sebab apa kita kena tahu? Dah tahu nak buat ape? Banyak pula soalan ramalannya.

Suatu hari nanti, sedang angin bertiup lembut, tatkala gerimis mulai turun membersihkan udara yang dikotori debu-debu persekitaran, tika mana tikus-tikus jalanan bermain kejar-kejar bersama ahli keluarga masing-masing demi kemaslahatan species, tiba-tiba Allah bagi kita kefahaman tentang agama, apa kita nak buat? Tak kan nak bertukar jadi yang lain terus. Tinggalkan semua kepakaran kita? Duduk surau lepak sorang sambil lipat sejadah?

Rugi la kalau kita tak ambil ibrah daripada hadis logam tadi

So, kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Kalau seni photography kita dulu pasal perempuan ke, heh, kartun ke, artis ke, mungkin sekarang kita lebarkan karier, tapi janganlah ambil gambar tak senonoh tu lagi. Kita ambil la gmbar alam, bagi orang insaf tengok ciptaan Allah. Macam tu la message yang hendak disampaikan dalam hadis ini.

Ataupun kalau kita ni jenis otak bergeliga, asal amik test je mesti dapat full mark. Kekadang lecturer macam nak bagi markah lebih je tapi dah lebih quota. Dan dulu kita belajar nak berlagak, supaya dapat dipuji-puji, supaya budak perempuan ushar kita ke. Eheh. Dah sekarang dah faham Islam tak kan tak nak belajar? Tak boleh la. Kita belajar la lagi kuat tapi untuk Islam, nanti orang tanya apa rahsia kejayaan? Kita cakaplah sebab faham Islam. Sebab join usrah. Wah !



Ada faham sikit? Bolehlah, bolehlah.

Macam kisah Saidina Umar. Dia yang ketika berada di zaman Jahiliyyah begitu tegas, tetapi setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan IzzahIslam. Sama juga dengan Khalid Al-Walid. Dulu dia ketua perang tentang Islam, tapi bila dah masuk Islam, faham Islam, dia jadi panglima perang yang digeruni dan bermutu tinggi.

Semuanya gara-gara mereka ini faham akan Islam. Dan faham tuntutan dalam hadis ini. So anda tunggu apa lagi? Masih nak goyang kaki sambil bertuti frutti? Masih nak halakan potensi anda kepada perkara yang sia-sia?

Rugilah anda. Islam tak rugi. Tapi anda yang rugi. Kita yang rugi. Bersambung lagi....

Wallahualam.

Ya Allah, jika keputusan yang bagus itu baik bagi aku maka perkenankanlah, jika keputusan yang bagus itu tidak baik bagiku maka usah perkenan, sesungguhnya itulah yang terbaik untukku ” –exam sihir dunia bakal bermula 11 jam lagi


Thursday, April 26, 2012

KELAS SEJARAH YANG EXOTIC

Baiklah murid-murid, pada pagi yang aman dan damai ini, tatkala daun-daun pepohon getah mula meluruhkan diri mereka dengan penuh kesopanan dan budaya ketimuran, ditemani kicauan burung-burung serindit yang berterbangan di angkasa raya sambil mencari rezeki yang halal dan tayyib untuk hidangan seisi keluarga, di tambah pula dengan aroma terapi buah-buah limau kasturi yang tumbuh melata di permukaan Bumi yang bertanah gambut ini, jum kita belajar satu topik yang pasti baru buat kamu semua. Aiwah.

Bayangkan guru Sejarah yang mengajar anda memulakan topic baharu sedemikian rupa, tentu ada rasa nak lempang diri sendiri bukan? Asif kerana saya telah mengheret anda ke Lembah Klang ini. Eheh.

Kemudian beliau menyambung lagi;


Apa kata sebelum nak belajar sejarah, kita belajar satu hadis yang dikenali sebagai hadis logam terlebih dahulu. Sumpah gedik cikgu ini tiba-tiba nak ajar hadis bukan? Mesti anda tertanya-tanya dengan perasaan yang begitu misteri, kenapa, apa, bagaimana, di mana, siapa dan banyak lagi soalan-soalan yang tidak terjawab berlegar-legar di kotak minda kalian. Chill chill. Sila jangan mengambil tindakan yang drastik dan kurang waras kerana lebih banyak perkara yang bakal menguji kewarasan anda menyusul kemudian. Heh.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

(HR Bukhari dan Muslim)


Faham tak maksud hadis ni? Bahasa Melayu kot saya tulis ni. Heh. Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Kalau dah asal magnesium, jadi magnesium la, tak kan jadi platinum kot. Nak habaq mai kat sini, kita manusia, macam logam, ada kelebihan sendiri. Sifat logam ni adik-adik sekalian beraneka. Pendek kata mantop. Subhanallah. Macam itu lah manusia.

Persoalannya kea rah mana kita guna kelogaman kita tu? Atau dalam erti kata lain ke mana kita halajpotensi diri kita? Sekirannya jahil, maka nilai yang ada pada kita akan mendokong wawasan 2020 yang bersifat jahiliyyah la. Dan sekiranya Islam, nilai itu akan menyokong Islam, menjadi logam yang menegakkan panji-panji al-Haq. Tapi dengan syarat kena faham agama.

Eh macam payah nak faham.



Ok contoh;

Katalah, katakanlah, dengarkanlah percayalah

Heh, mengarut T__T

Katakanlah kita ni hebak sangat photography ni. Kalo kita snap gambar pastu post dalam muka buku, kalo tak samapi seribu orang like, bukan gambar kita lah tu. Hebakk sangat ni. Ataupun contoh kita ni pandai sangat tulis cerpen sedih-sedih, kalau orang baca tak nangis maknanya ada something wrong la kat orang itu. Dan begitulah masing-masing punyai logam sendiri.

Masalahnya, cuba check diri kita. Apa logam kita?

Dan selama kita hidup nih, dah bertan-tan beras kita makan, ke mana kita halakan logam kita tu?

Tahukah anda logam itu kurniaan Allah s.w.t kat kita, supaya digunakan untuk agama. Kalau kita guna logam itu untuk benda lain, kejar duit, kejar popularity, kita akan dipersoal. Eh tak takut ke? Kalau tak takut ada something wrong la tuh dekat skru mana-mana. Heh.

Ni kasi seram sikit, meh tengok ayat amaran kat bawah ni, dah terang-terang warning letter dari Allah;

Ingatlah pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahannam, lalu dengan itu disaterika dahi, lambung dan punggung mereka seraya berkata ‘ Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri maka rasakan akibat daripada yang kamu simpan itu’

(At-Taubah :35)

Uiks

T___T

Harta,emas perak dalam konteks kita ni apa? Logam kita tula. So, mulai hari ni ayuh kita alih potensi kita, bukan untuk benda lagha, bukan untuk benda dunia, tapi untuk agama dan untuk negeri akhirat. Bersambung...

Wednesday, March 7, 2012

BANGKIT SETELAH REBAH

Dalam mendirikan setiap sesuatu perkara, pastilah ada asas permulaan yang membinanya yang kemudiannya, jika diasuh rapi, dijaga teliti akan berkembang menjadi sesuatu yang membuahkan hasil dan bermanfaat. Sepertimana sperma dan ovum yang bertemu jodoh di dalam pangkal rahim yang diasuh sempurna Allah S.W.T yang Maha Kuasa sehingga akhirnya berhasil si ibu melahirkan seorang bayi yang sempurna. Atau mungkin seperti sebuah biji benih yang menumbuhkan sebuah pokok yang bermanfaat kepada seluruh alam sekiranya cukup air, cahaya, baja dan karbon dioksidanya.

Begitulah sunnatullah alam, telah ditetapkan Allah S.W.T dari awal penciptaan alam ini lagi, tidak berubah, tetap, dan berterusan dengan izin Allah S.W.T. Segala-galanya bermula kecil, kemudian membesar dan akhirnya bertemu ajalnya. Tiada apa yang kekal di dunia ini selain Allah.S.W.T.

“Sunnatullah (peraturan Allah) Yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.”.

(Al-Fath :23)


Begitu jugalah teorinya dalam jatuh bangun sesebuah tamadun, ianya bermula kecil-kecilan, kemudian berkembang besar menguasai sebuah negara, kemudiannya berjaya menakluk dan menaungi beberapa buah negara dan setelah konflik di beberapa ketika, tibalah masa ianya stabil dan mengukuh. Namun, betapa hebat sesebuah tamadun sekalipun, ianya pasti akan tumbang sepertimana sunnatullah yang telah ditetapkan, ianya akan mengalami fasa kejatuhan dan akhirnya runtuh.

Lihat sahaja tamadun Rom dan Parsi yang begitu gah pada zamannya, dengan kemajuan ketenteraannya yang jauh menjangkau dunia luar dan keluasan empayarnya, akhirnya rebah di tangan “Orang-orang dari tanah tandus” yang di pimpin seorang nabi yang “Ummi”.

Juga kita lihat bagaimana Abasiyyah yang begitu maju dalam ilmu sains dan berjaya menguasai 2/3 jumlah populasi dunia ketika itu, sehingga khalifah berkata “Oh awan, pergilah engkau kemana jua, nescaya hasilnya akan kembali kepadaku”. Akhirnya jatuh rebah, tersungkur di tangan Mongol yang “Nomad” dan tiada sains.

Genghis Khan yang memimpin tentera monggol menumpaskan Kerajaan Abbasiyyah

Juga kita lihat empayar Portugis pada satu masa yang dikatakan pernah menguasai seluruh pelabuhan penting di seluruh dunia dari Barat Eropah sehinggalah ke Tanjung Pengharapan, Goa dan Melaka kininya dimana mereka ? Mujurlah ada “Christiano Ronaldo” maka dunia masih mengingati mereka. Eh jap, siapa Roanaldo tu? Erks.

Lebih teruk, empayar British yang mana pernah tersohor dengan jolokan “The sun will never set at Brtitish Empire” kininya hanya kurang 1 per 10 dari keluasan tanah jajahan asalnya.

Semuanya tersungkur. Rebah menyembah bumi.

Tidak dapat lari juga Uthmaniyyah yang dahulunya menaungi dunia Islam dari Afrika sehingga timur jauh akhirnya tersungkur rebah di tangan seorang “Pengkhianat”. Dan terbaru empayar Soviet yang muncul sebagai negara terbesar dunia dan mempelopori sains, politik dan ketenteraan dunia akhirnya runtuh jua tanpa sempat meraikan Jubli Perak sekalipun.

(Demikianlah) peraturan (Kami Yang tetap mengenai) orang-orang Yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul kami; dan Engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami Yang tetap itu.

(Al-Isra’:77)


Khalifah terakhir diperintah meninggalkan istana

Begitulah sunnatullah yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Tiada apa yang kekal selamanya, walau sekuat manapun, walau sekaya manapun, walau sebesar manapun. Akhirnya mereka semua terikat dengan apa yang telah ditetapkan Allah yang menguasai sekalian alam. Begitu jugalah peradaban barat sekarang yang diterajui Amerika Syarikat, ianya tidak akan kekal dan akhirnya akan runtuh juga. Bibit-bibit keruntuhannya sudah dapat kita saksikan sekarang. Dunia mula perlahan-lahan sedar akan siapakah sebenarnya “Uncle Sam” ini dan ketidakadilan serta kekejaman mereka.

Sudah tiba masanya untuk Islam bangkit kembali menerajui segala perkara di dalam dunia dan memenangi hati masyarakat dunia dari sistem moral sehinggalah pentadbiran dan system ekonomi sesebuh negara. Tidak diturunkan Islam hanya untuk menyuluh roh individu-individu sebaliknya kesyumulan Islam itu merangkumi kedua-dua aspek roh dan jasad secara kolektif. Marilah kita letakkan Islam sesuai dengan fungsinya semula, menyelamatkan kemanusiaan, mensejahterakan alam, sesuai dengan fungsinya sebagai “Rahmatan Iil Alamin”.

Namun, cita-cita ini tidak mungkin akan tercapai secara automatic, ianya memerlukan tangan-tangan manusia untuk medirikannya semula. Ayuh! Kita mulakan dengan menaburkan benih-benih aqidah pada masyarakat di sekililing kita. Kebangkitan Islam pastikan tiba!.

“If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam.” – George Bernard Shaw

An-Nur: 55

“Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka:

khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.”