Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

ADUAN RAKYAT AMBIL BERAT

Hela nafas kutarik, dalam

Sedalam laut menyimpan rahsia alam

Di celah celah udara segar

Sekali sekala kotoran semalam bertandan

Senyum sapa meramah mesra

Terlalu syadidkah untuk aku berkata tidak

Pada teman sepermainan di hari semalam

Tidak ingin diri terus berlari

Pantaskah melihat kau dijilat api

Malam kian pekat

Semakin sukar berjalan

Merendahlah wahai hati,

Sujudlah ..


Perasaan berada di kalangan rakan-rakan yang soleh, indahnya tiada kata dapat huraikan. Namun, lagikan lidah tergigit, inikan pula hubungan dengan yang lain. Walau terkadang hati masih terguris dek tingkah laku semacam, namun menyedari akan kekurangan diri, suara dari laut hati terus membisu. Dari hujung sana terdengar juga, rentak-rentak kekecewan dari teman seperjuangan kerana sikap sambil lewa.

Hari ini, masalah dalam ukhuwah kian terserlah. Semangat para ikwah yang tidak berada pada level yang sama membuatkan yang berlari terus menyepi bersendiri, yang merangkak terus berhenti, kekosongan.

Haruman kasturi yang dahulu sudah terkulai layu, yang tampak jelas terbentang di atas jalan ini adalah duri dan sembilu. Ramai yang angkat tangan, angkat kaki mula melarikan diri. Ramai yang sudah menampakkan tanda kepenatan, mahu berhenti di persimpangan.

Cukuplah merepek.

Semoga anda jelas apa yang cuba saya sampaikan. Masalah yang timbul kian menjadi-jadi sesama mereka yang berjuang di jalan ini. Paling ketara isu ukhuwah sendiri. Ukhuwah yang solid adalah bertunjangkan dan berasaskan iman yang mantap dan mendalam. Ternyata hari ini, walau hati cuba menafikan namun hakikat iman yang kian merudum harus ditelan.

Keyakinan yang kian pudar dan semangat juang yang makin luntur menyebabkan ada di antara mereka yang sekalipun pernah setalam dan sedulam menjamah rezeki dari Tuhan mengambil keputusan untuk berhenti. Ujian yang mendatang dijadikan alasan. Melihat rakan dan teman sepermainan lain yang masih di awan awangan biasa biasa sahaja menyebabkan keinginan untuk berada di takuk lama kian menghangat.


Sunnah orang berjuang memang begitu. Ada kala tawar hati. Iman itu terkadang tinggi menggunung tekadang menyepi di bawah telapak kaki. Barah futur yang menyerang para pejuang ini serta tiada tindakan susulan untuk mengatasi wabak ini menyebabkan senang dan lenang dalam kefuturan bertandan di sanubari. Minda terus leka, keinginan terus bermaharajalela.

Futur

Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan lemah.

Futur adalah penyakit yang menimpa sebahagian daripada pekerja islam. Penyakit ini sering atau kadang-kadang timbul dalam reality kini. Paling minima futur yang menimpa pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami.

Tiada seorang pun setiap kita boleh dan layak bersuara serta menuding jari mengatakan si dia ini, si dia ini futur. Namun masalah futur memang wujud. Setiap daripada kita perlu berwaspada. Selalulah berpesan-pesan sesam teman seangkatan, ingat mengingati akan tugas dan tanggungjawab.

Jika dibiarkan masalah futur berlarutan, ia akan merebak kepada seluruh angkatan gerak kerja. Kesannya akan menyebabkan amal Islami mati dipertengahan jalan dan tiada perkembangan dalam kerja yang dilakukan.

Da’ie perlu cakna dan perihatin akan perkembangan sesama sendiri, ambil berat, ambil peduli. Rata-rata rijal hari ini terlalu ghairah berlari kedepan, mengutamakan hal hal teknikal lalu mengabaikan penyakit-penyakit yang timbul dalam kesatuan, dalam ukhuwah.

Bagaimana lagi hendak dijelaskan. Antara dua. Yang laju terus berlari kedepan. Yang perlahan terus ditinggalkan. Yang kedepan, ada peranan dan hak belakang harus ditunaikan, yang belakang, ingatlah kerana kita yang lain terseksa.

Peh.

Jalan tulisan semakin hari semakin serius. Di mana pergi seni, saya sudah bingung. Eh tapi, seni ke? Ok syok sendiri.

Merendahlah wahai hati

Sujud..

Monday, July 16, 2012

MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH

Tiada insan yang sempurna. Cewah tetibe je. Tapi bagi seorang da’ie, perlu berusaha mencari kesempurnaan. Sama ada kesempurnaan dalam ibadah, kesempurnaan dalam membentuk personality, dan kesempurnaan dalam hal-hal yang lain, pelajaran, ouch di situ, komunikasi dan seumpamanya. Ini penting kerana setiap gerak geri da’ie itu menjadi hujah kepada lisannya.

Ramai da’ie hari ini yang syok sendiri, rasa diri cukup sempurna dan telinga cepat merah bila ditegur.

Dalam diam, ramai juga dalam kalangan kita ini cuba menutup perilaku yang tidak wajar dilakukan dengan mencari hujah yang membenarkan tindakan kita. Macam mana tuh ? Dai’e yang manja, suka menghiburkan diri dengan cara zaman kegelapan dahulu, menganggap sedikit sebanyak aktiviti dulu kala buat peneman dikala sunyi itu halal. Ni pakai mazhab mana?

Refleks diri kita.


“Aih akhi, dari petang semalam lagi buka fb, buat dakwah ke?”

Tegur sahabat kita. Kemudian telinga kita berasap. Ah kau apa tahu. Aku tengah mencari status status yang membina iman. berhujah pula kita dalam diam. Cuba juga merationalkan perbuatan kita.

“Akhi, ana tengok enta ni semakin hari semakin melekat dengan game-game ini. Ada skandal baharu kah?”

Kita mula diam. Terpaku, terpana apatah terkesima. Aku cuba memanfaatkan waktu lapang ni. Daripada aku buat benda-benda yang menambahkan dosa, apa salahnya aku lepaskan tension kejap. Eh tension apakah? Buat usrah seminggu sekali pun tension? Betulkan main game tak berdosa? Bukan Allah melarang kita melakukan perkara yang sia-sia ? gulp.

“Amboih akhi, mandi pun pakai earphone, tengah hafal surah apa tu?”

Kita senyum. Padahal tengah layan lagu. Yela dalam tandas tak boleh baca Quran. Zikir pun tak elok. Gunakan masa ada dengan sebaik mungkin. Tak gittew? Alasan demi alasan mendatang. Bak kata pepatah, pucuk dicita, ulam mendatang. Eh?

“Eh enta baru balik riadah? Ke solat jemaah tengah padang tadi akhi?”

La kau ni riadah kott. Aku gi riadah benda baik kot. Jaga kesihatan, persiapan pagi esok nak qiyam sepanjang malam ni. Padahal riadah terlebih, buat kita lupa siapa Illah. Buatkan kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Riadah yang mencari kepuasan.

“Wah banyaknya file file movie dalam laptop enta ni, supplier ke?”

Haa ni tak tahu nak cakap. Da’ie pun layan korea? Hati jawab tak tengok pun. Nak bagi adik-adik kat rumah bila balik. Macam ni kah qudwah? Padahal bila bosan kita tengok juga sikit-sikit. Sikit sikit tu macam mana?

“Akhi, ana duk perasan lama dah enta tak buka Quran tu, uzur kah?”

Eh memang sarkastik habis ni. Kita nak cakap apa. Aku baca je kau tak nampak. Kan. Ini juga satu fenomena saya kira. Semangat mendekati Quran makin hari makin pudar. Ruhnya semakin mati. Rata-rata membaca dan mentaddabur sekadar syarat untuk memenuhi jadua-jadual amal yang ditetapkan.


Dan begitulah situasinya.

Setiap dari kita mempunyai situasi yang tersendiri. Kita punya tabiat dan kelemahan tersendiri yang kita dan Allah .S.WT. sahaja yang tahu. Apabila sahabat kita tegur, itu dikira bernasib baik. Ada orang sedar akan perilaku kita yang perlu diperbetul.

Yang menjadi parah, apabila da’ie tidak mendapat sokongan daripada rakan seperjuangan. Yang terlibat dalam kemelut ini secara tertutup dan berasa selesa. Kerana banyak alasan-alasan yang datang membenarkan dan membrri jaminan kepada kelakuan kita itu. Maka di mana harus diperbetulkan? Da’ie perlulah sentiasa muhasabbah diri.

Kadang-kadang dalam diri kita juga, apabila kita berkehendakan melakukan sesuatu, pasti ada satu perasan, tarikan iman yang menegur kita supaya tidak melakukannya. Pasti kita berasa, walau seciput perasaan tidak senang. Cuma kita sering tertewas. Dan terus tertewas.

Dan kita terus berhujah menegakkan benang yang basah.

Saya boleh tulis dan sebenarnya hanya mampu menulis. Nasihat yang paling baik datang daripada diri sendiri. Sudah tiba masanya bagi para da’ie untuk bertindak tegas dengan diri sendiri dan menahan daripada memenuhi tuntutan al-hawa.

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabannya.
(Al Isra : 36)

Semoga kita tidak futur dan terus thabat atas jalan ini.

Wallahualam

juga diautopostkan :)