Showing posts with label CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI. Show all posts

Monday, January 27, 2014

AUSTRALIAN OPEN






2014 Australian Open Champion


Sejak dari bangku sekolah, saya bukanlah saya seorang yang jenis bersukan, atau sportsman. Walaupun semasa di sekolah rendah, saiz badan saya kira antara yang besar jugalah berbanding dengan rakan-rakan yang lain yang lebih lambat tumbesarannya. Pokoknya saya bukanlah kanak-kanak yang membesar dengan suasana petang petang bermain bola sepak, sepak takraw, mewakili sekolah dalam mana-mana sukan mahupun olahraga.


Bahkan, saya sangat skema dan nerd. Kalau mewakili sekolah pun bukan dalam aktiviti luar bilik darjah, sebaliknya aktiviti seperti kuis, boria (err), choral speaking, pidato dan  mujur je tidak menamakan diri untuk pertandingan berbalas pantun. Fuh.

Entah kenapa.


Tapi apabila melangkah masuk ke sekolah menengah, saya mula dapati bakat bakat sukan dan olahraga yang terpendam. Saya mula bertanding dalam sukan sekolah dalam acara balapan, dan boleh tahan banyak jugalah pingat pingat plastic berwarna emas dan perak dibolot dan dibawa pulang dan kini dah dibuang.


Kemudian, saya mula bermain sukan dengan serius. Antaranya softball, tennis, badminton, bola tampar, bola baling dan segala acara sukan yang melibatkan tangan. Tetapi, tetap sampai hari ini saya belum dapati bakat yang terpendam dalam acara sukan yang banyak menggunakan kaki seperti, err, bola sepak. Pun begitu, saya memang jatuh cinta berguling guling dengan sukan softball sehingga hitam legam badan yang tidak berapa nak cerah ini, akibat latihan demi latihan di siang hari yang panas terik.

So apa pointnya ?


Sebenarnya saya nak cerita tentang keberkecimpungan (?) saya dalam sukan tenis. Sebenarnya saya tidaklah berkecimpung sangat, Cuma saya mula bermain tenis dan mengikuti perkembangan sukan ini bermula di tingkatan dua.

Pada waktu itu, saya bermula main tenis di lapangan di maktab rendah yang namanya dirahsiakan. Saya belajar membuat pukulan sendiri. Sekali sekala ditemani rakan-rakan yang memang ada background tenis.

Saya juga mula menonton perlawanan tenis yang semestinya peringkat antarabangsa kerana sukan tenis walaupun sudah berabad lamanya bertapak di bumi Malaysia, belum dapat menghasilkan pemain yang boleh bermain di pentas global. Dan sememangnya sukan tenis di peringkat asia tenggara agak suram. Paling menyerlah pun beberapa pemain dari Thailand yang boleh dikira dengan jari.


Saya juga mula membuat research tentang sukan ini. Yelah, barulah masuk bila berbual dengan rakan rakan yang turut meminati sukan ini. Pada waktu itulah saya baru tahu antara sukan yang menjanjikan pulangan yang lumayan adalah tenis. Sampai satu tahap, saya rasa kalau saya tak cemerlang akademik, boleh jadi player tenis dan kaya raya. Heh.


Kemudian saya tahu antara kejohanan kejohanan utama bagi sukan ini, atau Grand Slam tournament nya ada empat, setiap tahun. Antaranya Australian Open (Hard court), US Open (juga hard court), French Open atau lebih dikenali sebagai Roland Garros (Clay court) dan Wimbledon (Grass court). Fuh. Tak ku sangka.


Antara nama nama yang meniti di bibir penggemar sukan tenis pada waktu itu ialah semestinya Roger Federer, Rafael Nadal, Novak Djokovic, Andy Roddick, Marat Safin, Stepanik, Tsonga, dan sebagainya. Dan yang legend yang menjadi penantian ramai pastinya pertembungan Rafael Nadal yang juga raja Clay Court dan Roger Federer yang mempunyai gaya pukulan yang terendiri. Err.


------


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu.
Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun.

Kawan kawan pun dah membesar. Ada yang dah ada anak. Umur makin bertambah. Sepupu sepapat makin ramai yang kahwen. Kami pun hidup bahagia. Heh


Baru baru ini, saya pulang ke rumah untuk cuti semester. Kali ini ada sesuatu yang aneh berlaku. Perubahan iklim yang mendadak. Cuaca sejuk yang tidaklah amat, tapi boleh tahan sejuk sehinggakan sepanjang hampir sebulan berada di rumah, kami sekeluarga langsung tidak menggunakan perkhidmatan pengdingin hawa. Mungin alam ini sedang menuju ke arah penjimatan penggunaan elektrik ekoran tariff electric baharu yang meningkat.


Dan takdirnya, kepulangan saya ke rumah kali ini bertepatan dengan kejohanan tenis terbuka Australia, The First Grand Slam of the year. Saya takdelah mengikuti keseluruhan kejohanan seperti tahun tahun yang dahulu melainkan saya tengok juga perlawanan final.

Menariknya kali ini, yang berentap adalah Rafael Nadal menentang Stanislass Wawrinka, satu nama yang sangat asing. Ini sama ada dia memang player baharu atau saya yang sudah tidak lagi keep updated.

Dan lebih menarik, Wawrinka yang tampil ke pentas akhir Grand Slam pertamanya dalam karier muncul sebagai juara. Nampaknya sudah ada barisan baharu yang mewarnai sukan tenis dunia.



Apa-apa pun, dengan dua perubahan yakni perubahan iklim dan kemunculan pemain baharu ini drives me to a conclusion, tidak ada sesuatu pun yang kekal dalam dunia ini, melainkan Allah s.w.t.




Nikmat yang kita rasai hari ini juga ada tarikh luputnya. Termasuklah nyawa kita. Maka inilah perkongsian serba sedikit setelah beberapa hari saya tidak menulis ekoran access internet yang mengecewakan.


Mungkin anda rasa entah apa apa entry ini. Err .

Monday, July 8, 2013

OLE-OLE DARI BTN



Ini cerita benar.
Tetapi yang sudah ditokok tambah mengikut selera rakyat tempatan.



----------------

“So now each of you got a piece of plain paper. What you need to do is, fold the paper, two times so that at the end there will be lines dividing the paper into four parts.”

Tengok kiri tengok kanan. Semua lipat kertas putih bersaiz Aempat(4) yang diberikan. Tekun dan khusyuk. Aiman tak tahu, nak lipas dua kali macam mana. Melintang dua-dua atau melintang dan membujur, atau melintang patah.

Aiman lipat je, macam orang lain. Aiman tak kesah. Kan.

Dah lipat, semua peserta yang lain buka lipatan. Kertas tadi sekarang ada empat bahagian.

“Can You see four parts of the paper?”

Ada la dua tiga orang jawab, “Can”

“Baik, ada empat benda kamu kena tulis dan senaraikan di keempat-empat bahagian kertas tu. Bahagian-bahagian tu cuba senaraikan strength, weakness, opportunity dan threat. Is that ok?”

Semua senyap. Sama ada ok atau tak ok langsung.

“Ok akak bagi 15 minit, nanti kita bentang sama-sama”

Sesi menyenarai bermula. Sesi melihat senarai kawan sebelah pun bermula. Senaraikan kekuaranm your strength, tak mudah Kak. Rata-rata tak pernah nak fikir apa kekuatan mereka.

“Semua dah siap”

Nampak gayanya cam tu la Kak. Bisik Aiman.
Dalam hati jela.
Memandangkan semua masih kaku bisu.

“Dah”

Ceazaan bersuara.

“Ok sekarang siapa nak volunteer bentangkan dulu senarai dia?”

Haha. Ni part best. Macam biasa.
Aiman tengok Amin. Amin tengok Dolah. Dolah tengok Ester. Ester pula buat-buat tunggu nama disebut.


“Haa Sunil, cepatla, kau macam hyper je”

Sound Amin.

Oh lupa nak kasi intro gempak sikit.

Waktu tu pagi. Matahari sudah pun dalam perjalanan menampakkan dirinya. Daun-daun gugur menghiasi lapangan padang kawad. Burung-burung berbagai saiz bertebaran demi sesuap nasi. Pandangan terbatas. Sama ada kabus pagi hari atau jerebu masih belum surut. Entahlah.

Hambar.

Sunil bangun dan mulakan perbentangan dia.


“Actually saya pun tak tahu la apa kekuatan saya but what I wrote here is I have a clear vision for what I want to be. Besides, I have my parents and friends who are very supportive…”

Ok panjang la huraian dia. Biasa.
Macam kemahiran berfikir kreatif dan kritis.

Lepas habis turn Sunil, Dolah pula mara kedepan. Mulalah Dolah dengan gayanya. Berdentan-dentum dia bagi, hurai panjang lebar. Semua dengar.

Ha, yang aku tunggu Ester la. Ester Hoy. Dia macam last sekali gak ah. By the way, siapa aku? Aku bukan Saahab. Jauh sekali.


“….Ramai yang tanya saya kenapa saya nampak tenang je, bila masa tengah A-Level pun orang kata apalah Ester boleh still pergi main badminton. Sebenarnya nampak je tenang but still I was worried. But I think, one of my strength is my good relation with God. That’s all where the peace and other strengths come from.

When we hold to the power that shall never ends, we will fell secured and safe no matter what condition we are in..”


Antara point dia yang mantap.

Ester Hoy. Ni kalau dalam kalangan penganut Kristian yang lain kat kolej, sah-sah dia ni mas’ul missionaries diorang. Respek. But she has her point yang mana aku sangat setuju dan kagum.

Dependency.

Kat atas ni intro. Sentap. To me la.
 
I learnt something from a non-muslim friend. And if she was a Muslim, I believe she must be more Muslim than I do.

Perasaan takut, gundah gelana dan risau ini antara fitrah, perasaan yang wujud dalam diri manusia. Memang ada. Banyak benda yang pada hari-hari yang lepas kita takut, dan untuk hari-hari mendatang pun kita takut dan risau.

Unless kalau seseorang itu ada bebola ajaib yang boleh bagitahu macam mana future then it should be fine. But unfortunately nobody has that. Yang saya kenal la. Mungkin anda ada kenal orang-orang macam ni kat luar sana.

Contoh dalam kehidupan tipikal rakyat Malaysia yang harmonis, yang hidup berprinsipkan Perlembagaan Negara, di bawah system Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, antara perkara yang menjadi kerisauan adalah keputusan hekzem di setiap peringkat, risau akan status kestabilan politik tanah air, risau akan perkembangan kewangan Negara dan sebagainya.

Peh bapak patriotic.

Tapi sebenarnya dalam Quran ada menceritakan dua golongan yang pada mereka ini tidak ada kerisauan.

Dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah ynag telah menghilangkan kesedihan dari kami. Sungguh, Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha Mensyukuri,

Yang dengan kurniaNya menempatkan kami dalam tempat yang kekal, di dalamnya tidak kami merasa lelah dan tidak pula merasa lesu”
 
(Al Faatir :34-35)

Golongan pertama, yakni ahli syurga.
Of kos la, beruntung la bagi mereka yang telah bergelar ahli syurga, tidak ada lagi kerisauan bagi mereka. Kekal dalam syurga, tanpa rasa lelah mahupun lesu.

Tapi bagaimana dengan kita yang masih hidup? Perjuangan untuk syurga itu kadang-kadang membuatkan kita risau.


Jangan risau, jangan sedih, golongan kedua


Ingatlah wali-wali Allah itu tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
(Yunus :62)

The only way, jadilah kita semua wali-wali Allah
:)

Iaitu orang-orang yang beriman dan sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung.
(Yunus: 63-4)


The rest of the story, saya serahkan kepada anda untuk mencorakkannya .

Friday, June 28, 2013

MAN ANA ?





Courtesy of Madmie China :)
Matahari pun terbit.

Tiba-tiba,

Pada  suatu hujung minggu yang cemerlang, Ana menghadiri satu seminar atau lebih mesra dikenali dalam bahasa ibundanya sebagai daurah. Eh. Dan nak dijadikan cerita, tajuk yang menjadi inti kepada daurah tersebut merupakan Muqadimmah Fi Zialil Quran, tafsir Quran serta karya agung Syed Quttb.

Nak dijadikan cerita lagi, daurah tersebut telah disampaikan oleh seorang al akh yang Ana sangat kagumi kewibawaan beliau yakni Idris Tan, bukan nama sebenar.

Antara point utama yang disampaikan adalah, Syed Quttb menyatakan bahawa nikmat yang tidak ternilai hidup di bawah bayangan al Quran, Fi Zilalil Quran kerana ia meluhurkan, memberkati dan membersihkan usia.

Meluhurkan.

Ana tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan luhur.

Meluhurkan usia ?
Apa tu ?
Keluhuruan perlembagaan ?

Walaupun Akh Idris Tan ada mengatakan bahawa orang yang diluhurkan usianya diangkat kepada darjat yang lebih tinggi, namun Ana masih ragu-ragu. Maklumlah Ana ni seorang yang sangat mencintai bahasa dan sangat teliti dalam pembendaharaan kata yang tepat dan betul. Dah macam Pak Sako pun ada Ana ni.

Maka menurut Kamus Dewan, edisi ketiga,

 Luhur bermaksud mulia, tinggi dan agung.
(Untuk rujukan, mukasurat 829, Kamus Dewan edisi ketiga, kulit tebal)


So kini Ana akur. Dia setuju dengan penjelasan Akh Idris Tan sekaligus mengiyakan bahawa orang yang diluhurkan usianya, dimuliakan, ditinggikan dan diagungkan. Darjatnya diangkat lebih tinggi daripada orang lain oleh Allah s.w.t. kerana mereka hidup di bawah bayangan al Quran.

Golongan ini bukanlah diangkat dari segi latitudnya, tapi mereka diberi basirah, kejelasan seolah berada ditempat yang tinggi dan mampu melihat manusia-manusia lain yang terpesona dengan kehidupan yang berada di taraf yang lebih rendah. Mereka diberi kejelasan melihat bahawa manusia lain begitu hanyut, terbawa-bawa dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang merendahkan darjat mereka.

Padahal manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, tapi mereka memilih untuk berada ditempat yang hina, rendah dan jijik.


“Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya..”
(At Tin:4-5)


Yang merendahkan manusia ini ialah seruan duniawi seperti kerjaya, keluarga, wang ringgit, harta benda, pangkat dan gelaran, sawah dan ladang, haiwan dan ternakan, pasangan-pasangan, kenderaan, rumah dan pangsapuri, hiburan dan permainan, perhiasan, emas dan permata, nama dan takhta, begitulah dan begitulah.

Inilah seruan-seruan yang menyebabkan manusia lain terus sibuk bermain dengan lumpur yang mencemarkan mereka.

Sebaliknya bagi orang yang diluhurkan usianya, yang berda pada darjat yang lebih tinggi, apa yang terlihat jelas, penting dan mustahak pada pandangan mereka adalah seruan-seruan seperti khalifah, ibadah, daulah Islamiah, dakwah dan tarbiyah, daurah dan mukhayyam, solat dan Qiyam, al Quran dan Sunnah, Individu Muslim dan Baitul Muslim, eh, puasa dan zakat, infaq dan jihad, dan begitulah, begitulah.

Mana tidaknya, seruan-seruan ini bukan calang-calang seruan, tapi inilah seruan daripada Allah Azza Wajalla yang pada tempat pertama telah mengangkat darjat mereka.


Masa pun berlalu.
 
Hujan pun turun.
Matahari terbenam.
Bulan mengambang.


Ana pun memerhati ke sekeliling. Dan dia benar-benar melihat fenomena ini. Melihat manusia yang terpesona dengan seruan yang merendahkan kemuliaan dan darjat mereka tadi. Dan melihat manusia yang sama mengabaikan seruan yang memuliakan mereka. Dia kehairanan.

Ana melihat

Di tempat belajarnya rakan-rakannya sibuk dengan peperiksaan. Bertungkus lumus siang dan malam sehingga ada yang mengabaikan solat. Ada juga rakan-rakan yang lalai dalam seruan permainan, terpesona dengan filem-filem dan drama berepisod serta sinetron-sinetron dari Negara jiran. Ada yang sanggup tak tidur malam menantikan filem-filem kegemaran mengambil tempat.

Lagian, dia melihat ada rakan-rakan yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. Yang kaki bola sepak bersorak bergempita dengan bolanya. Yang kaki bola jaring bergegak gempita dengan jaringnya. Yang kaki bangku pula terus diam seribu bahasa, memencilkan diri.

Di kolej juga dia melihat rakan-rakan berlainan jantina berpacaran. Jatuh ke lembah kehinaan. Berduaan-duaan baik ditempat gelap dan sunyi mahupun di khalayak ramai. Di pasar raya dia melihat gelagak anak-anak muda bayanya berkeliaran, menyedut asap rokok dan jerebu.

Di Bandar raya di melihat gelagak dan telatah manusia. Sungguh melucukan. Sibuk dek arus kerja yang tidak berkesudahan. Mengejar wang dan pangkat. Di kala petang mereka berbaris di jalan raya, menunggu pulang. Di kala pagi usai matahari menampakkan dirinya mereka sudah bergegas ke kantor masing-masing. Sungguh asyik dan terbawa-bawa.

Lagi Ana melihat.

Tatkala dia pulang ke hampung halaman, perkara yang sama diamatinya. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik disibukkan dengan perdebatan bawah pokok mangga dan debat kedai kopi yang tiada titik noktahnya. Anak-anak kampung berpeleseran di tepi jalan, ditemani motor kegemaran dan asap shiha. Kelihatan seronok dan mengujakan.

Adakah ini dinamakan basirah ?

Kejelasan melihat betapa manusia sedang sibuk bermain, bersendagurauan, terpukau dengan perhiasan dunia, saling berbangga sesama mereka, mengumpulkan harta dan anak keturunan?

Masa pun berlalu lagi.

Ana pun terus duduk di rumah.
Melayani cuti. Pokok bunga pun berbunga.


Di suatu petang yang hening, Ana hidupkan laptopnya. Buka 9gag. Satu per satu tab dibuka. Facbook. Twitter. Myspace. Yourspace. Friendster. Youtube. Dia teruja. Gembira dan terhibur. Kadang dia gelak seorang diri.

Tanpa sedar, dia tertipu. Rupanya dirinya turut berenang-renang dalam lumpur tadi.

Ana oh Ana.

Ana bukan Ana Rafali.
 

Siapa Ana ?

Man Ana ?

MUJUR DIA MASIH HIDUP




Beberapa hari berada di rumah. Waktu berlalu. Hujan pun turun. Jam terus berdetik. Kereta dan motosikal lalu lalang. Rumput pun tumbuh. Matahari terbit dan terbenam. Bulan datang dan pergi. Daun-daun gugur dan tumbuh.


Dan begitulah, begitulah.

Semut-semut hitam mengangkut serbuk-serbuk biskut. Ke hulu dan ke hilir. Dan aku pun futur. Astaghfirullah.


Ye, iman itu yazid wayankus. Dan daku terus memberi alasan. Untuk diri sendiri. Supaya berasa selesa dan selamat. Hati itu resah. Alhamdulillah, masih hidup. Bukan sekadar bernafas. Namun sampai bila mampu bertahan?

Dan masa pun berlalu lagi.

Aku terus selesa. Nampaknya. Nafsu dinobatkan sebagai sang raja. Bisikan syaitan yang direjam dibiar tidak terlawan. Baru saja nak puasa, alah chill dulu. Bulan Ramadhan ni kau puasa la puas-puas. Bukan selalu duduk kat rumah nak rasa masakan ibu. Dan aku pun akur.

Salahkan syaitan pula?

Kalau tidak mengeheret kita ke lembah kehinaan, apa lagi yang harapkan dari syaitan? Bahkan tugas mereka itu diikitraf Allah s.w.t. Mereka golongan yang diberi tempoh. Tempoh untuk menyesatkan bani Adam.

Hati itu makin lalai.
Dan masa pun berlalu.


------------


Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..



Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup?

Atau sebenarnya, merekalah orang yang paling bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling berjaya baik di dunia mahupun di akhirat?

Dan, atau sebenarnya kitalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup?


Jiwa kita kosong... Tiada pengisian.. Kalau ada sekalipun, hampir semuanya tertutup dengan dosa-dosa kita yang jaaauh lebih banyak dengan taubat yang sedikit dan sementara! 



"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."

[QS Al-Baqarah, 2:74]

Petikan sini

Batu itu sudah meluncur jatuh kerana takutkan Allah. Bila pula kita dan hati kita mahu menjatuhkan diri kita kerana takutkan Allah?