Ketika Nabi Musa bertarung dengan
ahli sihir Firaun demi mempertahankan kebenaran, kita tahu pertarungan yang
mencemaskan ini disaksikan oleh warga Mesir yang lain. Warga Mesir berkumpul
atas "permintaan" Nabi Musa yang begitu yakin, pada hari berkenaan
al-bathil akan dikalahkan dan al-haq akan menang, berdiri teguh dan kokoh penuh
bangga.
قَالَ مَوۡعِدُكُمۡ يَوۡمُ
ٱلزِّينَةِ وَأَن يُحۡشَرَ ٱلنَّاسُ ضُحٗى
Nabi Musa menjawab:
"Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan
hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha". -Sura Ta-Ha, Ayah 59
Kenapa Nabi Musa meminta orang
ramai berhimpun? Kita belajar satu fiqh dakwah dari Nabi Musa bahawa dakwah ini
perlu diiklanlan kepada seluruh umat manusia. Ia tidak boleh disimpan oleh daie
secara senyap-senyap sehingga nikmat dan rahmat Allah tersekat daripada
hamba-hamba yang lain.
Namun, perkara yang kita ingin
garisbawahi ialah, setelah pertarungan itu berakhir yang mana kemenangan
berpihak kepada Nabi Musa, yang tunduk, sujud insaf hanyalah ahli sihir. Apakah
kesan iman ini tidak berlaku kepada orang ramai yang lain? Wallahualam.
Berdasarkan situasi ini, kita
dapat membuat beberapa penelitian kenapa hanya ahli sihir yang melakukan sujud
keimanan, sujud pembebasan dari cengkaman firaun.
وَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ
Dan (kemenangan Nabi Musa
menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
-Sura Al-A'raf, Ayah 120
1) Boleh kita fahamai bahawa
persepsi ahli sihir dan orang ramai terhadap apa yang berlaku adalah berbeza
sehingga menyebabkan kesan dan tindakan berbeza.
2) Ahli sihir yang arif tentang
ilmu sihir tahu bahawa apa yang dipertontonkan oleh Nabi Musa bukan dari
sekolah pemikiran sihir melainkan hakikat kebenaran dan kuasa mukjizat dari
Tuhan Sekalian Alam.
3) Sebaliknya, pada kaca mata
orang ramai yang tidak tahu selok belok sihir mungkin pulang ke rumah dengan
tanggapan, Musa hanyalah seorang lagi tukang sihir yang berjaya di Kota Mesir,
tidak lebih dari itu.
4) Ilmu dan kefahaman ternyata
melahirkan tindakan yang berbeza. Kefahaman membuahkan iman dan amal yang betul
sehingga amal yang sanggup berhadapan ancaman maut.
5) Amal tanpa ilmu mungkin hanya
didasari oleh semangat. Semangat sifatnya turun dan naik, tetapi sukar untuk
berkelanjutan. Semangat merupakan buah dari sentimen pada isu. Turun dan naiknya
cepat.
6) Tetapi untuk membuahkan
kefahaman, ia perlu didikan yang lama, berperingkat dan berterusan.
7) Mungkin kerana dorongan
semangat, Bani Israel lari bersama Musa. Mereka berbekalkan sentimen, Musa
telah menang mengalahkan ahli sihir, mesti Musa juga akan menyelamatkan kita.
Sebaik sahaja mereka selamat, lihat apa yang berlaku;
وَجَٰوَزۡنَا بِبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ
ٱلۡبَحۡرَ فَأَتَوۡاْ عَلَىٰ قَوۡمٖ يَعۡكُفُونَ عَلَىٰٓ أَصۡنَامٖ لَّهُمۡۚ
قَالُواْ يَٰمُوسَى ٱجۡعَل لَّنَآ إِلَٰهٗا كَمَا لَهُمۡ ءَالِهَةٞۚ قَالَ
إِنَّكُمۡ قَوۡمٞ تَجۡهَلُونَ
Dan Kami bawakan Bani
Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang
sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani
Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala)
sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab:
"Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil. -Sura Al-A'raf, Ayah 138
4 comments:
Attractive Web Solutions is a Web design & Development company that provide all website related services like web designing, web development, digital marketing, mobile app development, web hosting, domain registration services etc.
Visit here
Best Website Designing Company
Best Website Development Company
Best Digital Marketing Company
Ecommerce Web Solutions in Delhi
Wizkidz Academy is a preschool that provides playschool franchise opportunities for entrepreneurs to make their own mark in the world of franchising.
Visit here
Play School franchise business at Faridabad
Play School franchise business at Greater Noida
Play School franchise business at Gurgaon
Pre School franchise with minimum requirement
Play School Franchise
Foster Kids Play School
Masyaallah
Post a Comment