Showing posts with label MZ. Show all posts
Showing posts with label MZ. Show all posts

Friday, May 9, 2014

BERHALA PERKAUMAN



Mulianya Manusia

Sayyid Quttb dalam tafsir Fi Zilalil Quran nya menulis satu perenggan yang cukup indah menerangkan kemuliaan manusia;


“Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan aqidah kerana Allah.

Oleh itu aqidah seseorang Mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar”


Kemuliaan manusia diiktiraf Allah swt melalui dua perkara iaitu;

Pelantikan manusia sebagai kahlifah;


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “ Sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi”

 (Al Baqarah :30)


Dan penciptaan segala apa yang ada di bumi untuk kegunaan manusia;

“Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi”

(Al Baqarah :29)



Sekarang apa pula yang dimaksudkan dengan kenyataan ini;


“Atas aqidah  inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar”



Roh dan Jasad


Setiap insan komponen dirinya terdiri daripada roh dan jasad. Roh inilah yang merujuk kepada pegangan akidah dan keimanan manakala jasad pula merujuk kepada fisikal manusia, warna kulit, rupa paras, bangsa dan apa sahaja fisik yang boleh dilihat yang dinisbahkan kepada manusia.


Kedua komponen ini boleh mengikat manusia untuk bersatu. Contohnya, ada orang bersatu kerana percaya kepada perkara yang sama,seperti pegangan agama, akidah, ideology dan seumpamanya. Inilah ikatan roh. Ada pula sebahagian manusia terikat sesama yang lain kerana ikatan fizikal seperti hubungan nasab, kerana tinggal di tempat yang sama, pernah belajar bersama, menyokong pasukan bola sepak yang sama dan sebagainya. Inilah ikatan jasad.


Dan saya percaya ikatan roh yang paling kuat adalah keterikatan atas dasar akidah manakala ikatan jasad yang paling kuat pula atas dasar hubungan kekeluargaan.

Persoalannya, ikatan manakah yang diutamakan dan diangkat lebih tinggi daripada yang lain oleh al Quran ?


Dalam surah al Hujurat ayat persaudaraan yang dihafal banyak orang, Allah swt berfirman,

“Innamal mu’minunna ikhwah”

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara”


Daripada ayat ini al Quran mengajar kita tentang persaudaraan atau keterikatan yang sebenar iaitu berdasarkan aqidah dan keimanan mengatasi ikatan ikatan lain. Bahkan dalam konteks bahasa arab, apabila perkataan “innama” digunakan untuk penegasan, ia bukan sahaja bermaksud sesungguhnya, tetapi penegasan sesungguhnya serta menafikan faktor faktor lain.

Atau bahasa mudahnya, hanya orang beriman yang bersaudara.


Ini membuktikan bahawa ikatan roh sentiasa lebih tinggi daripada ikatan jasad, mengatasi hubungan darah daging, hubungan kebangsaan, geografi dan apatah lagi hubungan kerana minat artis yang sama atau menyokong partai partai politik yang sama.

Hal ini dikuatkan lagi dengan kisah Nabi Nuh dengan anaknya semasa Baginda memohon diselamatkan anaknya daripada bala banjir;


“Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku dan sesungguhnya janji Engkau itulah benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya”


(Hud:45)

Lalu apa jawapan daripada Allah swt ?


“Allah berfirman, “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatanya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepadaKu sesuatu yang kamu tidak mengetahui. Sesungguhnya  Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan”


(Hud:46)


Dari sini kita dapat lihat bagaimana Allah swt meletakkan ikatan akidah dan keimanan jauh lebih tinggi daripada ikatan jasad meskipun ikatan jasad itu ialah ikatan darah daging, nasab kekeluargaan.
Atas kefahaman ini juga lah kita belajar melaui seerah, dalam peperangan Badar Kubra, ada sahabat Ar Rasul saw sanggup berhadapan, berperang bahkan membunuh ahli keluarga sendiri kerana tidak mempunyai akidah yang sama. Kerana mereka tahu keimanan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.

Sebagai contoh;

Abu Ubaidah al Jarrah membunuh bapanya sendiri iaitu Abdullah al Jarrah. Umar al Khattab membunuh bapa saudaranya sendiri, Al Ash bin Hisyam bin al Mughirah dan Mus’ab bin Umair Al Badari sendiri meminta ikatan tangan terhadap saudaranya, Abu Aziz bin Umair yang menjadi tawanan perang diperketat. (Raheeq Makhtum)


Bukanlah fakta sejarah ini bertujuan untuk mengapi-apikan hubungan persaudaraan tetapi untuk menjelaskan betapa tingginya ikatan akidah, ikatan roh sehingga apabila ada konflik antara roh dan jasad, maka ikatan roh didahulukan.


Pra dan Pasca Islam

Islam datang, antara pembaharuan yang dibawa ialah membentuk fikrah ini. Ia meleburkan keterikatan jasad yang terlampau, yang menyebabkan perpecahan dan mengikat manusia dengan ikatan aqidah yang menyucikan.

Kita semua sedia maklum, masyarakat arab dahulu begitu taksub dengan semangat berpuak-puak atau term yang sering digunakan ialah semangat asobiyah sehingga mereka saling berbunuhan, bermasam muka, berperang meskipun disebabkan konflik yang remeh temeh.

Bukanlah salah untuk kita mengiktiraf ikatan jasad seperti ikatan kerana bangsa, negara, kaum, apatah lagi keluarga yang sangat dekat, tetapi semua ikatan ini tidak boleh mengatasi ikatan akidah dan sepatutnya ikatan ikatan jasad ini menambah perencah dalam mengharmonikan ikatan aqidah yang sepatutnya sedia utuh itu.


Tetapi hari ini kefahaman jahiliyyah seperti masyarakat arab sebelum kedatangan Islam kembali dihidupan bahkan datang dalam versi yang mengelirukan kerana bertopengkan agama. Kita tengok negara umat Islam berpecah belah kerana berbeza nama negara, walhal mereka berpegang kepada akqidah yang sama.


Umat Islam dibeza-beza oleh semangat perkauman yang kuat, dibezakan dengan wujudnya sempadan negara yang berbeza, warna kulit yang berbeza, pegangan politik yang berbeza, meskipun mempunyai ikatan aqidah yang sama. Bayangkan, bangsa Arab yang aqidah sama, warna kulit dan bahasa pertuturan yang sama turut berpecah belah kerana nama negara yang berbeza.


Inilah agenda musuh Islam sejak kejatuhan khalifah, memecah belahkan umat Islam dengan memperkenalkan idea nation state, dan membuat sempadan sempadan geografi yang tidak masuk akal tetapi mendarah daging dalam tubuh umat Islam.

Sehinggakan Malaysia dan Indonesia yang serumpun itu pun mahu bergaduh suatu masa dahulu, walhal menganut agama yang sama, warna kulit yang sama dan bahasa percakapan yang hampir sama. Dan semangat perkauman yang sempit ini, tidak membawa apa-apa manfaat kepada dakwah Islam melainkan menyebabkan larinya mereka yang belum memeluk Islam.


Manusia yang taksub dengan ikatan jasad, dan bersatu memperjuangkan ikatan jasad ini persis haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar.
Itulah yang hendak disampaikan oleh Sayyid Quttb, tentang pemahaman yang silap yang hendak disucikan oleh al Quran.


Saudaraku,

Rugilah kalau kita yang berstatus du’at masih tidak boleh memahami hakikat ini. Memalukan jika kita menindas saudara seakidah kita kerana meletakkan ikatan kaum, bangsa atau negara di hadapan.
Dan meskipun ada masyarakat di sekeliling kita belum Islam, belum lagi terikat dengan ikatan aqidah dengan kita, juga tidak wajar kita menindas, mengancam dan mewujudkan permusuhan dengan mereka.

Kerana nikmat Islam ini hak bersama,

Mereka juga berhak untuk merasai nikmat ukhuwah Islamiyah. Maka sepatutnya ayat persaudaraan yang kita baca tadi menjadi roh untuk kita menggandakan usaha dakwah kepada mereka, bukannya mengambil sikap pentingkan diri dan berpegang kepada sangkaan sangkaan yang tidak berasas. Oleh itu, santuni mereka dengan baik dan penuh hikmah agar tersingkap segala prasangka dan terlihatlah keindahan agama yang maha tinggi ini.

Akhir kata,

Siapa yang menceroboh sebenarnya ? Eh.
Nastaghfirullah

Wallahu’alam

Monday, January 20, 2014

MZ : INTERPHASE



Bagi sesiapa yang pernah belajar Biology mesti tahu la kan, antara proses yang penting dalam tubuh badan manusia ialah proses mitosis. Sebab ada process mitosis la kita boleh membesar, jadi gemuk, sel sel badan berkembang seterusnya di spesifikkan sel sel ini setelah menerima arahan daripada gene yang di’on’ kan lalu membentuk part of bodies. Berbelit tak ?


Dalam process tersebut, ada beberapa fasa dan step yang akan berlaku. Antaranya interphase, prophase, metaphase, anaphase dan telophase. Semua phases ini maklumat detail dia boleh google kalau nak tahu. Kalau tak nak tahu takpe.

Dengan rendah hatinya, hari ini saya nak cerita tentang interphase.

Interphase pulak terbahagi kepada beberapa subphase. Ye. Antaranya G1 phase, S phase, G2 phase dan sebagainya. Setelah kita tahu semua ini, kesimpulan kecil yang kita dapat buat, memang scientist dahulu semasa buat kajian ini tidak ada kerja hendak nak dibuat serta kebosanan dan kesunyian, lalu dikaji sehingga up to this detailed.


Dalam fasa interphase, perkara utama adalah membuat persiapan untuk duplicate sel yang bakal di’mitosis’kan. Tujuan mitosis adalah untuk duplicate sel, kan?

Dalam fasa persediaan ini, sel sedia ada, akan membesar dari segi saiznya. MRNA dan protein akan dihasilkan dengan mencukupi. Organelles sell akan dihasilkan. Antara organelles ini ialah mitochondria, dan sebagainya. Kiranya banyak benda la yang akan dihasilkan.

Semua benda yang dihasilkan ini adalah komponen yang penting untuk satu sell. Protein, dna, organelles, ini semua sangat penting supaya cells dapat serve it task. Kalau cell tu tidak penting, maka tidak relevant la process synthesis dan duplication ini.


Cell seperti yang kita tahu merupakan basic unit of life. Maknanya kalau tiada cell seolah olah tiada life la kan? Dari sudut saintifiknya begitulah, tapi of kos semua ini dengan izin dan kekuasaan Allah s.w.t.

Maka, tidak hairanlah process mendupliket cell sangat leceh, memerlukan banyak persediaan, kerana cell ada ‘benda’ yang perlu dilakukan. Ada tugas sendiri.


---------


Lama sebelum diciptakan manusia pertama yang kemudian dihantar ke bumi, Allah telah pun mempersiapkan bumi dengan pelbagai persiapan dan kelengkapan.

Bulan dan bintang, matahari, gunung ganang, dataran bumi yang terhampar luas, langit yang tidak bertiang, masa, cahaya, burung burung, tumbuh tumbuhan renek, semua nya diciptakan, menghiasi bumi bukan atas dasar main-main.


“(Dialah) Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu, dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia hasilkan dengan itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu..”
Al Baqarah :22


Sebelum manusia, dari sudut sainsnya kita tahu sudah ada ciptaan lain yang menghuni bumi ini. Antaranya dinasour dan rakan-rakan mereka. Walaupun manusia tidak pernah hidup sezaman dengan haiwan unik ini, pasti dinasour dan rakan rakan tidak diciptakan dengan sia-sia. Kerana sememangya tidak ada suatu pun yang Allah ciptakan secara sia-sia.

Bahkan, ada lojiknya dari sudut akal dan pengetahuan sains. Tanpa dinasour yang jarang dikenang jasa mereka, mungkin hari ini kita tiada bekalan minyak yang mencukupi untuk menampung keperluan manusia menghidupkan kenderaan beroda masing-masing. Kerana bangkai mereka setelah ribuan tahun, akan termendap ke dalam perut bumi menjadi fossil fuel.


Dan Kami tidak mencipatakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dengan main-main
Al Anbiya’ :16


Kesimpulan kecil yang kedua kita dapat buat, semua ciptaan ini dicipta dengan ukuran yang rapi, atas alasan yang telah ditetapkan, bukan main main.

Seterusnya, dengan mentadabburi ayat Quran kita akan dapat tahu bahawa semua ciptaan ini adalah untuk kita. Haiwan ternak, bulan dan matahari sekalipun untuk kita. Dinasour pun untuk kita. Rumput, system suria, air hujan, perigi, laut dan sungai, ikan ikan, pokok pokok, hutan belantara, pendek kata seluruh alam untuk kita.


Sebagaimana firman Allah s.w.t;



Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada dibumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
Al Baqarah :29


Inilah antara lain, point point penting, besar, benar, syumul lagi luas dan sempurna yang mana Al Quran cuba sampaikan kepada kita, yakni hakikat kewujudan alam al wujud, hakikat kewujudan alam secara kesseluruhannya. Yakni matlamat penciptaan alam ini ialah;


Untuk kegunaan manusia.


Lihatlah betapa agungnya manusia. Darjatnya tinggi. Sehingga seluruh alam diciptakan untuk menjadi khadam manusia. Seluruh alam tunduk pada arahan Allah untuk berkhidmat kepada manusia. Malangnya, manusia hari ini menghambakan diri untuk alam ini. Ye. Dunia sudah terbalik.


Dia telah meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan Dia menjadikan malamnya (gelap gulita), dan siangnya (terang benderang)
Dan setelah itu Bumi dihamparkan. Darinya Dia pancarkan air mata dan tumbuh tumbuhannya. Dan gunung gunung Dia pancangkan dengan teguh
(Semua itu) Untuk kesenanganmu dan haiwan ternakmu
An Naziat :28-33


Sekali lagi dibawakan ayat Quran yang menyokong fakta ini. Untuk kesenangan manusia keseluruhannya. Inilah perspektif dan tanggapan yang Quran cuba ajarkan kepada kita tentang kewujudan alam ini.


Baiklah, sebagaimana persiapan yang dilakukan semasa interphase untuk kemudahan cell yang akan didplicate,

Begitulah bumi dipersiapkan untuk manusia.

Sekarang, kita tahu bahawa cell merupakan basic unit of life yang sangat penting, sebab itu cell ini memerlukan kesemua persiapan yang dilakukan semasa interphase.

Nah, apakah cell itu lebih sukar tugasnya berbanding manusia yang disiapakn seluruh bumi untuk memudahkan tugasnya ?

Bahkan persiapan bumi untuk manusia ini lagi sukar daripada penciptaan manusia itu sendiri.


“Apakah penciptaan kamu yang lebih hebat ataukah langit yang telah dibangunkanNyA?”
An Naziat:27



Dengan kemudahan yang pelbagai ini, pasti manusia ada tugas yang sangat besar yang perlu dilaksanakan. Jauh lebih besar daripada terciptanya cell cell dalam hikayat hikayat para saintis.


Soalnya, apa kata al Quran tentang hakikat penciptaan manusia pula ?


Bersambung…..

Wednesday, January 15, 2014

MZ : KESEIMBANGAN YANG INDAH



Apabila saya menulis tentang islam, maka Islam yang saya maksudkan di sini ialah berserah diri. Sebagaimana saya belajar dari Ibrahim a.s.


(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), “Aslim! (Berserah dirilah), dia menjawab, Aslamtu lirabbil’alamin (Aku berserah diri kepada Tuhan sekelian alam)”

(Al Baqarah :131)

Islam.

Berserah diri. Berserah diri maknanya tunduk, surrender dan patuh. Seperti mana suspek yang ditangkap oleh Inspektor Haliza dalam rancangan Gerak Khas. Mungkin ia satu perbandingan yang tidak adil, cuma saya nak gambarkan kepada anda itulah berserah diri dari segi makanwinya.

Setelah kita berserah diri kepada Allah, patuh dan tunduk kepadanya, maka jadilah orang Islam itu sejahtera. Kerana Islam juga bermaksud sejahtera, sebagaimana perkataan ‘salam’. Kesejahteraan yang hanya dapat diperoleh apabila makhluk tunduk dan menjalani kehidupan dengan arahan Allah s.w.t.

Ok ini baru disclaimer.


 Courtesy of Afiq Sazlan

Seluruh alam ini adalah Islam selagi mana mereka tunduk dan berserah kepada Allah s.w.t. Tapi sebenarnya tidak perlu ditekankan point seluruh alam, kerana selain manusia, kita tahu makhluk lain tidak pernah menjalani kehidupan diluar arahan dan perintah Allah. Boleh jadi (pandangan saya) inilah yang dimaksudkan dengan banyak permulaan ayat Quran yang bermaksud,

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan di bumi”


Dalam muqaddimahnya, Sayyid Quttb merumuskan hubungan alam buana dengan manusia ini dengan sepotong ayat yang cukup indah;


“Aku telah hidup di bawah bayangan al Quran dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dan harakat alam buana yang diciptakan Allah”


Harakat manusia yang dikehendaki Allah.

Harakat adalah pergerakan. Yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah, pergerakan manusia, bagaimana manusia menjalani kehidupan mereka. Jika kita perhatikan betul betul, beliau menggunakan perkataan “dikehendaki” untuk menjelas harakat manusia. Ini bermakna manusia diberi pilihan, harakat mana mereka mahu guna dan ikut.

Cumanya, Allah berkehendak supaya manusia seluruhnya mengikut harakat harakat yang Allah sudah tetapkan dalam Al Quran. Pun begitu, pilihan masih di tangan manusia. Pilihan yang diberikan ini menjelaskan kepada kita konsep Islam Ikhtiari dalam hidup ini.

Sebagai contoh,

Allah berkehendak supaya seluruh manusia beriman kepadaNya. Tapi realitinya tidak semua manusia beriman kepada Allah, apatah lagi bertakwa. Allah berkehendak kita menutup aurat, pun begitu, jelas terpampang di depan mata, masih ramai yang mendedahkan aurat, walaupun sudah mengakui keimanan kepada Allah.


Harakat alam buana yang diciptakan Allah.

Adapun dalam menjelaskan harakat alam buana, Sayyid Quttb menggunakan perkataan “diciptakan”, merujuk kepada ketetapan atas penciptaan alam buana. Alam buana ini sudah dicipta sedemikian rupa harakat dan fitrahnya, tanpa diberi pilihan lain. Begitulah Islam mereka, sebagaimana mereka menjalani kehidupan. Ini pula kita namakan sebagai Islam Ijbari.

Alam buana ini juga termasuklah jasad tubuh manusia yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Contohnya jantung manusia, sudah ditetapkan untuk mengepam darah. Jantung tiada pilihan. Walaupun manusia itu merokok dan menyebabkan rasa tidak aman pada jantung, namun ia tetap dengan harakat asalnya.


Keseimbangan yang indah pula antara kedua harakat ini.

Sekiranya harakat alam buana lari dari asal penciptaanya dan harakat manusia lari daripada kehendak Allah, maka tidak seimbanglah alam ini.

Contoh,

Jika suatu hari nanti Matahari mengambil keputusan untuk terbit di timur kemudian terbenam di selatan, atau tidak mahu terbit, sebaliknya mahu ambil cuti rehat selama seminggu lamanya, maka porak perandalah alam ini.

Sekiranya pokok pokok kelapa yang kita tanam itu mengambil keputusan untuk bergerak dan meninggalakan tapak mereka, maka habislah manusia akan kegilaan melihat keanehan ini. Sekiranya ikan ikan memilih untuk hidup di atas darat, gugurlah rambut manusia memikirkannya.

Sebenarnya, kita tidak perlu risau kepada harakat alam buana, kerana ia akan tetap begitu, sebagaimana fitrah, kerana mereka bukan makhluk yang diberi pilihan.


Sebaliknya, yang perlu kita risaukan, keseimbangan yang indah ini hanya akan dapat dirosakkan oleh manusia kerana kita makhluk yang diberi pilihan. Hakikatnya hari ini, banyak manusia yang tidak mengikut harakat yang dikehendaki Allah s.w.t.

Ramai yang tidak berpuasa, ramai yang masih sukar menunaikan solat, membayar zakat, menutup aurat, menjaga alam sekitar, berehat di waktu malam, bersedeqah, menjaga anak yatim dan sebagainya. Kesemua ini mengakibatkan ketidakseimbangan kepada alam ini.


Kita mungkin tidak nampak kesan kesan dan natijahnya kerana kita hidup sendiri sendiri. Tapi inilah hakikatnya. Jenayah social yang berlaku, keruntuhan akhlak, pencemaran alam, kemelesetan ekonomi, penindasan ke atas yang lemah, porak perandanya insitusi kekeluargaan, ini semua ketidakseimbangan alam, natijah daripada harakat manusia yang menyimpang dari kehendak Allah.

Fuhh, penat type.

Sekiranya manusia kembali kepada harakat yang dikehendaki Allah, nescaya akan hadir lah 
keseimbangan yang kita semua cita-citakan itu. Di mana boleh kita dapati kehendak kehendak Allah ini ? Sudah tentu di dalam al Quran. Sayyid Quttb telah merenung dan mendapatinya dalam Quran. Kini tiba masanya untuk kita pula mempelajari kehendak kehendak itu.


Di sisi yang lain, kefahaman terhadap hubung kait antara manusia dan alam buana ini memberikan kita persepsi baharu terhadap alam buana. Rupanya, seluruh alam ini sebenarnya bersifat Islam, berserah diri kepada Allah. Kita akan merasa nyaman dan indahnya alam ini. Kita akan merasa bahawa alam ini sangat mesra dengan kita.

Dan di suatu peringkat, kita akan berasa malu, kerana alam ini lebih Islam daripada kita. Matahari yang tidak melanggar harakatnya, lebih Islam daripada kita. Gunung gunung, langit yang tidak bertiang, air sungai yang mengalir, burung, pokoknya yang diam, itu semua berada dalam harakat yang diciptakan Allah.

Harimau yang memakan manusia, itulah Islamnya. Maka kita tidak boleh marah kepada harimau, melainkan tiba tiba harimau makan besi. Heh. Bahkan kita akan dapati khinzir pun mengikut harakat ini.


Dengan kefahaman dan sudut pandang ini,
tidak hairanlah Sayyid Quttb kemudian menambah;


“Manakah kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayaan yang lebih besar daripada kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayan yang dicurahkan ke dalam hati kita oleh kefahaman yang syumul, sempurna, luas dan betul ini?”


Inilah antara lain mesej yang hendak disampaikan oleh al Quran. Sudut pandang yang berbeza tentang alam ini secara keseluruhnya dan melihat Islam dari sudut yang lebih luas, sempurna, syumul dan betul. Bukan melihat islam melalui serpihan serpihan kecil yang rata rata kita fahami hari ini.


Wallahu’alam

Bersambung...

Monday, January 13, 2014

MZ : TRAILER



Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa mereka diciptakan

Dia diciptakan dari air mani yang terpancar

Yang keluar dari antara tulang sulbi dan tulang dada

At Tariq :5-7




Perkara pertama yang kita dapat daripada ayat ayat di atas ialah fakta Sains. Ye. Nampaknya al Quran yang telah diturunkan lebih daripada seribu empat ratus tahun yang lampau telah pun menyajikan kita dengan fakta fakta sains yang hanya dapat dibongkar di era sekarang.

Betapa ke depan dan futuristic nya al Quran.

Ajaib ?

Namun begitu,

Apakah sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh Al Quran ?
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kemestian bahkan kewajipan untuk kita merenung dan mengamati isi kandungan Quran dari muka ke muka, kerana kitab inilah merupakan panduan untuk kita menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim hari ini.


Berbalik kepada pertanyaan saya tadi, boleh juga kita katakan bahawa al Quran hendak membicarakan tentang sains. Apakah benar? Kalau kita tengok pada ayat di atas, ada pointnya. Namun, sekiranya al Quran benar benar ingin mengajar kita tentang sains, maka orang yang paling ahli dalam bidang Sains should be Rasulullah s.a.w.

Sekiranya sains menjadi pokok bicara Quran, para sahabat merupakan pakar sains yang sepatutnya dimasukkan dalam buku teks sejarah Islam. Abu Bakar r.a mungkin patut digelar Professeor. Ali r.a. mungkin sudah memiliki makmal mengkaji kuman-kuman, tumbuh tumbuhan dan sel sel dalam badan. Aishah r.a mungkin sepatut diberi jolokan saintis wanita Islam terkemuka dan gelaran gelaran yang selayaknya.

Hakikatnya tidak.

Maka apakah pokok utama perbicaraan al Quran ?

Mungkin ada yang berkata al Quran mengajar kita tentang rukun rukun Islam. Dengan itu kita dapat melaksanakan rukun rukun tersebut dengan sempurna lalu menjadi umat Islam yang beragenda, memimpin masyarakat, hidup harmoni dan mati tersenyum.

Ok, sekarang cuba lihat sejenak,


Berapa banyak pula daripada ribuan ayat al Quran berbicara tentang rukun Islam yang lima ? Kita akan dapati tidak sampai separuh pun. Ayat tentang solat, puasa, kalimah shahadah, zakat, dan menunaikan haji, hanya beberapa sahaja.

Ini juga bermakna, Quran bukan sekadar hendak berbicara tentang rukun Islam. Maka, memenuhi lima tuntutan Islam bukanlah kemuncak kepada kesempurnaan Islam seseorang. Kerana ada ribuan ayat Quran yang berbicara luar kotak rukun Islam, yang kita faham.

So apakah yang selebihnya al Quran ingin sampaikan ?


Sebenarnya al Quran menawarkan segala benda. Besar dan kecil. Terpulanglah kepada kita, apa yang kita cari dari Quran. Sekiranya kita ingin tahu tentang sains, maka al Quran akan kemukan fakta sains yang mengagumkan.

Sekiranya seseorang itu mempelajari al Quran untuk mendalami ilmu keindahan bahasa al Quran, maka ilmu bahasalah yang dia akan dapati. Sekiranya seseorang ingin mendapatkan ilmu ilmu tentang perundangan, maka itulah yang al Quran akan bagi. Jika hukum fiqah yang dicari, itulah hasilnya. Jika kaedah menggauli isteri, proses menanam padi, cara menunaikan haji dan hal hal demikian yang kita cari, kita akan dapat sedemikian rupa.

Tapi al Quran pada waktu yang sama mahu mengajarkan kita beberapa perkara besar dalam hidup manusia.

Namun, perkara perkara besar ini hanya akan didapati oleh mereka yang ingin kepadanya. Perkara perkara besar ini dapat dicari, setelah kita semua merenung keseluruhan al Quran dan menggabungkan info-info lalu membentuk cantuman puzzle yang membongkarkan ‘perkara besar’ tersebut.

Malangnya manusia sudah tidak ada masa untuk itu semua. Lalu mereka membaca Quran untuk serpihan serpihan ilmu, yang kecil dan cetek, tanpa mengetahui hakikat perkara besar yang Quran sebenarnya tawarkan.

Para sahabat yang bukan saintis, bukan pakar perekonomian Islam, yang tidak mahir ilmu Fiqah sebagaimana ulmak hari ini, telah terlebih dahulu berminat dan mendapati perkara perkara besar ini. Maka layaklah mereka digelar generasi al Quran yang unik.


Apa sebenarnya saya nak tulis ?

Hehe,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana as Syahid Sayyid Quttb telah sudi merenungkan al Quran untuk kita semua, lalu menulis tafsir Fi Zilalil Quran untuk membongkarkan perkara perkara besar ini. Beliau telah sudi untuk berkongsi kenikmatan ini dalam karya agungnya. Semoga Allah merahmati ruh beliau di sana.

Dan kesemua perkara besar ini boleh kita dapati dalam muqaddimah tafsir beliau, yang in sha Allah saya akan kongsi sedikit demi sedikit di sini. Yela, meskipun As syahid telah menulis dan menafsirkan seluruh kitab untuk kita, kita sebenarnya sibuk dengan kerja dan belajar, terus tiada masa untuk membaca keseluruhan kitab yang sebanyak 17 jilid itu!

Maka,

Post ini merupakan trailer kepada perkongsian muqaddimah fi zilalil Quran yang akan ditulis dari semasa ke semasa dengan izin Allah.


Sekian

Inspector Saahab | 13 January 2014