Thursday, June 21, 2012

ALAT TUNGGANGI MATLAMAT

Baru-baru ni ada kawan saya bercerita pasal lagu Yuna, tajuknya Kosong. Sayu pun dengan reaksi pra-matang, apakah? Tiada tajuk lain kah. Patut la anak-anak muda jiwanya kosong, asyik duk sebut kosong kosong. Cuba tukar lagu jadi penuh, penuh, in sha Allah penuh la jiwa itu, kan lebih tarbawi gittew. Heh.

Tetibe je

Assalamu’alaikum


“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Ayat di atas, mugkin dah kali ke lapan juta sembilan puluh tiga anda dengar ayat ni. Diulang-ulang. Lantak pi la, saya nak tulis juga hari ini. Dalam ayat itu, Allah berfirman secara ayat mudahnya, Dia ciptakan manusia dengan jin tiada sebab lain, tiada Dia cipta manusia untuk makan, cipta manusia untuk tido, untuk berhibur situ sini, untuk lenggan kangkung lenggan bayang, bukan untuk sibuk kerja lupa dunia, belajar lupa agama, tengok bola lupa anak bini.

Tapi diciptakan manusia supaya beribadah kepadaNya, menghambakan diri dan jadi abid kepada Dia setiap detik saat dan waktu.

TAPI TAPI TAPI

Dalam nak beribadah, ada benda yang perlu kita capai supaya ibadah diterima. Contoh, nak solat, kena tutup aurat, nak ada baju, nak beli baju kena ada duit. Nak solat di masjid, nak pergi masjid ada kenderaan, tubuh badan nak kena sihat, baru sempurna rukun rukun pergerakan, tak gitu?

Nak bayar zakat, pergi haji pun nak kena ada duit. Nak kena butat persiapan sebelum meninggalkan kampong halaman. Inilah benda-benda yang kita perlu ada dalam mencari kesempurnaan ibadah.

Perlu bekerja?

Perlu belajar?

Perlu ada duit?

Perlu makan?

Perlu rehat?

Perlu riadah?

PERLU PERLU PERLU


Kalau orang nak pergi berperang, tujuan dia nak lawan musuh la kan, tak kan saja-saja pergi perang nak test power kot, so menang atau syahid. Tapi, ada ke orang pergi berperang sehelai sepinggan dan sebutir periuk belanga? Heh. Tak la kan. Mesti ada pedang, perisai sebagai senjata. Kuda perang untuk ditunggangi sebagai kenderaan. Tapi still objektif perang, kalahkan musuh. Itu matlamat. Ni la yang kita kena paham. Nak capai objektif kita kena ada alat.

Duit, pakaian, makan, tidur rehat, riadah, kerja, belajar itu alat. Saya ulang itu alat. Beribadah kepada Allah itu matlamat! Apabila kita belajar, bekerja, tidur, makan, main sebab nak capai matlamat tadi, maka di situ dikira ibadah. Ni kita panggil ibadah umum. Paham kah?

TAPI TAPI TAPI

Apa yang berlaku hari ini. Manusia-manusia dah confused. Matlamat sudah dibuang ke laut. Alat pula dijadikan matlamat. Tak percaya? Saya bikin anda panas?

Contoh, orang kerja sebab nak cari duit nak infak, nak buat ibadah tapi hari ini mereka kerja gila mati sampai tension gaduh laki bini sebab nak kumpul harta, berlagak sana-sini. Orang beli kereta sebab nak pergi masjid, pergi ziarah, tapi hari ini mereka kumpul kereta buat pameran, supaya megah bicara, tinggi kepala. Alahai.

Contoh lagi, orang beli baju nak tutup aurat, supaya sempurna ibadah. Tapi hari ini rata-rata beli baju, tapi disengajakan yang buka aurat, dedah situ dedah sini buat pameran tengah jalan. Ni pakai ayat mana? Mazhab mana? Ke belajar kelas fardhu ain selalu ponteng? Heh.

Contoh, orang belajar supaya dapat kerja, dapat cari rezeki sara anak dan bini-bini serta mak ayah, belajar supaya dapat jadi hujah untuk agama, tapi hari ini ada yang keliru. Belajar tinggi-tinggi lupa daratan. Belajar sampai pukul tiga empat pagi lepas tuh subuh gajah putih. Subuh jemaah itu sah sah fail. Kemudian ditanya, buat apa belajar?

“Belajar kan ibdah. Kerana Allah”

Ni memang nak kena pelempang.


Lagi contoh, orang beriadah sebab nak jaga kesihatan supaya selalu fit. Dapat jalan gi masjid sembahyang jemaah. Tapi hari ni beruskan sampai maghrib pastu lupa nak tutup aurat time sukan. So macam mana nak jadikan sukan kita ibadah? Paham? Orang tidur pun sebab nak rehat, makan sebab nak jaga kesihatan, nak buat amal. Tapi hari ni ramai orang mati kekenyangan dan tidur lama sangat sampai tak bangun-bangun. Itukah ibdah?

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Matlamat dan alat dah bersimpang siur. Oh kawan-kawan. Oh diri. Habistu, tally kah kehiduan kita seharian ni dengan seruan Allah tadi ? Anda ada jawapan untuk diri masing-masing. Kalau kita gagal beribadah kepada Allah dua puluh empat jam sehari, maka bukankah kita telah lari dari tujuan hidup?

Ayuh tajdid niat.

Gunakan alat sebaik mungkin.

Jangan keliru !

10 comments:

Anonymous said...

wah3.. menarik3

Jzkk akhi I.S

akhi nawawi said...

kosong tu bukan tajuk lagu najwa latiff ke?
eh, macam mana ana tetibe boleh 'ter'tahu plak? astaghfirullah...

Inspector Saahab said...

Ana Pengembara :
hehe. tenkius


akhi nawawi :

oh yeke?
memang dah clash dngn sume tu hehe

salah info

haha kantoi akhi. jeng jeng jeng :P

Akhi. said...

Lagi contoh, orang beriadah sebab nak jaga kesihatan supaya selalu fit. Dapat jalan gi masjid sembahyang jemaah. Tapi hari ni BERUSKAN sampai maghrib pastu lupa nak tutup aurat time sukan. So macam mana nak jadikan sukan kita ibadah? Paham?

Pendekatan yang menarik lagi menghiburkan, haha

Ciklong said...

love this post!! TERBAEEK!!

alhamdulillah tcer dpt anak didik yg boleh didik orang lain, sebarkan dakwah. dan bg pengajaran dan kesedaran pada orang lain,,termasuklah tcer ni. hihi.

alat itu penting untuk capai matlamat. i will remember this for the rest of my life.

bikin panas? taklah...sebab tcer kesejukan di bawah air-cond..haha!

teruskan berdakwah dan bagi kesedaran pada org lain so that Allah memberkati hidup kita. Amin!

Inspector Saahab said...

iNCHE tARZAN :

INI sangat sarkatisme. heh
typo itu seni. dan typo ku terlampau menyeni. HAHA


Teacher :
T_____T

deeply moved
like seriously
thanks ya Murabbi

PEMBURUMASA said...

salam akh!
anda memang berseni betul ye dengan typo semua ni.

tp bnda tu xpntg. yang penting isinya. ye dak?

semoga kita thabat dalam jalan ni kawan :)

aman.

Anonymous said...

Mmg berseni dlm typo. Kne bhenti sebentar pd pkataan tu tuk memahami. Alhamdulillah...

Inspector Saahab said...

terima ksaih kalian kerana menghargai seni yang ada pada typo. ahha ;)

lunia_luvgud said...

bagos incik inspector ni :)
name artis pon silap. tabik spring!!
najwa latiff jadik yuna.
bukan sarcasm, mmg btol2 respect ^^