Saturday, June 30, 2012

SERIBU KALI PUN BOLEH

Rafi memberanikan dirinya.

Waswas. Nak ketuk ke tak. Nak ketuk ke tak.

“Alang-alang dah datang ni, aku ketuk jela” Getus hatinya.

Diketuk nya pintu bilik Aiman

“Assalamu’alaikum” Usai memberi salam dan mengetuk pintu tersebut, Rafi melarikan diri.

“Wa’alaikumusalam..eh tiada siapa. Aneh.”

Aiman membuka pintu. Kosong.

Rafi masih ragu-ragu untuk berterus terang. Masih lagi tidak bersedia untuk memberi kata putus kepada ajakan sahabatnya itu. Seakan ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk meluahkan segalanya.

Sekali lagi. Kali ini dia memberanikan diri.


“Assalamu’alaikum”

“Eh Rafi, wa’alaikumuslam, ada apa kau datang sini?”

“Hmm, kau tengah buat apa Man?”

“Aku..aku tak buat apa-apa pun” Ok tipu la kan ni

“Hmm aku ada hajat la Man…aku”

“Oh sila la, kalau besar 50 sen, kalau kecil 30 sen”

Rafi yang buntu dan keliru tadi tersenyum. Aiman ni agak senget.

“Eh, bukanlah…hajat lain”

“Eh jom masuk dulu, kita sambung kat dalam” Eh baru nak ajak masuk?

“Man, aku… aku sebenarnya perlukan bantuan kau Man”

“Eh ada apa ni Rafi, seriau je bunyi nya, kau ok ke?”

“Eh aku ok. Cuma, aku ada hal sikit”

“Apa dia Rafi, ce citer”

“Man, aku nak berubah Man”

“Wahhh baguslah! Kau nak berubah jadi apa ?”

“Eh maksud aku, aku nak jadi lebih baik Man”

“Oh macam tu..aku sokong.” Tak kan tak sokong kot

“Cuma Man, aku perlukan bantuan..”

“Maksud kau” Ah kau Aiman, tak paham-paham lagi

“Aku perlukan sahabat-sahabat yang sentiasa ingatkan aku pada Allah. Sahabat macam kau..pun ok”

“Whoaa, Rafi..aku ..aku..aku terharu ni”

SKIP SKIP SKIP

“Man…”

“ye”

“Aku nak ikut kau berbulatan gembira, boleh?”

“Rafiiiiii, seribu kali kau bertanya, seribu kali aku bolehkan”



---------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita berusaha sendiri nak berubah jadi lebih baik, ingin mengejar cinta Allah, yakinlah Allah akan bukakan pintu hati kita. Puan Hidayah dan Abang Taufiq akan datang.

Ramai orang diluar sana yang sebenarnya dahagakan tarbiyah, perlukan bimbingan dan suasana yang membina. Namun rata-rata di kalangan mereka masih ragu-ragu. Mungkin kerana sikap penggerak juga yang sering terlepas pandang akan kehadiran mereka.

Ini merupakan satu peringatan dan tamparan yang nak kata hebat tak lah hebat sangat tapi perlu diambil serius oleh para da’ie supaya tidak mengabaikan orang sekeliling kita dalam kita melaksanakan tugas shahadatul haq. Supaya kita tidak syok sendiri. Syurga itu luas seluas langit dan bumi, bosan lah kalau kita sahaja. Ayuh! Bina perkampungan sekarang!

Anda, ye anda. Bila lagi ? :D

14 comments:

Inspector Saahab said...

banyak nya "eh"
-_-

akhi nawawi said...

saya nak join skali boleh? haha

Muhammad PeacemakerIslam said...

T-T

Mat Salah said...

saya pun nak join :')

Inspector Saahab said...

akhi nawawi : anda lebih layak cakap pasal ni. respek :)


Peacemaker : cetusan 'itu'
T___T smoga plan jadik


Mat Salah :
sayu laaaa sapikkk

serius JOM.. :')
lemah nya diri, couldnt help much

Anonymous said...

kawan memberi pngaruh besar dalam khidupan kita.kann

Unknown said...

Betul tu. Kita sibuk berusrah dan tarbiyah bagai nak rak.
Tapi kita lupa, banyak jiwa-jiwa yang menanti kita untuk ajak mereka.
Ajak mereka untuk berubah.

Mereka hanya meneropong dari jauh.

0_0

hawariyyun said...

bak kata pakcik hasan (HAB):

tegakkan islam dalam dirimu, insyaAllah islam akan tertegak dibumimu.

mabrook rafi!

Inspector Saahab said...

Najah : betol- betol. hati hati la pilih kawan :) dan setiap persahabatn itu akan disoal, atas dasar apa o.0. gulp

Ikram:

suka ini;
Mereka hanya meneropong dari jauh.
benar sekali. so, sila cakna masyarakat :)

hawariyyun :
indeed very true
haha rafi. ini kisah benar kot. but via messages :)

Pemimpi Tegar said...

Nak jadi mutarabbi anda boleh? Ahah.

Unknown said...

Pemimpi Tegar. Like komen anda.
Huhu. Bukan senang orang nak jadikan kita murabbinya

ibnu hussain al biosis said...

nk join gk eh sahaab! =)

Inspector Saahab said...

tiga komen terakhir tidak dilayan

-____-

Anonymous said...

Na brubah tu payah kan? Ble na jd baik msti byk dugaan mndtg. Kdg rse xkuat