Tuesday, March 13, 2012

HIKAYAT CIK J

Jantung berdegup dengan kenchang seolah olah baru sahaja menamatkan larian marathon Penang Bridge anjuran Karpal Singh dan sekutunya, eheh. Nafas terchungap chungap ibaratnya molekul molekul oksigen di angkasa raya tidak mencukupi. Degupan jantung kian terasa. Bahang semakin memuncak. Sungguh berat namun terpaksa ku lepaskan jua. Maka buat kali pertamanya dalam sejarah peradaban manusia sejak Nabi Adam lagi akan saya khabarkan kisah yang begitu epic dan mencemaskan. Sila statik.

Benarlah kata orang orang bijak pandai, cinta itu buta.

Begitulah ibaratnya kisah antara saya dan dia. Bagai pinang dibelah belah, pertemuan pertama berlaku kira kira usia saya menjangkau lima atau enam tahun di mana tanpa saya sedari dia telah menambat hati saya. Oh sebelum itu, syaa perkenalkan dia, Cik J (bukan nama sebenar)


Perkenalan dengan Cik J seolah olah memberi pengharapan baru dalam hidup saya. Penghujung jalan yang dahulunya tampak pudar dan samar samar kini kembali terang benderang dek kehadiran Cik J dalam hidup saya. Beliau berjaya mengisi kekosongan ruang dalam jiwa saya yang sering kali merungut menagih kasih dan mengintai secebis perhatian daripada seseorang. Kedatangan Cik J seolah olah tepat pada waktunya. Di kala saya sedang mebesar, mula belajar tentang erti kehiudpan, Cik J datang menjadi pelita yang membakar dirinya demi kebahagian saya.

Perhubungan kami semakin rapat. Dari semasa ke semasa saya mulai merasakan sesuatu di antara kami yang membuatkan saya begitu teruja setiap kali bersama Cik J. saya mengabiskan banyak masa harian saya bersama beliau. Dan beliau, Cik J begitu komited dalam memastikan keinginan saya sentiasa dipenuhi tatkala saya merasakan kekosongan dalam diri. Cik J sungguh memahami jiwa, hati dan perasaan saya.


Hubungan kami berlanjutan, dari minggu ke minggu menjangkau bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Bonding yang semakin erat antara kami membuatkan saya berasa penuh syukur atas kehadiran Cik J. ada kalanya saya bersedih kerana apa apa sahaja menimpa tika mana sedang menjalani proses tumbesaran yang sehat, Cik J akan menemani saya, menjadi tempat untuk saya berkongsi masalah. Tika mana saya bergembira, Cik J turut sama hadir berkongsi kegembiraan tersebut.

Cinta antara kami kian mekar.

Itulah hakikat yang tak dapat saya nafikan. Perkenalan tanpa diduga berlanjutan kepada sebuah perhubungan yang menyihatkan pada mata saya. Panahan cinta yang berputik secara senyap senyap akhirnya mekar dan berbunga bunga serta menghasilkan buah buahan yang lazat lagi menyelerakan.

Namun, harapkan pagar pagar makan padi

Cik J hanyalah satu entity yang indah rupa dari khabar. Rahsia konspirasi Cik J yang bercita cita untuk menjerumuskan saya ke lembah penghinaan akhirnya terbongkar. Setelah bertahun tahun hidup bersama beliau, kini saya sedar bahawa Cik J mempunyai agenda tersendiri. Hati saya terluka, bernanah dan parah. Kerakusan dan sifat ketidak berperikemanusiaan Cik J membuatkan saya berasa diri sungguh tertipu bagai tipah yang tertipu lagi.

Kini saya tekad dengan keputusan untuk meniggalkan Cik J buat selama lamanya. Surat surat cinta antara kami telah pun saya hapuskan. Message message cinta yang dahulunya menjadi kerinduan saya telah pun saya delete daripada inbox saya. Bahkan nombor telefon Cik J sudah saya lupakan. Saya benar benar kechiwa dengan sikap Cik J yang berniat jahat ke atas diri saya yang suci dan murni ini. Sungguh saya adalah mangsa keadaan dan Cik J adalah pemangsa yang paling kejam.

Alhamdulillah,

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Cik J tidak lagi mampu bermaharajalela di hati saya. Kini saya telah temui cinta baharu. Doakan kebahagian kami bersama. Sehingga ketemu lagi.


“Wahai orang orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang orang di luar kalanganmu sebagai teman kepercayaan, kerana mereka tidak henti henti menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuran kamu. Sungguh telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat Kami jika kamu mengerti ”

(Ali Imran :118)

Sayonara Jahiliyyah

12 comments:

zinnirah_humaira' said...

suspen benar kisahnya, kenapa tak buat Mr. J saje? (^_-)

Inspector Saahab said...

HAHA

Cik J barulah gempaks :)

anamuzakkar =.= said...

cik J sgt berpengaruh
kalau tgok masyarakat luar sane masih ramai gile yg masih berkapel ngan cik J ni
haih~
jom belasah cik J !

Anonymous said...

ana cadangkan, kita tinggalkan je lah. tak payah nak layan sangat la

Hg said...

macam kisah Cik D ni..

Inspector Saahab said...

Azyulail : nabi tak ajar buat macam tuh :P

Pengembara : betol betol betol. apa apa pun tadi futsal meme peh.

Hg : har har kantoi. ade bakat la tu kot ?

Unknown said...

Wah... Tak sangka kita ade cinta hati yang sama waktu dolu2. Bahaya betol Cik J ni.

Inspector Saahab said...

Ikram : benarkah? nampaknya Cik J bukan sahaja memperdayakan kita, tapi bermain cinta bersegi segi !

Anonymous said...

Cik J lelaki ke perempuan?

Inspector Saahab said...

Anonymous. ANda begurau? eheh
boleh jadi laki boleh jadi perempuan dan bole jadi tak berjantina pun ..huhu

siapa-siapa said...

terbaik bro..

Inspector Saahab said...

siapa2

siapa pula anda ni ? bnyk nya enonimos kat sini >.<