Saturday, March 24, 2012

BONEKA DUNIA

Hari minggu menjelma lagi. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Inilah masa nya untuk saya berhibur huha huha sana sini melepaskan ketensionan yang bekumpul di dada dan dalam jiwa sejak tujuh hari yang lalu dek tugasan, hal dan urusan yang tiada titik noktahnya. Sering diungkapkan, hidup hanya sekali, jum kita enjoy. Mengapa mesti kita begitu? Ayam bertelur sekampung riuh, mengapa kita begitu? Falsafah diam-diam ubi berisi mengapa tidak kita turuti?

Wah dah macam Pak Sako

Seperti sedia kalanya, Jumaat berlalu sebagaimana Jumaat yang lain. Baik-baik sahaja azan Zohor berkumandang di corong-corong menara masjid di segenap pelosok dunia, lelaki lelaki berpusu pusu dan berkejaran ke masjid. Ada la yang mula terhegeh-hegeh menekan-nekan butang pada aplikasi GPS untuk mencari tanda arah. Al maklumlah, seminggu sekali ke masjid, boleh jadi jalan masih belum mahir dan fasih. Eheh. Agak tajam di situ sarkatisme nya.


Tanggal, 23 march 2011

Bait bait kata terungkap dibibir. Kerisauan dan kebimbangan di hati membuak-buak tidak dapat disembunyikan lagi. Sangkar yang mengunci nafsu diri mula bergoyang-goyang seolah olah mula memberontak. Apa kau merepek ni mat rempit?

Tergamam di kala membaca satu potong ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa Allah begitu otai dalam mempersoal hamba-hambanya yang meraskan mereka cukup baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di muka bumi ini,

Adakah kamu menyangka kamu akan masuk ke dalam syurga padahal kamu belum mengalami ujian dan cubaan seperti yang pernah menimpa orang yang terdahulu sebelum kamu
(Al-Baqarah :214)

Belum lagi diuji sudah mengeluh. Belum lagi teruji sudah mengalah. Betapa lemahnya iman jika hendak diukur dari segenap aspek nya. Orang terdahulu, sangat hebak, berjuang sehingga ke titisan darah dan peluh terakhir demi melaksanakan shahadatul haq mereka, demi mengembangkan risalah Islam ke seluruh pelosok dunia. Mereka bergolok bergadai, harta, nyawa dansegala mak neka dioerjudikan atas tujuan mencari redha Allah s.w.t Namun jika dibandingkan dengan usaha kita, masih lagi diperingkat mencuba memeluk Islam dalam individu secara total.

Dan hakikat yang harus ditelan walau rasanya tidak selazat Jus Tok Guru, ramai dalam kalangan kita tumpas di persimpangan jalan. Tumpas dan tertewas dek renggekan nafsu dan kerjasama syaitan-syaitan dan konco-konco mereka yang begitu komited dalam menjalankan tugas menegakkan kebatilan sehingga mata kita buta. Garisan pemisah antara yang haq dan yang batil kian menipis seakan-akan tiada bezanya. Kabur.

Ujian sekelumit Cuma, berhadapan dengan diri sendiri namun gagal.

Maka, layak kah kita, mampukah kita untuk mengetuk pintu syurga Allah s.w.t ?

Agak-agaknya apakah ibadah yang kita hendak persembahkan di hadapan Allah kelak untuk melayakkan kita mencium bau syurga itu? Soal diri anda, ibadah yang manakah? Mampukah ibdah tersebut menghadpi cabaran yang begitu mencabar ini? Muka tunduk. Mengeluh seketika. Usah mengeluh.

Wang dikejar, pangkat diimpikan, kekayaan diidamkan, kesenangan dan kemewahan menajdi tujuan. Risalah disisihkan, kebenaran dipandang sebelah mata maka hancur dan punah la jiwa jiwa yang sudah jauh terpesong dari jalan yang benar. Mana tidaknya, ketakwaan sudah tidak lagi ada dalam kamus hidup individu muslim. Saya berani berkata sedemikian rupa kerana saya melihatkan akan keadaan ummat yang porak peranda, berlumba lumba menzalimi diri sendiri tanpa mereka sedari. Tanpa kita sedari kerana boleh jadi dalam senyap, dalam gelap kita turut sama terikut-ikut dnegan trend alaf ke dua puluh satu ini.


Aduh.

Dan apakah kita mengira kita akan masuk syurga?

Ini semua adalah ujian wahai teman dan taulan

Pabila bercakap soal agama, generasi kini rata-rata nya begitu hebak berbicara. Begitu fasih memuntahkan hujah tatkala disoal dan ditanya, pabila berdebat pastinya menang besar. Ilmu tinggi bertingkat tingkat, namun amal tiada. Di sana kelihatan permasalahan yang sangat ketara dan semakin membarah ke dalam ruh ruh muda ini. Belajar ilmu untuk sekadar tahu tanpa keinginan untuk mengamalkannya.

Maka tidak harus dihairankan jika kerutuhan akhlak anak-anak muda sudah menjadi lumrah di segenap tempat.

Dan kehidupan di dunia hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupannya yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui

(Ar-Rum :64)

Jelas bukan. Allah telah memebritahu kita bahawa dunia ini sekdar sebuah permainan dan bersifat sementara. Dan kita telah dipermainkan oleh keindahan dunia ekoran tidak mengambil pengaran atau ibrah daripada ayat-ayat ini. Dan orang-orang kafir yakni musuh-musuh Islam merupakan ornag orng kuat yang cuba mempermainkan kita dengan tiou daya yang sungguh halus dan pilus.

Adakah kita akan membiarkan diri kita terus dipermainkan? Sehingga maruah agama dibiar dinodai?

Saya tiada jawapan untuk anda.

2 comments:

fadhilahhusna said...

tq 4 sharing..:)

Inspector Saahab said...

waiyaki :)