Saturday, March 3, 2012

DIGANTUNG TIDAK BERTALI

Tatkala sedang khusyuk bersandar di hujung katil mengenang nasib diri sambil memegang buku-buku sihir era moden, tiba tiba kedengaran suara bingit insan insan bersorakan dan berteriakan bagai bulan jatuh ke riba. Langkah disusun dengan cermat menuju ke tingkap. Kelihatan manusia berkumpul bagai suasana di dataran Tahrir. Rupa rupanya mereka begitu asyik memerhati sepasukan penghapus serangga perosak sedang bertungkus lumus, bermandi peluh dari hujun kening sehingga ke telinag kiri melaksanakan operasi mengkabus atau fogging nyamuk nyamuk yang memusuhi penduduk di metropolitan Cendana.

Saya terperangkap lagi. Tahniah dan syabas.

Sejarah lagi. Hari ini dalam sejarah. Disebalik cerita nyamuk nyamuk mabuk yang terhidu gas beracun skuad elit pengkabus, disebalik teriakan dan sorakan insan insan ynag begitu teruja melihat kepulan kepulan asap menerawang ke seluruh bahagian badan apartment mewah kami, disebalik itu semua ada cerita yang lebih penitng. Ada kisah yang ingin dikongsi. Kisah yang sangat signifikan dengan perjuangan kita.


Bagi anda yang allergic akan sejarah, sila sediakan beg plastic jika anda bercita cita meneruskan bacaan kali ini kerana dikhuatiri akan muntah purple. Amaran keras buat pakcik pakcik dan makcik makcik yang mengalami masalah jantung tidak bertenaga atau lemah kerana isu yang bakal kita kupas akan memeranjatkan kalian ke tahap dewa.

Tahukah anda otak burung unta lebih kecil dek matanya. Terujakah?

Baiklah.

HARI INI DALAM KENANGAN

MEMPERINGATI 88 TAHUN SEJARAH HITAM

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924. Brengset lu!

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland. Bayangkan, sang pemerintah di halau ke Switzerland bukan untuk melancong ye.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki, pemakaian hijab diharamkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Anda pasti ingin meneruskan bacaan ini?


Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah. Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah. Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ? ibarat digantung tidak bertali. Terkapai di daratan. Lemas bukan di lautan.

Capitalism? Communism? Liberalism? Secularism? Democracy?

Minda ummat Islam terus menerus diracuni. Punah. Porak peranda.


Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion). Kini tiada lagi pimpinan seorang Khalifah utk memimpin dunia Islam menjadi satu kuasa kerana dunia Islam telah berpecah belah menjadi berbagai-bagai negara.

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? Adakah kita akan terus berputih mata?

Ini tugas kita kawan dan taulan. Bukankah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini? Bukankah ini tugas kita? Khilafah Islam diasaskan oleh Rasulullah s.a.w yang pada mulanya bertapak di Yhatrib yakni Madinah pada tahun 623 Masihi kekal selama 1300 tahun sebelum system ini tumbang seterusnya. Adakah kita memerlukan 1300 lagi untuk melihat khilafah kembali tertegak? Maka kita harus menunggu jahilliyah mmbelenggu msyarakat selama 1300 tahun lagi ? Tidak jika antum semua sedar, bangun dan capai senjata. Ayuh bina individu muslim. Mulakan dengan diri kita.

Islam akan kembali tertegak dengan tiga perkara

Iman Ukhuwah dan Ketenteraan

-As Syahid Imam Hassan Al Banna


3 comments:

Hg said...

Syukran kathir li ma3lumat. MasyaAllah. Keep on doing what you're doing for Islam :)

M Fizan said...

sangat ilmiah.. tahniah.. pinjam ya.. nak share.. salam ukhuwah .. atas nama satu perjuangan..

Inspector Saahab said...

Hg : waiyaki :) mohon di dio terus statik atas jalan ini. Insyaallah

M Fizan : terima kasih atas pujian melambung. namun bukan menulis kerna pujian atau nama. aiwahh. eh sila sila sebarkan, buat peringatan bersama :)