Monday, March 26, 2012

HIJRAH

Terjaga dari tidur malam, secara tiba-tiba. Masih gelap gempita. Pergelangan di seluruh anggota badan dipusing-pusing untuk membetulkan kedudkan anotomi tulang setelah tidur yang posisinya bervariasi, dari gaya bebas, gaya kupu-kupu hingga ke gaya kuak lentang. Pasti jeles sehingga mengalir air mata putih pabila Daniel Bego membaca ayat ini. Eheh. Enaknya tidur. Perlahan-lahan katil yang empuk lagi penuh godaan syaitan syaitan yang direjam ditinggalkan. Langkah diatur penuh cemerlang, penuh dengan gaya, mutu dan keunggulan, eheh.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

(Al-Baqarah :218)

Saya yakin dan pasti anda dihadapan saya rata-ratanya sudah lama berkechimpung dalam kancah dakwah dan tarbiyah ini. Mungkin sudah lama anda menghendap dan membaca blog-blog yang cuba mengajak kejalan ini. Dan barangkali sudah beribu malah berjuta-juta daurah dan segala aneka aktiviti pentarbiyahan sudah anda jalani dan lakukan. Sudah bervariasi makanan dan minuman anda telah nikmati bersama rakan-rakan seangkatan anda dalam hari-hari menempuh liku-liku, dugaan ujian cabaran serta onak dalam kehidupan di kala berhadapan cobaan-cobaan dalam mengejar tujuan hidup yakni melaksanakan rukun Negara, eheh, yakni beribadah dan menjadi khalifah.

Agaknya apakah perasaan anda setelah sekian lama bergiat aktif dalam hal ini?

Apakah yang telah berlaku dalam kehidupan anda? Masih buntu dan memikirkan jawpan terbaik untuk dilontarkan? Atau anda tiada perasaan ? Wahaha. Gelak kejam di situ.



Ayuh bayangkan, agaknya jika cinta bersama dakwah dan tarbiyah ini tidak berputik dan langsung tidak terlintas dalam hidup kita, siapakah kita pada hari ini? Apakah yang sedang kita buat saat ini instead of membaca picisan berselera rendah ini? Boleh jadi kita sedang menyaksikan konsert amal anjuran Girls Generation demi misi kemanusiaan. Eh, tak habis-habis dengan Girl Generation nya. Dan boleh jadi tanpa dakwah dan tarbiyah, saat ini kita sedang bergayut sambil mengayat mereka-mereka yang haram bagi kita untuk bergaul mesra, cubit mencubit sebelum akad yang sah. Eh, macam terer mengayat je. Eheh.

Boleh jadi hitu, boleh jadi hini.

Muhasabbah diri kita.

Berubah atau tidak. Jika tidak, maka ada seuatu yang tidak kena pada diri kita. Jika tidak, maka sia-sialah penglibatan kita dalam perniagaan yang menguntungkan di dunia dan di akhirat ini. Jika tidak maka kita telah mengorbankan masa kita, menghadiri bermacam-macam bentuk riang bersama para naqib. Alangkah ruginya jika kita masih di posisi yang sama. Sepatutnya kita sudah upgrade sesuatu walau seciput. Dan inilah masanya untuk menzahirkan keseciputan perubahan yang kita alami hasil pengaruh tarbiyah selama ini.

Hijrah.

Sebelum meneruskan bacaan bertaranum anda itu, ayuh kita tonton bingkisan ini. Dipersilaakn mengajak anak jiran sebelah, kawan baik nenek anda yang tinggal bersama anda, cikgu-cikgu tuisyen, makcik yang jual keropk lekor di Jalan Tun Abdullah dan sesiapa sahaja yang anda kenali. The more the merrier.




Inilah masanya. Zahirkan ia.

Inilah satu daripada cara untuk kita mengukur di manakah kedudukan kita setelah sekian lama bergiat aktif dalam proses pembinaan modal insan Islam ini. Inilah masanya untuk kita bongkarkan kepada mata mata awam bahawa kita juga berpotensi untuk mnggoncang dunia pada suatu hari nanti. Sudah tiba masnya untuk kita tonjolkan kejelitaan kita. Sesunggunya kejelitaan itu adalah hak milik setiap insan. Eheh. Ayuh sama-sama kita lakukan perubahan, sekarang. Apa tunggu lagi?

Mengapa?

Anda masih muda? Anda mahu tunggu saat anda sudah kerepot dan nyayuk kemudian anda akan berbalik ke jalan yang benar. Yakinkah anda dengan durasi masa kita? Ye hari ini kita bangun dengan penuh bertenaga, masih diberi nikmat yang tidak terhitung itu, siapa tahu malam ini kita akan tidur buat selama-lamanya?

Ayuh rakan dan taulan, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

Katakan YA kepada hijrah :)

No comments: