Wednesday, March 21, 2012

TIANG DAN HARAPAN

Lunak. Merdu. Menenangkan.

Kedengaran beberapa genre lagu dimainkan di corong-corong radio di tengah-tengah kota raya Shah Alam, membutakan telinga yang mendengar. Antara genre yang menjadi ikutan ramai sambil kaki dan tangan tergoyang dan teregdik-gedik bagai nak rak adalah music reggae dan beberapa genre modern yang menjadi pujaan anak-anak muda. Kagum kerana ada terngiau-ngiau kedengaran lagu yang pernah menajdi kegemaran ramai yakni lagu Malaysia Boleh masih meniti di bibir masyarakat alaf dua puluh satu. Satu petanda yang murni.

Music music selera rendahan berkumandang di mana-mana, bermaharajalela tanpa kawalan.

So?

Tiada masa untuk menyibukkan diri dengan pilihan hati masing masing bahkan banyak benda lagi hendak disibukkan. Maka bukan itu bisnes kita pada hari ini. Sekalipun Adele yang mencipta sejarah membolot beberapa anugerah di Grammy Awards dan hatta Bob Marley berada di depan mata, ada saya kesah? Pejam mata je.

Banyak benda yang henda difikirkan.

Contoh, bagaimana nak selamatkan ummat manusia yang masih diulik dengan cara hidup mamat yang tak berapa nak soleh, nama je mat Salleh. Bagaimana nak pastikan anak-anak muda diluar sana yang sebuk merempitkan diri di jalan-jalan raya supaya turun solat berjemaah. Bagaimana nak pastikan kanak-kanak ribena yang masih tidak menegrti apa itu kehidupan dapat beriang gelak tawa tanpa halangan tatkala berita-berita kes penculikan kanak-kanak menjadi topic hangat di dada akhbar.

Kemaslahatan ummat entah ke mana. Keamanan entah ke mana. Keharmonian entah ke mana. Pihak berkuasa entah ke mana. Inikah pembangunan? Inikah wawasan yang menjadi cita cita dan aspirasi Negara? Inikah impian rakyat Malaysia untuk melihat penyakit hati berleluasa? Mana perginya budaya? Mana perginya agama?

Pemuda harapan Negara, pemudi tiang Negara.

Harapan tinggal harapan, tiang tinggal tiang.

Mengapa ini harus berlaku?

"Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan Kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu, pisahkan mereka daripada Kitab ini." - William Ewart Gladstone, Perdana Menteri Britain abad ke-19, di Parlimen British sambil memegang al-Quran pada tahun 1888

Nampaknya mamat yang tak berapa nak salleh ini merjaya memperdaya kita. Quran diketepikan. Music dijulang dipuja. Artis dimahkotakan. Agama diperjudikan. Hukum hakam dianak tirikan. Hiburan disembah. Sedar tak sedar. Terima atau tidak, inilah hakikatnya.

Dan mengapa?




"Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran." - Theodor Herzl, bapa Zionisme, pencetus kepada idea penubuhan negara haram Israel

Sila tepuk tangan dengan bangga sambil ucapkan tahniah kepada jentera jentera rejin zionis kerana mereka sudah Berjaya dengan misi mereka. Maka apakah rahsia kejayaan tersebut? Bagaimana dengan misi kita? Wawasan 2020?

Wawasan oh wawasan

Mereka Berjaya atau kita yang gagal?

Dan mengapa kita masih mampu terenyum, duduk berpeluh tubuh dan berputih mata smbil bekata, “ ohhhh ” ?

Katakanlah, “Apakah perlu kami bagitahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?

Yaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya

Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan tidak percaya terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka dan Kami tidak akan memberi penimbangan kepada mereka di hari Kiamat

(Al-Kahf :103-105)



Tatkala musuh musuh kita sudah bertali arus, pagi petang siang malam mebanting tulang melancarkan serangan ke atas kita, adakah kita akan terus menerus pasrah dan menyerah? Adakah kita masih berkehendakan berkasih sayang dengan perbuatan yang sia-sia itu? Masih erat memeluk amalan jahiliyah itu?

Ketuk kepala, tepu dada, buka hati, tanya iman.

KALAU BUKAN SEKARANG, BILAKAH?

2 comments:

Unknown said...

ummat dah makin tenat.
mungkin xde kaitan sgt dgn post ni, just nk share...

http://langitilahi.com/7769

Inspector Saahab said...

Ikram : jazakallahukhairankatheera :)
yup betol

terima kasih. saya dah baca, ish, terkesan. peringatan bersama