Dalam muktamar Ikhwanul muslimin yang keenam,
Imam Hassan Al-Banna mengingatkan kembali para ikhwan tentang siapa mereka
sebenarnya.
Pada detik bersejarah itu, beliau
menggariskan sekurang-kurangnya tujuh perkara tentang siapa itu ikhwan muslimin
di tengah-tengah masyarakat Mesir yang berkecamuk , tenggelam dalam kesesatan
jahiliyah pada waktu itu.
Siapa anda? Jika anda juga mengikuti
halaqah tarbiyah dann ingin menjadi mujahid yang akan membebaskan manusia
daripada kesemppitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, mari kita teliti
perkara-perkara ini;
“Maka ingatlah baik-baik Ayyuha Ikhwan!...”
Beliau memulakan pidatonya, lantas
menyebut, sesugguhnya kalian adalah
Al ghuraba’
(orang yang asing) iaitu orang ingin melakukan islah tatkala manusia melakukan
kefasadan
Aqal baharu yang
mana Allah berkehendak dengan kalian untuk memisahkan al haq dengan al bathil
tatkala kedua-duanya tidak dapat dibezakan
Duat bagi islam
Hamalatul Quran,
yakni pembawa al Quran
Wasilah (penghubung)
langit dan bumi
Pewaris Muhammad
saw
Pengganti sahabat-sahabat
baginda dan orang-orang selepas mereka
Peringatan inilah yang membuatkan ikhwan
sentiasa istimewa dan berbeza daripada orang lain, yang bangkit atas umat ini
untuk melakukan pembaikan.
Baik,
Kita berminat untuk menyentuh tentang
hamalatul Quran.
Perkataan hamal bermaksd membawa. Hamil pula
orang yang membawa sesuatu. Sebab itu seorang perempuan yang sedang membawa kandungan
dalam Rahim mereka kita katakan perempuan yang sedang hamil. Asalnya hamil itu
sekadar membwa, tetapi secara adatnya kita fahami orang yang hamil itu orang
yang membawa kandungan. Manakala hamalatul Quran pula orang yang membawa al
Quran. Bawa bagaimana?
Adakah memakai kantung seperti poket
doraemon yang diisi mushaf Quran dalamnya??
Ataupun seperti kantung kangaroo ?
Siapakah hamalatul Quran ?
Term atau konsep hamalatul Quran sebenarnya
sudah popular sejak zaman sahabat lagi. Tidak perlu kita peningkan kepala
memahami dari sudut bahasanya, mari baca kisah ini;
---
“Kalau begitu, aku adalah seburuk-buruk
penghafadz al-Quran!!”
Di dalam peperangan al-Yamamah, peperangan
melawan nabi palsu Musailamah al-Kazzab di mana panglima tertingginya adalah
Saifullah Khalid bin al-Walid r.a.
Ramai dari kalangan tenteranya terdiri dari
huffadz atau penghafadz al-Quran. Beliau memilih tentera yang paling layak
untuk memegang bendera, tentera yang tidak akan undur atau melepaskan bendera
dari tangannya sehingga pertempuran berakhir atau dia syahid.
Di peringkat awal, bendera muhajirin berada di tangan Abdullah bin Hafs bin Ghanim al-Quraisyi r.a.
Beliau teguh di medan sehingga dijemput sebagai syahid.
Selepas Abdullah syahid, panglima Khalid
bin al-Walid menyerahkan bendera kepada Salim maula Abi Huzaifah r.a.
Apabila Salim mengambil bendera itu,
sebahagian tentera berkata kepadanya:
"Ya Salim, kami bimbang musuh akan
dapat menembusi pasukan kita dari arahmu!" Kata-kata itu membawa maksud,
mereka kurang yakin dengan keupayaan Salim dan berasa bimbang kalau-kalau Salim
menjadi punca tenera Islam tewas di tangan musuh. Maka apakah reaksi Salim
kepada mereka?
"Kalau begitu, (kalau aku menjadi punca kekalahan tentera Islam) maka akulah seburuk-buruk penghafadz (hamil) al-Quran!"
Demikianlah, betapa pentingnya penghafadz
al-Quran atau hamil (pembawa) al-Quran di dalam dada mereka. Mereka sentiasa berada di barisan hadapan
dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya dari serangan musuh luar dan
dalam.
Hamil al-Quran bukan hanya duduk di penjuru
masjid mengulang-ulang bacaan membiarkan umat dan masyarakat dilanda pelbagai
masalah,
Ayuh para hafidz, hamil al-Quran! Bangkit
menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa. Jadikan
kata-kata Salim r.a. sebagai obor yang membakar semangatmu sepanjang zaman
(Dipetik dari FB Ustazah Maznah Daud)
….
Adakah kita hamil al-Quran ?
Yang berada dalam barisan hadapan?
Paling cepat menyahut seruan dakwah dan
tarbiyah?
Orang yang boleh diharap untuk membela
islam?
2 comments:
Menangis
mashaallah T_T jzkk atas peringatannya..
p/s : ikhwah2 penulis perlu alert dengan isu copyright ya.. dari siapa antum copy-paste sesuatu artikel/excerpt wajar utk diberikan kredit/diberitahu dari mana datang nya. iya benar mungkin pemilik asal pun tak kisah asalkan ingin menyebarkan kebaikan, tapi to give credit where credit is due is part of our religion. barakallahu fikum :)
Post a Comment