Ulamak ada yang berkhilaf pendapat dalam membenarkan process
aborsi, pengguguran janin dalam rahim
ibu. Ada yang melarang kerasa kerana ia satu perbuatan jenayah. Ada yang
membenarkan atas maslahah yang lebih besar terutama untuk kesihatan si ibu,
tetapi dengan syarat sebelum kandungan menjenguk hari yang ke 120. Ini kerana
pada hari yang 120, jasad janin ditiupkan ruh padanya lantas menjadilah ia
makhluk yang bernyawa.
“Dari Abu ‘Abdirrahman Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu
‘anhu, dia berkata : bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda, “Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim
ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi ‘Alaqah (segumpal darah)
selama itu juga lalu menjadi Mudhghah (segumpal daging) selama itu juga,
kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya........”
Hingga ke akhir matannya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Besar sungguh peranan ruh. Ia memberi kehidupan dan nilai
pada jasad. Begitulah, pada manusia, mesti ada ruh dan jasad. Jasad hanyalah
kerangka semata-mata, sekadar warna kulit, tulang belulang, otot-otot dan rupa
paras yang tidak bernilai tanpa adanya ruh. Ruh la yang memberikan ia
kehidupan, yang menyegarkan, reviving!
Apabila jasad manusia dipisahkan daripada ruhnya, maka ia
akan menjadi bangkai, yang akan membusuk, disinggahi ulat ulat decomposer,
berbau hanyir dan lama-lama memburuk, mereput dan lenyaplah dari pandangan.
Sebab itulah, betapa siapapun individu itu waktu hayatnya, baik bergelar
perdana Menteri, Ratu Cantik, Ratu Rock, Ustaz, Mursyidul Am, Sultan ataupun
siapa-siapa sahaja baik yang diangkat keperibadiannya di dunia mahupun tidak
dipandang manusia, usai ruh meninggalkan jasad mereka, akhirnya mereka ke
kuburan juga!
Meskipun Ratu Cantik! Ya!
Layaknya, skrip yang sama untuk kita!
Malangnya di dunia yang begitu sementara ini, manusia
memandang sesama mereka melalui pandangan jasad. Mereka menilai berdasarkan
rupa paras, warna kulit, apa status socialnya, kepemilikan equity nya, dari
keturunan mana, bangsawan? Negarawan? Agamawan? Angkasawan? Dan manusia melabel
label berdasarkan pandangan dangkal ini!
Yang hitam legam, buruk wajahnya, disisihkan! Engkau Cina
mesti mahu tindas Melayu! Melayu mesti makan rasuah!Arab mesti suka hisap
shisha! Dan sebagainya.
Habislah keharmonian hidup di alam buana ini dicarik carik
dek pandangan dangkal ini. Mujurlah Tuhan tidak zalim begitu. Tempat kembali
nanti, sama ada yang baik atau yang buruk, bukan berdasarkan jasad. Tetapi
Allah swt melihat amal dan hati kita kita semua, sebagaimana yang Nabi saw
ajarkan dalam satu hadis yang dihafal banyak orang.
Kita tinggalkan kemelut manusia yang makin menjadi jadi belakangan
ini. Tinggalkan isu. Kerana. “Mereka yang tidak sibuk dengan ilmu akan sibuk
dengan isu”, tuntas seorang yang kita segani.
Selain daripada apa yang kita faham secara bahasa apa itu
ruh, yakni tiupan ruh yang memberi kehidupan pada jasad manusia, pada sudut
lain, ruh berbilang bilang maknanya. Ruh, adalah apa apa yang memberi makna,
nilai dan kehidupan pada sesuatu.
Dalam Al Quran,
Banyak surah yang dimulai dengan huruf huruf yang terpisah
seperti Aliff Lam Min, Ya Siin dan sebagainya pada 29 permulaan surah al Quran.
Huruf huruf ini digelar muqotto’aat. Huruf huruf ini, tidak sesiapapun yang
mengetahui maksudnya melainkan Allah swt.
Namun ada yang berpendapat ada hikamh tersendiri kenapa
Allah menggunakan teknik ini dalam al Quran. Ia sebagai satu cabaran buat
mereka yang meragui al Quran atau yang mengatakan al Quran itu ciptaan Nabi
saw. Huruf huruf ini seakan memberitahu,
“Ya al Quran ini memang komponennya terdiri daripada huruf
huruf lazim dan dikenali oleh orang Arab, maka cubalah kamu cantumkan jadikan
satu ayat semisalnya!”
Mengambil gist firman Allah yang satu ini;
“ Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Qur’an
yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang
semisal al-Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu
orang-orang yang memang benar. ”
(Al Baqarah :23)
Namun sudah pasti cabaran ini tidak mampu dijayakan.
Meskipun mereka yang meragui itu mempunyai resources yang sama, yakni kenal dan
berupaya mencantumkan huruf huruf tadi, tetapi tidak mampu menandingi al Quran
kerana mereka mungkin ada jasad ayat, tetapi tidak ada nilai, makna dan
kehidupan. Ayat rekaan mereka tidak ada ruh!
Maka marilah bertaubat, jika masih meragui Quran!
Itu ruh pada al Quran.
Lihatlah oleh kalian, satu nashkah surat khabar baharu
berharga sekitar seringgit hingga dua ringgit, tetapi puluhan bahkan mungkin
mencecah ratusan naskah surat khabar lama, belum tentu dapat menjamni pulangan
yang sama, tatkala kita menjualnya di pusat kitar semula atau pada Pakcik yang
setia dengan slogan, “Surat khabar lama, surat khabar lama” di kawasan
perumahan rumah kita itu.
Kerana surat khabar lama sudah kehilangan ruh. Surat khabar
baharu, tinggi nilainya kerana ada ruh, nilai yang boleh ditawarkan kepada
pembaca pada saat dan ketika itu juga. Berita berita terkini, itulah ruh yang
memberi makna kepada senaskah akhbar!.
Ruh pada senaskah akhbar harian.
Begitula juga kita dapati pada buku buku pendidikan yang
melambung tinggi harganya. Sebuah buku teks A-Level yang mungkin hanya jumlah
halaman 200 mukasurat boleh bernilai seratus hingga ke dua ratsu ringgit.
Padahal material kasarnya, hanyalah kertas kertas A4 yang boleh dibeli dengan
jumlah yang sama pada harga kurang sepuluh ringgit
Tetapi apa yang membezakan buku buku teks dan himpunan
kertas kertas kosong adalah pada isinya, pada padatan ilmu yang tertulis. Ilmu
itulah ruh, yang memberi nilai pada si buku.
Ruh pada sebuah buku.
Cukuplah kiranya contoh contoh yang sudah kita soroti untuk
memaknai ruh dalam jasad yang berbilang bilang. Pada al Quran, pada senaskah
akhbar dan sebuah buku.
Cumanya,
Umat kita yang kian tenat dan hampir hampir sahaja menuju ke
kuburan sebelum ajal ini, apakah ruh bagi kita. Apa pula ruh untuk menghidupkan
umat ini kembali? Supaya umat islam yang kita cintai ini, ummah ini kembali
bernilai, terangkat izzahnya, didaulatkan maruahnya, dan hidup sebagaimana
hidupnya generasi Sahabat Nabi saw.
Apakah ruh itu?
Allah swt berfirman;
“..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka..”
(Ar Ra’du :11)
Saudaraku,
Ayat quran yang sering menghiasi slot lot motivasi ini
sering disalah terjemahkan. Untuk mengubah sesuatu kaum, bukanlah kaum itu mengubah
nasib mereka. Tidak pantas. Kerana Allah lah yang selayaknya berbuat demikian.
Tetapi Allah menghadirkan satu formula, Allah tidak akan ubah sesuatu kaum,
sehinggalah mereka ubah apa yang ada paa diri mereka, ma bi anfusihim.
Apa yang ada pada sebuah kaum? Apa komponen bagi satu kaum?
Tidak syak agi, individu lah yang menjadi komponen komponen kecil sebuah kaum.
Cukuplah sebenarnya, satu kaum itu dihidupkan dengan sebilangan individu,
dengan perubahan sekumpulan individu. Individu inilah yang akan memberikan
makna, nilai dan kehidupan pada kaum tersebut. Inidividu inilah yang menjadi
ruh ruh baharu dalam jasad kaum itu. Ruh baharu dalam jasad umah!
Nahnu ruhul jadid fi jasadil ummah!
Itulah slogan yang kita laung-laungkan, agung-agungkan. Ruh
baharu. Arus baharu. Untuk membaiki kehidupan umat islam.
Tetapi apa kualiti yang kita ada sebenanrya untuk menjadi
ruh yang menghidupkan ini? Pertanyaan yang serius. Jika sekadar hidup, tidur, bangun
tidur, makan dan menelaah mukabuku, bermain games di waktu lapang dan
mengunjungi panggung wayang di hujung minggu, maka sudah tentu nama kita tidak
tersenarai dalam senarai ruh ruh yang menggerakkan ummah.
Siapakah kita?
Jika seorang Yusuf a.s. mempunyai relevansi untuk dibawa ke
istana dari penjara untuk membuat satu perubahan, diterima pihak istana,
diangkat menjadi menteri kewangan dan mengubah kondisi hidup rakyat Mesir
ketika itu dengan kebolehan menakwil mimpinya, apa pula relevansi kita?
Apakah kita relevan ?
No comments:
Post a Comment