Pagi yang bersahaja. Kumai menatap skrin laptop Toshiba
putihnya sejak tidak kurang daripada dua puluh minit yang lalu. Fokus. Papan
kekunci ditekan dengan laju dan jitu. Kedengaran bunyi hasil getaran ekoran geseran
antara jari jemari dengan punat punat papan kekunci. Ada external force di
situ. Menepati hukum gerakan Newton yang pertama. Well, budak Sains. Once upon
time.
Suasana biasa. Burung burung belum galak bertenggek di
beranda rumah. Sekali sekala bahu disandarkan ke belakang kerusi. Cushion hijau,
sudah separuh menipis. Sendi jari jemari dilaga-lagakan. Sambil mata masih
fokus menatap skrin.
“Ayat ni rare do” Tetibe Daus
bersuara.
“Ayat mana?” Huh. Separuh badan
tertoleh ke kiri. Tangan masih setia di atas papan kekunci.
“Wain ta’uddu nikmatallah, la
tuhsuha..”
“Eleh, macam cliché je”
“Kau faham ke?” Jawapan cliché
dibalas dengan statement sentap.
Faham. Faham sekadar literal, sekadar baca translation belum
tentu benar benar faham. Faham yang sebenar, faham dengan hati. Faham yang
menatijahkan amal. Faham yang mengakar hingga jauh ke lubuk jantung hati jiwa
yang paling dalam. Faham yang membangkitkan hamassah. Faham yang membuatkan kau
rasa nak nangis, yang dijiwai kefahaman tu. Faham yang, Ok. Nak kata beza la
tahu dan faham. Faham?
“Selalu orang quote kan”
“Haah. Tapi cuba ponder for a
while” Daus menambah lagi. Ada pengajaran berharga yang hendak disampaikan
kepada rakan sebiliknya tu.
Suasana yang sekejap hangat kembali dingin, sugul dan muram.
Bunyi geseran jemari dengan papan kekunci tidak lagi didengari. Langkah malas
diambil menuju ke pintu bilik, tombol dipulas dengan penuh lemah. Sebaik sahaja
pintu bilik terkuak buka, Kumai merebahkan diri dengan gaya yang paling malas.
Macam mana tu? Huh!
“Kata Nouman Ali Khan, perkataan
nikmatan ni kata nama singular” Daus tambah lagi. Cari pasal. Mata yang
terpejam diganggu.
“Maksudnya?” Kumai buat buat
berminat. Batal busuk bercorakkan Hello Kitty dipeluk erat dalam dekapan. Bukan
dalam dekapan ukhuwah.
“Nak katanya, even satu nikmat
Allah macam udara pun kita tak mampu nak hitung, apatahlagi syukuri!”
Ok.
Minat yang ditunjukkan tidak tahan lama. Begitulah kurang
lebih gelagat mereka berdua. Daus ni budak usrah, budak tarbiyah. Obses dengan
tadabur Qurannya tu. Sampai kadang-kadang menggangu ketenteraman Kumai. Kumai
pula, hmmm, vice versa! Tapi masih boleh tahan la dengan perangai rakan
sebiliknya itu.
It’s just another day.
Langit membiru, terbentang luas tidak bertepi. Haah. Pernah
tanya diri sendiri mana penjuru langit? Tidak pernah bukan. Sebab terlalu
ajaib. Atau sebab terlalu sibuk dengan kerja kerja dunia macam kerjaya,
belajarnya, dengan kejar pointer nya, sehingga nak renung sejenak kejadian
langit ni pun tak sempat, dan tak berminat. Well, hidup ikut flow sudahlah kan!
Sarkastik.
“Ok aku bagi satu contoh”
“Tak habis lagi kau ni eh”
“Hehe, just bear with me la.
Kalau bukan dengan kau, dengan sapa lagi la aku nak bercoleteh. Dan kalau bukan
dari aku, dari sapa lagi la kau nak dengar benda benda rare macam ni ha”
Senyuman manja terukir. Manja dan nakal! Satu tumbukan
lembut dilepaskan ke bahu Kumai, kemudian dibalas dengan jelingan tajam. Malu,
tapi mahu sebenarnya.
“Ok, apa?” Berkesan!
“Udara. Just to sample, agak-agak
kenapa kita kena syukuri udara?”
“Agaklah kalau nak test aku pun.
Aku tak sejahil tu la” Err
“Ok, tak menjawab soalan”
“Easy. Sebab udara untuk
bernafas, kalau tak mati la”
“See, I catch you!”
Daus bingkas bangun dan mara ke tingkap bilik. Ditolak
tingkap perlahan-lahan. Kedengaran bunyi berkeriut. Dah lama sangat biar
tertutup. Bukan apa, kalau lupa tutup nanti nyamuk nyamuk ganas di metropolitan
Shah Alam tu datang menyerang. Tak pasal pasal kena dengue kan.
Lama juga dia berdiri di hadapan tingkap. Pandangan jauh dilemparkan
keluar tingkap. Sekali sekala udara petang hari itu dihirup dengan sedalam-dalamnya.
Dalam sampai dah tak muat abdomen. Dalam sampai kena hembus dulu dan hirup
balik. Dalam sangat.
“Sebenarnya kau pun tahu kan,
dalam komponen udara tu ada banyak campuran gas. Tapi somehow selalunya bila
cakap pasal mensyukuri nikmat udara yang satu ni, yang mampu kita hitung hanya
untuk bernafas. In which kita sedang refering to Oxygen dalam udara” Bernas.
“Wow. Ok”
“Dan, aku belum habis kot…”
“Dan.. ?”
“Sedangkan dalam udara ada banyak
lagi gas lain. Bahkan Oxygen hanyalah 21% daripada komposisi udara, which is
tak la banyak sangat. Bagaimana dengan gas seperti Helium? Atau apa khabar gas
Nitrogen yang punyai major part dalam komposisi tu? Mana kita letak gas gas ni
dalam perhitungan kita untuk mensyukuri nikmat Allah ni?”
“Ok. Deep kau” Huh! Macam
speechless.
“Sebab itu la bro, aku ajak pergi
usrah. Best kan tadabur” posisi duduk di sebelah Kumai diambil kembali. Sambil
tangannya diletakkan di atas bahu Kumai, lembut dan mesra.
“Ok nampak dah permainan dia”
“Hehe. Lek lek”
“Ok. Tapi you have the point.”
“Kan”
“Ala kecoh la mamat ni nak iyakan
point sendiri” Satu tumbukan sedikit ganas dilepaskan pada bahu Daus pula.
Tanda keakraban ukhuwah. Ukhuwah budak bilik la katakan.
“Tapi betul la kan. Satu nikmat
pun kita tak dapat nak syukuri. Dan kita hanya mampu syukuri dan berterima
kasih pada apa yang kita nampak, yang visible. Yang kita tak tahu, yang tak
nampak, yang kita jahili, kita tend to abaikan”
“True. And…”
“And? “ perbincangan makin
dahsyat. Makin deep.
“Aku just teringat dekat satu
hadis ni, yang Nabi cakap antara doa yang dimakbulkkan ialah dari seorang
kepada member dia yang lain, dalam keadaan ghaib, which without the knowledege
orang yang didoa”
“Huhu, macam lagi deep je kau
fikir”
“Takdelah. Mungkin kita jadi
macam ni sekarang, belajar sampai buat persiapan nak ke luar negara, dapat
biasiswa, elaun masuk banyak, makan mewah, hidup senang, cepat digest lesson
dalam kelas, mungkin sebab ada doa-doa yang kita tak tahu. Dan kita tidak pun
berterima kasih kepda mereka ni”
“Wow. Aku rasa macam nak nangis
do. Jadi naqib aku please”
“Haha, kau mesti underestimate
aku kan” Senyuman nakal terukir. Huh.
“Tapi betul, best hadis tu. And
dan mungkin ada doa kau untuk aku gak kan?” Eh.
“Ok itu random.”
“Dan banyak je hadis Nabi yang
best, atau sebenarnya sume best, cuma kita take it for granted.”
“Makan dalam”
“Takpe. Sama-sama la kita learn
the lesson”
“Rindu Baginda saw..”
“Kan.”
***
Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad
saw bersabda yang maksudnya; “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap
saudaranya secara ghaib melainkan akan berkatalah malaikat, engkau juga peroleh
yang seumpamanya”
(Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment