“Rasa terkilan
tak dapat join program kali ini” Luah Akh A.
Matanya merenung jauh, menembusi permaidani
yang terbentang di hadapan mereka semua. Dengan posisi dan perenungan yang
mendalam itu, terpancar aura keikhlasan dan penyesalan. Hairan kita dibuatnya. Menjadi
sungguh tarbiyah ini mengubah manusia, sehingga merasuki jiwa dan cara
fikirnya.
“Takpe, kita tak
join bukan sebab suka-suka, ada sebab lain kan. Ada yang lebih priority” Cubaan
menenangkan.
Ketika dakwah telah meresap ke dalam tubuh
seseorang itu, masuk menyelinap ke dalam capillaries dan salur-salur darahnya,
bergerak bersama-sama sel sel darah merah dan darah putihnya, bertebaran dan
menggerakkan tubuhnya, dan sebagaimana sel darah itu membekali oxygen kepada tubuhnya,
begitulah dakwah telah menjadi nadi ia.
Ia langsung tidak nampak ada yang lebih penting
terbentang di hadapan kedua-dua matanya itu, melainkan dakwah dan tarbiyah
semata-mata. Ia tidak nampak kehidupan melainkan kehidupan binaannya. Ia tidak nampak
sebarang kemuliaan melainkan kemuliaan yang telah dikurniaan oleh Allah swt
kepada setiap bani Adam.
Tetapi di saat dia diminta memilih yang
lain, maka seluruh jiwa dalamannya mengalami fluktuasi, turun dan naik. Sama ada
menerima dengan rela atau terpaksa.
“Agak kecewa,
sebab kita selalu duk cerita kat orang pasal priority, tapi nampak macam kiat
sendiri yang keliru nak pilih yang lebih aula, just tak best la perasaan ini”
“Insya Allah
keputusan bersama ini aula je, kita lihat jauh ke depan, bukan sekadar apa yang
berlaku esok atau lusa. Apa-apa pun doakan moga Allah tunjukkan yang terbaik,
huhu”
Sepak terajang bersama tarbiyah. Begitulah kami
dididik untuk menerima, dilenturkan ego dan dijinakkan semangat yang
kadang-kadang membara tanpa hala tuju.
Pada sesi atau kesempatann yang lain,
sekali lagi program tarbiyah pada hujung minggu itu diganggu dengan hal-hal
remeh temeh yang membuatkan sebahagian ikhwah gusar dan berada dalam dilemma
yang menekan.
Akh B pula berkongsi perasaan dan
nasihat-nasihat yang ringan tetapi basah dan mengesan. Beliau memetik sepotong
ayat Quran untuk dibaca kepada kami, dan dikongsi maani maani yang difahaminya.
“Just nak share ayat ni. Ayat surah al
Hadid ayat 10, Allah kata kan kat situ, dan mengapa kamu tidak berinfak di
jalan Allah? Padahal Allah jua lah yang mewarisi langit dan bumi”
Dibacakan dengan penuh aura, satu
perenungan yang dibutuhkan oleh semua yang hadir pada malam itu.
“Kat situ Allah
just sebut infaq. Tak sebut apa pun kan. Tak semeestinya harta. Dalam konteks
kita, mungkin Allah Tanya kita kenapa tak nak sumbangkan masa kita, weekend
kita, tenaga kita, ide akita, tungkus lumus kita di jalan Allah? Kadnag-kadang
kita bukan tak nak bagi, tapi kita takut dan terlalu dihantui apa orang kata. Kita
terlalu nak jaga perasaan orang, pandangan orang. Nanti orang judge dan
sebagainya…”
Benarlah ayat-ayat Quran ini telah
memuliakan sebahagian manusia atas sebahagian yang lain dan beruntung la dikau
yang memilih untuk bersama kemuliaan ini.
Lanjutan;
“Padahal kan,
padahal Allah juga dan mention siap-siap bahawa Allah mewarisi langit dan bumi
dan segala apa yang ada antaranya. Termasuklah perasaan orang yang kita duk
risau itu, kata-kata orang, tanggapan orang, rasa-rasa kita tu dan semua yang
menghalang kita tu adalah milik Allah. Allah yang mewarisi semua tu. Dan if
kalau kita berinfaq pun untuk Allah, dengan mudahnya Allah boleh tolong kita
untuk hadapi semua mehnah mehnah ni.”
----
Kehidupan di bawah bayangan al Quran ini
adalah nikmat. Ia satu nikmat yang tidak dapat dirasai melainkan oleh orang
yang mengecapinya sahaja. Benarlah tinggalan pesanan Sayyid Quttb guru kita
yang kita kagumi itu. Nikmat ini, nikmat yang membersihkan usia seseorang, meluhurkan
dan memberkati.
Kurniaan kepada kami kematian yang baik ya
Allah
No comments:
Post a Comment