Monday, July 2, 2012

SIAPA SEORANG MUJADID

Alhamdulillah

Baru sahaja pulang dari kepulauan Papua New Guinea setelah mendapat panggilan kecemasan daripada rakan-rakan seperjuangan daripada angkatan WonderMan se-Nusantera perihal anak tikus belanda dalam kesusahan. Peluh, penat. Ok kerepek. Kalau percaya memang anda lurus macam garfu. Garfu pun tak selurus anda. Gurau-gurau manis.

Hari ni ada benda yang saya nak bagitahu. Boleh janji? Hal ini antara kita-kita sahaja tau. Tolong rahsiakan. Walaupun Kapten Bersara Jalil Tanya. Ye, sekalipun ditanya oleh Inspektor Mazlan, anda harus bahkan wajib rahsiakan rahsia kerajaan ni. Biasala, ada benda kita boleh kongsi, ada benda kita tidak boleh publikkan. Tak gittew. Boleh kan?

Supraissss

-,-



Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri, setiap zaman itu ada keutamaan perjuangannya yang tersendiri. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadithnya yang berbunyi

“Sesungguhnya, Allah akan membangkitkan pada permulaan setiap abad (100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama ini”


Mengapakah agama ini diperbaharui? Adakah ianya bermaksud mujaddid-mujaddid tersebut akan membawa bid’ah dalam agama atau merekacipta agama baharu seperti turunya Rasul Melayu dan Insan Istimewa Ayah Pin ? Erk. Tentu sekali tidak, memperbaharui disini bermaksud mencantikkan dan membuang segala kekotoran yang terpahat pada al-Islam akibat serangan musuh yakni serangan Cik J yang makin hari makin berkualiti mutu serangannya.

Berkata seorang ilmuan Islam, Shah Waliullah, “A Mujadid appears at the end of every century: The Mujadid of the first century was Imam of Ahlul Sunnah, Umar bin Abdul Aziz. The Mujadid of the second century was Imam of Ahlul Sunnah Muhammad Idrees Shaafi. The Mujadid of the third century was Imam of Ahlul Sunnah Abu al-Hasan al-Ash’ari. The Mujadid of the fourth century was Abu Abdullah Hakim Nishapuri.”.

Mengapakah Syeikh Hadith ini menyenaraikan individu-individu ini sebagai mujaddid? Jawapannya mungkin memerlukan kita untuk menoleh kebelakang sejenak akan sejarah umat yang pernah gemilang ini. Mengambil contoh;


Abad pertama menyaksikan Institusi khalifah yang pada asalnya di amanahkan untuk bertindak sebagai refleks kepada pentadbiran Rasulullah s.a.w mula hilang kepercayaan dari umat Islam sendiri. Akhirnya, Umar Abdul aziz lahir tepat pada abad pertama hijrah membersihkan kembali institusi kepimpinan umat Islam ini dari segala kemaksiatan dan mengembalikan peranannya dalam melestarikan umat sehinggakan beliau digelar “Khalifah al-Rasyidin ke-5”.

Begitulah peranan seorang mujaddid

Persoalannya apa ke benda tujuan saya berkongsi segala bagai ni? Ceritanya macam ni. Setelah tahu akan fakta ini, saya mula lahirkan cita-cita untuk menjadi seorang mujadid dalam diam. Har har. Sila gelakkan. Memang mustahil la kan. Saya yakin rakan-rakan yang lain turut menaruh impian yang sama. Dan mana mungkin dalam satu abad ada ramai mujadid. So tidak perlu la saya berebut tittle mujaddid bersama rakan-rakan

Namun,

TAK SALLAH RASANYA

Tak sallah rasanya jika setiap daripada kita memupuk mentality seorang mujadid. Menaruh angan-angan menjadi seorang mujaddid. Bahkan para mujaddid yang telah lahir dahulu kala, tiada dalam sijil lahir mereka bahawa mereka itu mujaddid. Tetapi mereka berfikir ke hadapan, untuk melestarikan agama, melestarikan ummat Islam dan memainkan peranan sebagaimana seorang mujaddid.


Agak berat untuk kita mengikut jejak langkah mereka. Mengubah ummat, memipin Negara dan membawa Islam ke persada antarabangsa. Cewah, dah macam esei peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Walaupun begitu, jika kita tidak mampu untuk memainkan peranan sebesar gua Niah itu, maka kita mainkan peranan yang lebih kecil. Kita jadi mujaddid dalam kalangan rakan-rakan dan ahli kerabat.

Kita mulakan revolusi dalam suasana kehidupan seharian kita. Saya kira, itu juga mujaddid, tetapi dalam konteks yang lebih kecil. Jika kawan-kawan kita berada dalam larutan jahiliyyah yang likat atau saturated, maka ayuh kita jadi perintis kepada perubahan yang lebih baik. Nasihat dan kongsi ilmu bersama mereka. Zahirkan perubahan yang telah kita alami. Pimpin tangan sahabat, berjalan berlari menuju syurga abadi.

Dalam keluarga pula, kita mainkan peranan seorang pembaharu dari segi tingkah laku dan amal ibadah kita. Mulakan dengan sekecil-kceli hal sehinggalah sebesarnya menurut kemampuan kita. In sha Allah dengan usaha tersebut, suasana yang ingin kita ubah akan terlaksana.

Kesimpulannya, karangan PMR wajib ada kesimpulan, ayuh kita tanam cita-cita untuk menjadi seorang mujaddid. Laksanakan pembaharuan dalam kalangan orang-orang disekeliling kita. Prihatin terhadap sekeliling kita, pupuk rasa ingin mengorak langkah dan membawa perubahan demi kemaslahatan ummat sejagat.

Akhir kata, Inspector Saahab

Ambil berat :D

PS: Intro tadi seolah-olah menggugat kredibiliti anda sebagai pembaca yang sudah matang. HAHAHA

Sedikit buah tangan di sini; NOTA SEORANG DAI'E

5 comments:

Inspector Saahab said...

Hadis ini diriwayatkan oleh Abi Daud dalam Sunannya no.: 3740. Telah berkata Imam al-Munawi di dalam kitab Faidl al-Qadir: telah mengeluarkan hadis tersebut oleh Abu Daud di dalam al-Malahim, dan al-Hakim di dalam al-Fitan dan beliau mensahihkannya, Imam Baihaqi di dalam kitab al-Ma'rifat; semuanya dari Abu Hurairah. Telah berkata al-Zain al-'Iraqi dan selainnya: Sanadnya adalah Sahih.

hawariyyun said...

tak salah pasang cita-cita, jika berusaha agar cita dilaksana.

semoga berjaya jadi ar-ruhul jadid fil jasadil ummah. Allah ma'ak

Allahu a'lam

Inspector Saahab said...

hawariyyun :
jzkk :)

Pak Det said...

menjadi Mujadid dalam kalangan rakan dan keluarga....

kadang2 susah jugak... kalau kita buat salah sikit, diorang kate mcm2?

Tp itu tidak menjadi alasan... kita cuba yg terbaik....

# CIk J tu siape ye?

My recent post : Tips Menjadi Manusia Serba Boleh

Inspector Saahab said...

suadara Manan. saya setuju. tp betol, itu bukan alasan. kita hidup berTuhankan Allah, bukan kata-kata orang :)

kenali cik J di sini;

http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/03/hikayat-cik-j.html