Sunday, July 8, 2012

HARI HARI SEMALAM



Di saat bicara mula kelu

Tika cahaya mula meredup

Hilang lesap

Daku melontar satu pandangan

Mengintai jauh memanah bintang

Terbawa-bawa mimpi semalam

Andai Engkau tidak memilihku

Ke mana dituju hari ini?

Disusuri lumpur

Pernah sekali tercemar

Pendek akal bingkas terikut

Hari ini hati menyoal bertanya

Meratapi hari-hari semalam

Jika Engkau tidak kurniakan nikmat ini

Maka di mana harus ku letak nama

Bertemankan bintang yang sama

Cahaya kirimanMu menyuluh

KasihMu menjemput

Soalnya, apa aku layak wahai Tuhan?


Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang bersih daripada perbuatan keji dan mungkar itu selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui
(An Nur: 21)

4 comments:

Nur Jumiatul Hidayah said...

subhanAllah nice entry :')

Anonymous said...

Всем привет!
Недавно я нашел нужный сайт, где без проблем можно получить перевод аукционного листа http://auctranslate.ru
R.S Если вам надо перевести, расшифровать,японский аукционный лист, то посетите этот сайт

Azery said...

Jzkk. :'(

Azery said...

Jzkk. :'(