Mungkin ada
yang bakal panas. Terbakar.
Apa yang bakal saya tulis boleh jadi atas dasar
keinginan semata-mata. Yang diterjemah mungkin bisikan syaitan, yang bertujuan
memporak-perandakan keadaan. Ambillah yang jernih, tolak ketepi yang keruh. Kalau
tak ada yang jernih, pandai-pandai la anda tapis sampai jernih. Eh.
Mungkin saya
silap menilai.
Tetapi saya
mempunyai ekspetasi yang tinggi pada ikhwah. Cemburu dan kagum pada peribadi
ikhwah. Seorang akh yang tertonjol sifat waraknya, tawadhuk di kalayak ramai,
rendah egonya, luhur bicara. Kagum dan cemburu saya dibuatnya. Cemburu yang
membina.
Dakwah bil
hal, dakwah pada qudwah itu sangat susah. Setiap gerak geri diperhati. Biasa. Manusia
disekeliling, mata-mata yang serampang itu suka menilai dan mengadili. Orang kata,
kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bahkadn dua tiga belanga, habis
rosak. Seorang akh yang tidak cakna dalam menjadi qudwah dalam masyarakat, tidak
memanifestasikan amal tarbiyah rabbani bakal menconteng arang pada jalan yang
panjang ini.
Tetapi saya
yakin. Seorang akh tidak begitu, tahu di mana batasnya. Cuba sedaya mungkin
menjadi duta tarbiyah dengan baik. Mampu menangkis harapan musuh-musuh yang
mengharap kekhilafan di sana-sini. Bukan sempurna, kita tidak sempurna. Tetapi seornag
akh yang sebenar berusaha ke arah kesempurnaan.
Ok ini
intro.
Itu reality
di alam reality.
Yang ingin
saya gembar-gemburkan reality di alam yang tidak reality, reality di alam maya.
Eh, banyak la pula perkataan reality nya. Pape jela.
Di alam
maya pun, musuh musuh tetap memerhati tahu. Dunia hari ini menyaksikan manusia
lain pekertinya di alam nyata dan alam maya. Terlalu berbeza. Yang memalukan
bila si akh yang menunjukkan diri yang sebenar, kenchang di alam maya tanpa
mengikut batas-batas yang tertentu. Apa batasnya? Takwa.
Saya kadang
malu denagn diri sendiri, kadang tertewas di alam maya. Terasa hipokrit. Revolve
tiga ratus enam puluh darjah. Seolah-olah pakaian takwa di alam ini ditanggalkan.
Di mana pergi tawadhuk dan sifat warak itu? Tenggelam. Tenggelam dek keinginan
yang sering memuncak.
Ikhwah yang
rancak social alam maya. Seolah-olah jalan dakwah sudah hampir ke penghujung. Seolah-olah
masa yang dianugerahkan tidak berguna. Sambil lewa dalam urusan dakwah. Sibuk menyibukkan
diri dengan urusan cabang. Besar gelak dan tawanya walau tidak kedengaran. Keras
dan kasar kata-kata walau tidak terucap. Tidak lagi tertonjol jelmaan tarbiyah
Rabbaniyah di alam maya. Mana pergi?
Tenggelam.
Hubungan berlainan
jantina juga makin rancak. Di alam nyata, malu, segan-segan. Orang kata jalan
di hadapan yang lain jantina asyik nak cepat, kalau boleh nak terbang. Tidak mahu
timbul fitnah. Pijak semut pun semut tak rasa apa-apa. Tapi di alam cyber,
hmpp, harapkan pagar, pagar makan padi. Tikus jadian pula ynag menjelma. Merosakkan
tanaman, tanaman iman dan takwa.
Hi situ, hi
sini. Sembang kenchang. Ukhuwah la katakan. Unsur dakwah dijadikan ticket untuk
mengisi kekosongan diri sendiri. Berasalankan urusan dakwah, didekati yang lain
jantina, padahal pada dasarnya tidak lain hanyalah keinginan semata-mata. Memalukan.
Mesra tidak
betempat.
Isu isu
remeh temeh dibesarkan. Open table. Lepak situ sini. Di alam reality mulut sunyi
sahaja, yang terungkap hanyalah zikir-zikir memuji Tuhan. Tapi di alam maya,
anda tahu la bagaimana situasinya. Malu entah ke mana. Walhal malu itu satu
cabang iman.
Keinginan menguasia
diri. Kerana tidak ada lagi hati-hati dalam diri. Ah. Tiada siapa yang lihat
aku. Sekali sekala apa salahnya. Alasan demi alasan dicari untuk menegakkan
benang yang basah.
Akhi..
Akhi..
Kalau anda
perempuan,
bacalah ukhti..ya ukhti ya.
bacalah ukhti..ya ukhti ya.
Ok ikhlan
jap.
Kekecewaan.
Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa. Saya membayangkan seorang ikhwah itu, budi
pekerti semulia para sahabat. Budi pekerti seorang mujahid yang siap siaga
berjuang. Bukan saya berniat mengadili atau menilai. Saya bukan Tuhan, saya juga
hamba, sama seperti dia dan mereka. Terlalu syadidkah tanggapan ini? Entah. Bukankah
ragamnya patut begitu?
Tamat di
sini.
Tidak ditujukan
kepada mana-mana pihak. Tulisan ini didedikasi secara umum. Supaya ada rasa. Perlu
saya luahkan, kerana anda ada hak untuk tahu kebenaran. Saya juga menulis
sebagai respon kepada status mukabuku seorang sahabat. Belum sentuh bab sms dan
bergayut sana-sini tanpa urusan yang padu. Ok.
Aman.
11 comments:
gulp! sentap amat!
sungguh bila yang dosa terasa biasa itu yang buat diri rasa tak berdosa,#sigh.
astaghfirullahalazim.
sebenarnya makin ke bawah dibaca post ni, makin banyak tusukan-tusukan terasa dekat hati ni.
tak percaya? belahlah dada, tengoklah hati.
betapa kita leka di dunia yang Allah kata hanya permainan ni
Astarghfirullah
bimbinglah kami ke jalan yang benar
p/s: terima kasih akhi, buka mata saya pada realiti di alam maya
TT.TT
Aman.
uhh...
Allahurabbi...
Moga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk terus berpakaikan pakaian terbaik,yakni pakaian taqwa..walaupun ketika tidak ketiadaan orang lain..
huh.
Jazakallah khairan akhi syg. T__T,
moga kita semua ambik pelajaran dan istiqamah
Allah ghayatuna ~!
jazakallah khair atas peringatan..
terasa diri seperti ditusuk pedang samurai 17 inci..haih..
peringatan tu,,tq.
mngkin lepas ni bole laa share mcm mane nak nshat ikhwah yang lalai tu...(tuju dri sendri jgak)..
: semua semua :
anda style dan osem,aman
peace ^^"
assalamualaikum.
saya ada cadangan.
tapi mungkin sukar dilaksanakan.
tapi boleh cuba, jika mahu.
nasihat saya- atau lebih kpd cdgn.
tak perlu facebook.
tak perlu blog.
tak perlu ada hubungan dgn berlainan jantina, kecuali kalau terpaksa sangat, cthnya terpaksa menyapa seorg penjual nasik lemak di tepi jalan yang muda (perempuan) sebab nak beli nasik lemaknya.
Atau jugak bg lecture kat perempuan sebab mmg kita berprofesion lecturer.
atau apa saja yang mungkin. tapi logik.
dakwah sesama jantina saja. jika rasa bermasalah mcm tu..
jawapannya:
kahwinlah.
mudah.
dan jika sudah kahwin maka makinlah menundukkan pandangan dan menjaga pergaulan. sepatutnya.
saya pernah muda. saya pernah jahil.
syaitan selalu ada walaupun positif mana pun niat kita, tp kalau masih ada unsur ikhtilath, pasti bermasalah pada akhirnya.
mmg susah tidak ada 2 benda yang disebutkan tadi.
tapi hidup aman. cerita kita hanya allah yang tahu. senang. menjadi misteri begitu tenteram.
ini cadangan saja.
wallahu'alam~
nahwanz :
akhi !
jazakallahukheir atas cadangan. tu la sebaiknya.
kawen. tak mudah akhi. huhu
jzkkj again :)
anda style !;)
Jazakallah khairan akhi
Post a Comment