Tajuk yang sebenar macam ni;
REZEKI DI TANGAN BELUM TENTU UNTUK KITA
Aiwah. Saya menulis post ini pada hari kedua Ramadhan. Sunyi sahaja bilik ini. Hujung minggu. Teman sebilik pulang ke pangkuan keluarga. Sayu sahaja bila teringat akan ayah dan bonda di kampong halaman. Sayu berlebihan bila terdengar pula lagu raya sudah dimainkan sekitar bazaar Ramadhan berdekatan kolej. Aih.
Tabah kan hati, kita ingin tarbiyyah.
Sejak kunjungnya Ramdhan kali ini, di alam maya tidak putus putus rijal rijal Islam berpesan pesan tentang perkara berkaitan Ramadhan. Tiba-tiba je semua jadi baik. Eh. Bukan bermaksud memperlekeh usaha tersebut, point di sini hebatnya penangan Ramadhan. Tapi harus di ingat lagi hebat kuasa Allah S.W.T yang menyusun dan mengatur perjalan ia.
Belum masuk point lagi ni.
Memandangkan saya tinggal seakan akan keseorangan di rumah tatkala dua teman serumah pulang ke kampong dan seorang lagi ghaib bersama teman-teman yang lain maka saya bersama ikwah sefikrah pergi berbuka di sebuah surau berdekatan. Erk, sebenarnya jauh, tapi naik kereta. Wiwit wiwit.
Ni baru nak masuk point.
Setibanya kami di destinasi yang dituju, orang ramai sudah pun menunggu untuk berbuka. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan sedikit zikir-zikir dan bacaan doa.
Setelah selesai segala bagai tu, datanglah sorang pak cik ni buat announcement ala-ala pak guard dekat mrsm buat announcement bila parents datang nak jumpa anak-anak. Bunyi nya camni;
“Assalamu’alaikum wbt. Eh puasa ke sume? Hehe. Baiklah kejap lagi kita akan berbuka. Kita makan kurma dan murtabak dahulu, kemudian solat. Lepas tu baru kita makan berat berat sikit, ok?. Nak makan nasi nanti bolehlah pilih mana mana hidangan. Satu talam empat orang. Selamat berbuka Style la korang puasa”
Pak cik ni saya rasa jiwa kacau, tu pasal ayat dia agak remaja. Hehe. Sebenarnya tu dialog setelah disunting dan ditapis oleh lembaga perfileman Negara. Eh.
Skip skip skip
Kemudian kurma, murtabak dan air mula diagihkan. Saya dan rakan-rakan pun dengan penuh semangat muhibah yang tinggi bergegas dan beratur dengan penuh disiplin demi rezeki yang halal cewah. Kami ambil makanan masing-masing kemudian duduk di satu hidangan.
Skip skip skip
Azan berkumandang. Doa dibaca. Kurma di kunyah dengan bergaya. Air diminum dengan penuh berwaspada. Makan murtabak sikit saje dengan penuh penghayatan. Sayang nak habiskan. Kemudian tinggalkan yang lebih dalam talam dengan harapan menyambung membaham ia setelah solat.
Skip skip skip.
Solat selesai. Doa diaminkan dengan penuh khusyuk. Kaki mengatur langkah dengan penuh hemah. Bergegas ke talam. Tet tet tet. Harapan tinggal harapan. Talam tadi sudah didatangi. Murtabak juga sudah diratah. Kelepak kelepak kelepak. Lesson learnt.
So tally la kan tajuk ceritanya.
Kerdilnya kita. Sekalipun sudah kita yang usaha dan menadah tangan menerima rezeki tadi, belum tentu ia milik kita. Rupa-rupanya Allah takdirkan murtabak tadi untuk sorang pakcik dan anak-anaknya. Apa boleh buat. Kerdilnya kita. Siapalah kita ni tanpa bantuan dan pertolongan Allah.
Balik sahaja ke bilik, saya teringat peritiwa ini.
Belum tentu kalau kita beribadah sekuat mana sekalipun, bangun malam, khatam Quran bagai nak rak, taddabur alam, hak menentukan milik siapa syurga Allah itu hak Allah.
Belum tentu kalau kita belajar bersungguh sungguh, result cemerlang, kerja steady, rumah mewah, kereta anggun dan bergaya, isteri lawa, hak untuk menentukan kebahagian hidup kita di dunia apatah lagi di akhirat adalah hak Allah.
Belum tentu kalau kita buat kerja dakwah bertali arus, pergi pagi balik malam, pergi malam balik petang, jamu nasi, belanja ais krim, cakap itu cakap ini, atur program sana sini, hak untuk diberikan hidayah kepada para mad’u adalah hak Allah yang mutlak.
Kecilnya kita ini.
Kerdilnya kita.
Maka apakah wajar untuk kita tolak agama Allah ? lawan syariat Allah ? menyeleweng dalam ibadah ? futur dalam melaksanakan tugas shahadatul haq? Allahu rabbi.
Tet tet tet
Air mata tumpah terkena papan kekunci.
“Kita adalah kaum yang miskin, jika tak kerana Allah tutup ‘aib kita, nescaya terbukalah segala 'aib kita. Jika kalian semua mengetahui tentang dosa yang ada pada aku, nescaya kalian akan letakkan tanah di atas kepala aku”
2 comments:
ana datang lambat, mmg x sempat dapat muratabak langsung..
chill aje :D
jangan nanges
Post a Comment