Friday, July 13, 2012

RAMDHAN DAH DATANG MAK!

Sejuk

Dari tadi hujan turun tanpa henti.

Kilat pula sabung menyabung.

Dua tiga jam sebelum itu…

“Mak..Mak ...”

“Ye, Mak kat dapur ni”

“Adan nak pergi kedai jap. Nak beli pape ke”

“ Kau nak keluar ke tu Dan. Mak tak nak pape. Eh jap. Mak nak kirim duit kat kedai Ah Seng top-up tu. Semalam Mak hutang dia.”

“Eh Mak ni, sempat lagi hutang-hutang dengan Ah Seng itu. Ada pape ke Mak? Skandal eh?”

“Eh kau ni, bila last kau makan nasi basi? Ni ha duitnya”

“Ala Mak, test sikit dah panas. Ok Mak. Adan keluar dulu”

“Hati-hati bawak motor tu”

Ramadhan berlalu pergi. Moto merah nya hilang dalam pandangan setelah beberapa jenak. Angin yang bertiup ayu kemudiannya tiba-tiba bertukar ganas dan rakus. Hujan mulai turun menyirami bumi Kg Pinang Setangkai.


Zaleha masih berbungkus lengkap dan membuta dalam biliknya. Suasana dan peluang keemasan. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Hujan lebat beserta bayu yang menyamankan membuatkan lenanya bertambah-tambah. Enta-entah dia juga sedang bermimpi menggapai Sang Bulan.

Tiba-tiba Mak Kiah merosakkan suasana kondusif tersebut..

“Leha..Leha” Leha terus membisu.

“Leha, oh Leha! anak dara sorang ini berbungkus je keje”

“Ye Mak. Orang nak tido ni” sahut Leha. Degil.

“Leha, Mak risau la. Dari tadi abang kamu pergi tak balik-balik lagi.. tah ada pape agaknya. Dah la hujan makin lebat ini. Kilat pun boleh tahan”

“ Eh Mak ini, tak yah nak hyperbola sangat. Abang Adan tu dah besar. Pandai la dia jaga diri. Lagipun hujan kan, ada la tu dia lepak kat mana-mana”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepat jam 8.0 malam. Leha sedang asyik menonton tv. Kelas Leha. Bulletin Utama menjadi pilihan.

Berita akan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada pengumuman tarikh bulan Ramdhan bagi tahun ini.

“Eh, ni kena tengok ni” Leha berdialog seorang diri

Bismillahirahmanirahim…

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan perkenan Majlis Raja-raja, saya dengan ini mengisytiharkan, tarikh 1 Ramadhan bagi tahun 1425 Hijrah jatuh pada dua puluh lapan Ogos 2011 Masihi.. sekian. Assalamu’alaikum

Terkejut Leha mendengarnya. Tup tap tup tap Ramdhan dah datang. Dia segera berlari mendapatkan Mak nya di bilik tidur.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Mak Kiah ! oh Mak Kiah !”

“Eh Leha, ada orang panggil Mak tu. Jum jum pergi tengok”

Kedua-duanya bergegas ke pintu depan rumah mereka. Kelihatan Rashid sedang lari terpekik pekik ke rumah mereka. Basah kuyup.

“Mak Kiah!”

“Kau rupanya Rashid, ada apa kau datang habis basah kuyup ni? ”

Tercungap-cungap Rashid. Dia berhenti setelah sampai dan berteduh di halaman rumah Mak Kiah. Kemudian dia menarik hela nafas yang panjang sebelum memperkatakan sesuatu.

“ Mak Kiah.. Ramdhan.. Ramadhan..”

“ Dia keluar tadi Rashid, kau kenapa cari dia ni? ”

“Bukan Mak Kiah, Ramdhan..”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Mak ! Mak !”

Leha segera menuju ke bilik ibunya. Mak kiah sedang berzikir di tikar sejadah

“Ada apa ni Leha, kau jerit-jerit. Kau tak Nampak ke Mak tengah buat apa ni”

“Mak, Ramdhan dah nak datang Mak. Ramadhan dah nak datang !”

Tiba-tiba air muka Mak Kiah berubah. Dia memalingkan mukanya dari anak daranya itu. Beberapa tika kemudian, butir-butir air jernih jatuh dari kelopak matanya. Butir itu lalu pada garis-garis kedut pada wajahnya

“Ramadhan dah pergi nak.. abang kau dah pergi”

“Makkkkkk ! ”

Leha memeluk erat ibunya. Dua beranak itu terus berpelukan sambil ditemani dengan air mata rindu.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, berilah peluang kepada kami untuk bertemu dengan RamadhanMu sekali lagi ya Allah. Panjangkan umur kami dalam iman. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Kerana Ramdhan ini mungkin Ramdhan terakhir kami……

8 comments:

Anonymous said...

dalam sedih ada bahagia..Allah tahu sedang kita tak tahu..

Allah , balighna ramadhan. moga kita semua sampai dan moga2 ramadhan kali ini penuh dengan keimananan,kehambaan & ketaqwaan..

allahumma amin,,

nanad said...

Ameen :')

Pemimpi Tegar said...

Hee. Anda ni. Jangan la gunakan nama saya. Dah tu gunakan nama panggilan saya pula tu. Malu ^^''

Inspector Saahab said...

Mujahidah : betol betol. stuju :)

nanad : eh lama tak dengar crita. ameen :')

Pemimpi : dah bulan Ramdhan, tak kan nama gelaran zulkaedah kot. ahha :D

Ainum Lathifah said...

eh? syok sgt leha tgk tb3 sampai xperasan ada org kabo abg dia dh xde.

this story memg cukup ramuan. garam gulanya. tp kalau taruk belacan lg pergh, insyaAllah.

jzkk atas perkongsian.

Ir Jinggo said...

Allahumma bariklana fi sya'aban, wa ballighna Ramadhan..
"Ku mengharapkan Ramadhan tahun ini penuh makna~" :')

Fishy said...

saya hmpir nak terkonfius between the two ramadhans.
Allah.. all praises to you for giving us the most precious shahr of the year.

be prepared, ramadhan is coming!

Inspector Saahab said...

siti : waiyyaki

ir jingo : amin :)

spacefishy :
jom berpesta ibadah :)