Wednesday, July 4, 2012

DA'IE YANG TERTINGGAL

Pagi yang samar. Mentari masih diselimuti segerombolan awan yang mula mengatur strategi untuk bergerak. Sedikit demi sedikit cahaya mentari mula kelihatan. Segan dan tersipu-sipu malu untuk keluar mendedahkan siapa dia. Kilat sabung menyabung seolah-olah ada seusatu yang berlaku di atas sana. Boleh jadi sang mentari sedang bertengkar dengan sang awan. Bunyi jerkahan kilat menyentak hati, jiwa dan segala raga yang ada. Lalu terjaga dari tidur yang sementara. Darul miah dituju tanpa lengah.

Sejuk. Menggigil sehingga ke tulang rusuk kiri.

Bersendirian, keseorangan. Mata memandang ke luar tingkap mencari suatu kepastian. Perjalanan yang jauh sehingga diri terbuai dalam sebuah lamunan yang tidak jelas. Tanpa diduga, dengan penuh tragisnya kotak kecil, bersegi empat tepat, berskrin plastic campuran dan berbutang-butang pada permukaanya berdering lalu menyentak diri dari lamunan yang entah ke mana. Notis pesanan ringkas kelihatan terpapar pada kaca skrin kotak kecil berkenaan. Jari jemari bergegas menekan-nekan bebutang yang terdampar di situ.


Entah bagaimana, pesanan akhirnya boleh dibaca.

‘Salam Ikhwah sekalian, USKAB hari ini di Masjid *rahsia* pukul 9.0 pagi. Selepas itu kita chill chill. Semoga sudi berkorban masa, tenaga menongkah arus perdana dan ayuh betulkan niat. Jumpa di sana’

Tepat pada waktunya.

Sekuntum senyuman ikhlas terukir.

Pesanannya begitulah selepas diedit dan ditambah perisa :)

Jangan tertanya-tanya jika hari ini kita bersama rakan-rakan kita hadir ke majlis yang sama, mendapat sentuhan tarbiyyah dari murabbi yang sama, makan berdulangan yang sama, bersolat jemaah di surau yang sama, tidur bertilamkan tilam yang hampir sama, bergerak seiring sejalan berpegang tangan tapi di sana kita di sisihkan.

Usah terkejut, termengah.

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama-sama kamu?” Mereka menjawab, “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan janji Allah dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah dan penipu setan datang memperdaya kamu tentang Allah”

(Al Hadid :14)

Tidak mustahil, kita pula yang bertanya pada rakan-rakan

“Bukankah aku dahulu bersama-sama kalian dalam bulatan gembira yang sama?”

“Bukankah aku dahulu bersama-sama kalian menghadiri daurah yang sama?”

“Bukankah aku dahulu solat subuh bersama kalian di masjid yang sama?”

“Bukankah aku dahulu bermain, bertempuk tampar dengan kalian di taman permainan yang sama?”

Bukankah aku dahulu makan bersama kalian, tidur bersama kalian, belajar bersama kalian, mendaki bukit, menyusuri sungai, memanjat gunung, bersama kalian? Bukan dahulu kita sentiasa bersama?

Maka mengapa hari ini aku ditinggalkan?

Mengapa?


Tanya diri kita balik wahai sahabat dan sahabiah sekalian. Adakah kita sekadar menjadi pak turut. Mengikut dan terus mengikut. Bagai pahat dan penukul. Menunggu arahan dengan penuh ragu-ragu. Kita bercakap soal Islam akan menang, al Haq pasti menang, yang batil akan tenggelam, kita bercakap itu dan ini, tapi di mana kita buktikan cakap-cakap itu?

Kita memasang angan-angan kosong. Hari ini aku ditarbiyyah. Esok lusa aku pula akan mencari sasaran dakwah. Aku ingin berkorban untuk agama ini. Aku ingin thabit. Aku yakin Islam akan menang. Janji Allah bukan janji Melayu. Err. Inilah jalan juangku, yang akan menjadi hujah buatku kelak. Yang bakal membantu ayah dan ibu kelak

Dan angan-angan itu terus tersenarai

Kita terus menunggu.

Pada hari orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang beriman lelaki dan perempuan,“Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu” Kepada mereka dikatakan, “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya untukmu” Lalu di antara mereka dipasang dinding pemisah yang berpintu. Di sebelah ada rahmat dan di luarnya hanya ada azab

(Al Hadid :13)

Sidang pembaca sekalian, sampai bila akan kita terus duduk dan menunggu untuk disuap. Bila pula kita akan bertindak? Apakah kita akan terus duduk di hadapan skrin laptop dan menelaah bahan bacaan untuk penambahan ilmu dan berterusan melakukannya? Tanpa menghiraukan ramai lagi rakan-rakan yang tercicir. Sampai bila?

Beza antara orang yang mendapat cahaya di akhirat kelak dengan orang yang tergapai-gapai dalam kegelapan adalah mereka tidak sekadar menunggu, tidak sekadar bercakap dan memasang angan-angan kosong, tetapi mereka bergerak dan bertindak.

Wallahualam.

3 comments:

Pak Det said...

syukran akhi mengingatkan....

walaupun utk melakukan ini semua bukanya mudah... ayuh kita bertindak & bergerak... lakukan sedikit demi sedik kalau diri tak mampu....

My recent post : Tidak lagi Keseorangan - Bila Diri Di Sayangi

Unknown said...

mari bergerak dan bertindak!
kekalkan momentum itu. Rasai Inertia Itu
Eh, abaikan dua komen kat atas ni. Huhu. Kesilapan teknikal

Ir Jinggo said...

:')

Cuak di situ.. Bagaimanakah aku di akhirat sana.. Moga aku dikurniakan kekuatan iman dan fizikal untuk terus tsabat, utk terus mencari ilmu dan menyebarkan, untuk memahami ilmu, dan mengamalkannya.. fuhh.. panass